Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Wednesday 9 July 2014

Cuit-cuit Ramadan:Memasak @ 'Mem' bazaar?




Assalamualaikum..salam ramadan 11...

Hari ni aku tak share sebarang resepi sbb tak tahu lagi nak masak apa..hehehe..kena perah idea dulu ni.So bila ada masa free ni aku rasa nak share pendapat ttg topik di atas.Aku nak tanya,sepanjang 11 hari kita berpuasa ni,korang lebih byk memasak atau pergi bazaar..?Kalau tanya aku,aku lebih byk memasak sendiri la...setakat ni cuma ada 2 hari saja berbuka dgn makanan bazaar iaitu murtabak,karipap dan laici kang.Selebihnya memang masak sendiri la...

Bila bercakap mengenai topik ni,aku percaya kita mesti ada pilihan dan sebab sendiri kenapa nak masak atau pergi bazaar utk beli juadah berbuka.Aku nak bagi point sendiri kenapa sesetengah org pilih untuk memasak dan ada yg 'mem'bazaar.This is what i think:

Kita 'mem'bazaar kerana:

1. Mudah dan banyak pilihan
- Time bulan puasa ni,bazaar semestinya menawarkan pelbagai juadah yg kita tak boleh dapat pada bulan-bulan biasa.Sebut saja nak apa,semua ada.Lagipun lebih mudah dari buat sendiri kan tambahan pula bagi yg bekerja dan takda masa.

2. Duduk berjauhan dr keluarga
-Sesetengah drpd kita yg tinggal berjauhan dr keluarga disebabkan study atau bekerja tambahan pula kalau tinggal sorang.Jadi kita rasa lbh baik membeli drpd memasak.Kalau masak pn,sorang saja yang makan kan..?#persepsi

3. Nafsu
-Point ni jangan nak sangkal la...bila puasa,nafsu makan mengalahkan gorilla.Even dah masak pn tetap nak pergi bazaar.Apatah lagi kalau tak masak kan?

4.Tak pandai/malas masak
-Yg ni...korang sendiri tahu la korang masuk kategori mana.


Kita memasak kerana:

1. Jimat
-Bila masak sendiri,byk yg dpt jimat...Misalnya beli tepung pulut harga rm2 lbh utk buat ondeh-ondeh..just guna separuh dah dpt byk..kalau beli?Then ada baki separuh tepung lagi utk kegunaan lain.

2.Belajar masak
-Ada yg guna kesempatan utk belajar masak atau isi masa utk memasak utk keluarga..kan bulan puasa keluarga berkumpul mkn sama-sama?Jadi lebih baik masak sendiri..

3.Juadah bazaar mahal/tak sedap
-Yg ni...mgkn btl or mgkn tak...sapa yg selalu pergi bazaar lbh tahu ttg harga makanan di sana.


Ok,itu pendapat aku.Please dont bash me..hehehe..Tapi secara umumnya bergantung pada diri masing-masing.Tak salah membazaar dan tak salah masak sendiri.Cuma bg yg suka membazaar,berjimat la...bagi yg berniaga,telus dan jujur la..jgn ambil kesempatan dan hnya memikirkan keuntungan.Sebagai pembeli,kita fhm hrga brg dah naik tp jika kita nampak peniaga yg menipu dan mengambil kesempatan secara melampau,baik xpyh beli.So kena jadi pembeli yg bijak..jgn ikut nafsu saja k.Utk itu,aku nak share sikit tips mcm mana nak berjimat khusus kpd korang yg suka membazaar ni...

Tips Jimat di Bazaar Ramadan:

1. Katakan korang teringin sgt nak makan juadah yg hnya terdapat pd bulan puasa saja misalnya nasi ayam berempah,kebab,kuih-muih yg famous time bulan puasa tp korang tak tahu bazaar mana ada jual semua tu,korang boleh tanya kwn-kwn atau ikuti perkembangan dlm laman sosial..mesti ramai yg share bazaar yg best2 kan?Kenapa perlu buat bgini?Sebabnya adalah utk mengelakkan korang menghabiskan masa pusing satu bandar/pekan hnya utk cari juadah tu dan last-last tgn penuh dgn juadah dr tiap tmpt sedangkan bukan itu pn yg korang nak makan.

2. Set dlm otak apa yg korang nak makan hari tu dan bazaar mana nak pergi.Tetapkan pendirian.Dah tahu bazaar mana yg ada jual juadah tu,korang pergi dan peruntukkan masa cuma utk cari juadah tu.Dah jumpa,terus balik.Tak pyh nak lenggang mak limah lagi kat bazaar.Makin lama korang di sana,makin cenderung tangan tu nak beli mcm-mcm.

3.Peruntukkan bajet.Tetapkan bajet utk membeli juadah.Kalau korang berbuka sorang,rasanya rm5 da cukup kot...bazaar tu bkn ada sehari saja..so esk-esk boleh pergi lagi.Jgn nak melahap dlm sehari.

Setakat ni saja aku nak share.Ini cuma pendapat.Selamat berpuasa.

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena