Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 1 July 2014

Resepi Ramadan: Sambal Udang



Selamat berpuasa hari ketiga...mcm mana puasa setakat ni?Harap semua ok la kan...hari ni aku nak kongsi resepi sambal udang yang mudah.Mungkin boleh dijadikan juadah berbuka hari ni..Jom tgk resepinya..

Bahan-bahan:

Bahan dikisar

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 biji bawang besar

1 inci halia

Belacan

1 biji tomato

Cili kering (direbus)

1 tangkai cili merah 

Cili padi (ikut suka)


Bahan lain

Udang

Sos tiram

1 tangkai serai (diketuk)

Bawang besar (dihiris)

Garam dan gula


Cara-cara memasak:

1. Tumis bahan yg dikisar tadi hingga naik bau. Masukkan serai dan tggu sehingga bahan tumis masak. Seterusnya masukkan sos tiram.

2. Masukkan udang dan perasakan dgn garam dan gula.Akhir sekali,masukkan hirisan bawang besar dan bahan hiasan lain jika perlu.


Dua langkah mudah menghasilkan sambal udang yg sedap.Tiada sebab utk membeli dari luar kan...?Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena