Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Thursday 28 August 2014

TIPS:Cara Menghilangkan Ketumbit Mata



Ouch..!Sorry kalau gambar ni buatkan korang berasa ngeri seketika


Entry tips is coming again..it's been a while kan?Kali ni nak share tips bagaiman nak hilangkan ketumbit di mata.Sebenarnya aku baru pulih dari masalah ni..makan masa seminggu jg nak ok..ingatkan tak ok2 dah.Ketumbit kali ni mmg besar dan tgn tak boleh nak berhenti menggosok mata ni..gatal tu semacam.Dah tu mata mcm kena tumbuk samseng pla bila tgk kat cermin.Sebenarnya punca ketumbit ni disebabkan oleh kelenjar mata yg tersumbat or mgkn disebabkan oleh alergik habuk dan sama kaitan dgnnya.Kdg2 kita tak sedar...tengok2 bangun dari tidur mata dah bengkak semacam.Mcm mana nak atasi?ok,aku cuma guna beberapa langkah mudah..kalau korang google blog lain,ada byk lagi tips.Ini cuma cara yg aku gunakan..


Cara-cara menghilangkan ketumbit:

1.Jangan gosok mata terlalu kerap.
2.Jangan kerap tgk cermin *org cakap la..nak percaya or tak,terpulang pada masing-masing k..
3.Gunakan cecair antiseptik mata.
4.Tuam mata dgn tuala suam.
5.Jika mata melekat setiap kali bangun tidur,lap mata dgn tuala/tisu basah.Jgn paksa dgn tenaga..kang habis gugur semua bulu mata.


Ini saja.Yang penting,jangan lupa doa agar setiap penyakit itu memperoleh kesembuhan dari-Nya.Penyakit itu kan penyembuh dosa...
Read More

Recipe of the Day:Bean Sprout Soup





Anyeongseyo......!(betul ka aku eja ni..heheheh)Alahai rasa lama tak update blog.Hari ni nak lepas rindu puas-puas.Hai..morning!Hari ni nak fefeeling korea kejap...nak share resipi dari korea.Bagi sesiapa yg biasa tgk running man dan roommate,mesti dah pernah dgr pasal bean sprout soup kan?Ada yg tertanya2 tak bean sprout soup ni mcm mana?Aku memang curious sgt pasal makanan ni sampai google resipi dari blog lain.Resipi ni biasa saja tapi aku olah ikut suka sendiri..hehehehe..sedap juga.Org ckp sup taugeh ni bagus utk redakan demam.Tak tahulah betul or tak..tapi best jg makan sup sayur mcm ni...rasa2 mcm org korea pula..hehehehe.Ok la,nak resipi,tgk kat bawah ni...


Bahan-bahan:

2 ulas bawang merah yg dihiris

2 ulas bawang putih yg dihiris

Udang kecil

Taugeh

Fu chook

Su'un

5 spices powder (kalau takda,boleh gantikan dgn kayu manis dan bunga lawang saja)

Serbuk cili

Minyak masak

Garam secukup rasa


Cara-cara memasaknya:

1.Tumis bawang hingga naik bau.Kemudian masukkan 2 sudu kecil 5 spices powder dan kacau sebati.Masukkan udang dan tumis sebentar.Seterusnya masukkan air cukup-cukup sukatan sup.Renehkan sebentar.

2.Kemudian masukkan fu chook(kalau nak rendam dlm air sebelum dimasukkan ke dalam sup pn boleh.tak rendam dulu pn boleh).Masukkan taugeh dan perasakan dgn sedikit serbuk cili dan garam.Akhir sekali baru masukkan su'un jika suka.Nak lagi sedap,tabur bawang goreng di atasnya semasa dihidang.


Read More

Friday 22 August 2014

Recipe of the Day:Congo Bars





Morning...!Happy Saturday readers..ok,hari ni aku nak share resipi congo bars yg sememangnya popular skrg ni kan..?Pada mulanya aku tak tahu mcm mana rupa congo bars tp bila dah buat sendiri baru tahu.Bagi sesiapa yg suka soft cake tetapi suka bahagian luarnya berkerak/keras sedikit,congo bars ni mmg sesuai utk korang.Nak buat congo bars ni lbh mudah berbanding kek biasa.Kuantiti bahan pn sedikit sahaja.Jom tgk resipi ni..

Bahan-bahan:

150 gram butter

315 gram tepung gandum

200 gram gula perang (boleh campur dgn sedikit gula kisar)

3 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

2 1/2 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil garam

Coklat cip,coklat rice,kekacang(ikut suka)


Cara-cara membuatnya:

1.Pukul gula dgn butter hingga sebati.Kemudian masukkan telur satu persatu.Pukul lagi

2.Masukkan esen vanilla.Seterusnya masukkan campuran tepung,garam,dan baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit.

3.Akhir sekali,masukkan coklat cip dan kekacang.

5.Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 30 minit.(ikut kesesuaian oven masing-masing)


Dah siap...congo bars ni memang keras di luar apabila siap dibakar.Tapi lembut di dalam.Jadi jgn panik sgt sampai fikir tersalah adun ok...selamat mencuba..


Read More

Thursday 21 August 2014

Online Shopping:Ok ATAU Tidak?






Salam jumaat semua...seperti lama tidak bersua..hehehhe..hari ni aku nak share sedikit pendapat mengenai online shopping.Mesti ramai yg pernah membeli-belah secara online kan?Best x?Secara jujurnya,aku pun baru pertama kali membeli secara online baru-baru ni selepas sign up for instagram.Bila ada insta,mmg rambang mata la tgk pelbagai jenis barang yg cantik plus murah lagi tambah-tambah pula ada saja penjual ni yg follow kita.Jadi memang hati tu tak boleh tahan la..mest nak tgk jg brg apa yg dijual.Utk pertama kali ni mmg takda masalah pn sbb aku beli brg dari pihak yg pernah jual brg pada sepupu aku.Jadi semua ok.Tapi sebagai pengguna,aku ada perhatikan beberapa masalah yg mungkin dihadapi oleh org lain yg berminat nak beli brg secara online.Tapi lebih baik aku senaraikan dulu antara kelebihan online shopping ni terutama bg yg baru nak berjinak-jinak dlm 'kegiatan' ini..heheheh..


1.Jimat masa
Bagi golongan yg sibuk,online shopping mmg sesuai.Segalanya hujung jari.Bermula dr brg keperluan diri hinggalah brg keperluan rumah,semuanya boleh didapati dgn mudah tnpa perlu keluar dan bersesak tambah-tambah lg pd musim perayaan atau bg keluarga yg mempunyai anak ramai.

2.Murah
Harga yg murah mmg tak dinafikan.Kalau rajin mencari, mesti jmpa yg murah.Lagi murah kalau beli dlm kuantiti byk.Berbeza dgn hrga kedai,korang mgkn boleh jimat beberapa RM dgn berbelanja secara maya.Tapi kena rajin mencari dan bijak memilih.

3.Pelbagai pilihan
Pilihan jg sudah pastinya byk.Adakalanya terdapat sesetengah brg yg tidak boleh didapati di kedai tetapi boleh dibeli secara online.Misalnya barangan utk perkahwinan seperti door gift yg dijual secara online sekali gus memberi idea tanpa had kepada bakal pengantin.

4.Brg berkualiti
Terdapat jg sesetengah penjual yg menjual brg berjenama dgn hrga yg lebih murah.Jadi ini membuka ruang kepada penggemar barangan berjenama utk mendapatkannya dgn hrga yg rendah.



Ok,itu antara kelebihan yg dapat aku fikirkan.Ini pula antara masalah yg dpt aku perhatikan.

1.Penyampaian maklumat
Adakala penjual tidak kiralah melalui laman web mahupun instagram tidak menyampaikan maklumat barangan secara jelas dari segi harga mahupun availability brg tersebut.Jadi keadaan ini akan menyukarkan pmbeli utk mengetahui status barangan tersebut.

2.Maklum balas
Setiap penjual selalunya akan memberi maklumat perhubungan bg memudahkan urusan pembelian tetapi adakalanya si penjual mengambil masa terlalu lama utk memberi maklum balas dan ini sedikit sebanyak melambatkan urusan pembelian.

3.Potensi berlaku penipuan
Membeli secara online mempunyai risiko berlaku penipuan.Oleh itu,perlu melihat dgn teliti bagi mengelakkan penipuan.

4.Perlu menunggu lama
Bagi membeli menerusi instagram,brg selalunya akan mengambil masa 2-3 hari utk sampai.Tetapi itu belum termasuk tempoh hari yg diperlukan oleh penjual utk menyiapkan tempahan.Jadi di sini mmg memerlukan kesabaran dan tidak sesuai bg sesiapa yg ingin memerlukan brg itu dgn cepat melainkan membuat tempahan awal dan mendapat kerjasama penjual.


Ok,ni pula tips utk mengelakkan penipuan contohnya jika membeli menerusi instagram..

1.Pastikan terdapat bukti pelanggan/testimoni yg pernah membeli barangan dgn pihak tersebut.Misalnya kita boleh mengetahui penjual tersebut adalah sah menerusi review yg dibuat oleh pelanggan ataupun blogger.
2.Terdapat sesetengah penjual yg memiliki website rasmi.
3.Ada juga yg menjadi vendor kepada sesebuah butik/festival/tapak jualan.
4.Tanya pada kawan/keluarga yang biasa membeli-belah secara online.


Terakhir sekali tips utk penjual dan pembeli

1.Sentiasa kemaskini brg yg available.Sebolehnya keluarkan brg yg telah hbs stok dr page atau beri maklum balas segera sekiranya ada pelanggan yg berminat dgn sesuatu brg.
2.Sebolehnya beri respon dgn kadar segera agar tidak merisaukan pelanggan.Tetapi pada masa sama pelanggan tidak perlu menghantar mesej bertubi-tubi dalam masa sehari.Beri sedikit ruang kepada penjual utk menyiapkan tempahan anda.
Read More

Sunday 17 August 2014

Recipe of the Day:Sambal Belacan Ikan Bilis


Bayangkan korang letak sambal ni bersama sedikit isi ikan goreng di atas daun salad kemudian dibungkus barulah dimakan..perggghhhh!!Ok taknak cakap byk, tgk resepi di bawah..semudah 1,2,3..!


Bahan-bahan:

Bawang merah

Bawang putih

Cili merah

Cili padi

Ikan bilis

Bawang besar (jika suka)

*Semua digoreng.

Cara-cara:

1.Tumbuk semua bahan kecuali ikan bilis sehingga lumat. Akhir sekali barulah dimasukkan ikan bilis.Ikan bilis ni ikut suka korang la nak tumbuk halus or kasar.Lpas selesai, boleh perah air limau kasturi dan sedikit garam.Sambal ni agak pekat,kalau tak suka pekat boleh lebihkan air limau dan tambah sedikit air suam supaya tak masam sgt.Ni option bg yg nak makan bersama ulam-ulaman.


Sangat mudah kan..?Selamat mencuba.
Read More

Friday 15 August 2014

Recipe of the Day:Kari Ketam




Happy sabtuday people...hari ni plan nak masak apa?Apa kata try resipi ni?Mungkin dah ramai yg tahu resipi ni tapi aku nak share jg my own resipi...Bagi yg suka makan kari ketam dan nak try masak sendiri,selamat mencuba..


Bahan-bahan yg ditumbuk:

Bawang merah

Bawang putih

Halia

Serai (dititik)


Bahan-bahan lain:

Ketam

Kayu manis

Bunga lawang

Cili kisar

Serbuk kari

Serbuk kunyit

Santan/susu cair

Air asam jawa

Telur

Gula dan garam secukup rasa


Cara-cara memasaknya:

1.Tumis serai,kayu manis,bunga lawang dan bahan-bahan yg telah ditumbuk hingga naik bau.Masukkan lebih kurang 2 sudu besar cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.Kemudian masukkan 3 sudu besar serbuk kari dan sedikit air.Tumis hingga pecah minyak.

2.Seterusnya masukkan ketam dan sebatikan.Tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering.Biarkan mendidih.Selepas itu masukkan air asam jawa dan kacau.Kemudian masukkan santan/susu cair dan biarkan mendidih hingga ketam masak.

3.Setelah itu,pecahkan 2 biji telur dan biarkan sebentar.Kemudian apabila telur hampir masak,kacau sebati ketam bersama telur dan seterusnya bolehlah diperasakan dengan garam dan gula.Jika ingin mencantikkan lagi warna masakan,boleh tambah sedikit serbuk kunyit.

Dah siap..Selamat mencuba..
Read More

Monday 11 August 2014

Recipe of the Day:Pajeri Terung




Bagi penggemar terung pula..selain masak tumis dan sambal terung, apa lagi menu lain yang boleh disediakan berasaskan terung?Sudah pasti pajeri terung.Selalunya kita dengar pajeri nenas kan?So hari ni aku share resipi pajeri terung tp versi yg lebih mudah.

Bahan-bahan utk ditumbuk:

Bawang merah

Bawang putih

Halia

Udang kering


Bahan-bahan lain:

Terung

Kayu manis

Bunga lawang

Cili kisar

Serbuk kari ikan dan serbuk kari daging (campur)

Garam dan gula

Sedikit air

Cara-cara menyediakannya:

1. Tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan campuran serbuk kari dan sedikit air.Kacau hingga sebati dan masak.

2.Kemudian masukkan terung dan gaul sebati.Tambah lagi sedikit air supaya terung masak.Biarkan mendidih dan terung masak.Kemudian kacau dgn kerap hingga kuah menjadi pekat.

3.Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula.
Read More

Recipe of the Day:Ikan Kerisi Goreng Taucu


Nampak x cantik kan...?hahahaha..tapi belum rasa lagi..don't judge a fish by its look..eh.

Sapa suka makan ikan tp dah bosan dgn menu yg sama?Apa kata korang cuba masak ikan goreng taucu?Mudah lagi sedap..makan pasti berselera.Meh aku kongsikan resepinya..


Bahan-bahan utk menggoreng:

Ikan kerisi (mana-mana ikan yang sedap digoreng pun boleh)

Garam

Lada sulah

Telur

Tepung jagung

Minyak

Cara-cara menggoreng:

1. Perasakan ikan dengan garam dan lada sulah.Kemudian salutkan dgn telur dan akhir sekali salut dgn tepung jagung.Selepas itu bolehlah digoreng dalam minyak yg cukup panas sehingga masak.


Bahan-bahan utk sos taucu:

Bawang merah (dihirris)

Bawang putih (dihiris)

Halia (dimayang halus)

Bawang besar (dihiris)

Taucu (tak kisah taucu masin atau pedas)

Sos tiram

Air asam jawa

Garam dan gula (jika perlu)

Sedikit air

Minyak masak

Cara-cara memasaknya:

1. Tumis bawang merah, putih dan halia hingga naik bau. Masukkan taucu dan kacau sebati. Kemudian masukkan sedikit sos tiram  dan kacau lagi.

2. Masukkan air asam jawa dan kacau. Boleh tambah sedikit air. Perasakan dgn gula dan garam jika perlu. Akhir sekali masukkan bawang besar sebagai hiasan.


Dah siap....bolehlah cuba utk lunch or dinner k..
Read More

Wednesday 6 August 2014

Recipe of the Day:Nasi Ayam



Simple tapi SEDAP!


Selamat pagi...hari ni rasa-rasanya nak masak apa?Why don't u try to make nasi lemak on your own?Di sini ada resipi yg mudah dan pasti sedap...jom tgk resipinya..

Bahan-bahan utk sup:

Ayam

Bawang merah (ditumbuk)

Bawang putih (ditumbuk)

Halia (ditumbuk)

Bawang besar (dihiris)

Kayu manis

Bunga lawang

Bawang goreng

Garam

Air


Cara-cara menyediakan sup:

1.Masukkan air dalam periuk dan masukkan terus bawang merah,putih,bawang besar,kayu manis,bunga lawang dan halia.Biarkan mendidih sebentar barulah masukan ayam dan garam.

2.Masak ayam hingga empuk.Apabila telah masak,keluarkan ayam dan air sup tadi dibahagi dua bahagian.Satu utk nasi dan satu lagi utk sup.

3.Satu bahagian utk sup tadi boleh terus dididihkan dan ditambah bahan perasa lain seperti lada sulah dan bawang goreng jika perlu.


Bahan-bahan utk nasi:

Beras

Bawang merah

Bawang putih

Halia

Butter

Air sup


Cara-cara menyediakan nasi:

1.Basuh beras terlebih dahulu.Panaskan periuk nasi/kuali di atas api dan masukkan 2 sudu besar butter utk dicairkan.Tumis bawang merah,bawang putih dan halia yg telah ditumbuk ke dalam butter tadi hingga nai bau.

2.Masukkan beras tadi dan juga air sup.Air sup tadi perlulah mengikut sukatan beras yg digunakan.Kalau air sup tak cukup,boleh tambah air biasa.Jerang nasi hingga masak.


Bahan-bahan utk perapan ayam:

Kicap pekat/masin

Kicap manis

Madu

Ayam yg telah direbus tadi

Cara-cara:

1.Perap ayam dengan campuran kicap dan madu tadi.Setelah itu bolehlah digoreng tetapi jgn goreng terlalu lama kerana ayam dah masak ketika direbus.


Bahan-bahan utk kuah kicap:

Guna lebihan bahan perapan tadi dan tambah kicap dan madu mengikut kuantiti kuah yg diingini.

Bahan-bahan utk kuah lada:

Cili merah(ditumbuk)

Cili padi(ditumbuk)

Cuka

Garam dan gula.

Cara-cara membuatnya:

1.Campur semua bahan dan perasakan dengan garam dan gula.


Selamat mencuba..
Read More

Monday 4 August 2014

Resepi of the Day:Rendang Ayam Sambal Kacang




Masih dalam mood raya kan?Nak plan buat open house tp nak sediakan masakan yg mudah tp sedap?Aku ada resepinya.This is my mum's recipe.Rendang ayam yg mudah dan sedap.Less than 30 minit dah siap masak (itu kalau bahan-bahan dah sedia awal la).Yg penting rendang ni tak kering sgt...mmg senang la nk colek-colek mkn dgn ketupat.Dan yg paling special lg,ada kacang kisar dlm tu.So sapa yg suka kuah kacang dan rendang ayam,korang boleh dpt kedua-duanya dlm satu hidangan.Bagi yg sebelum ni rasa susah nk masak rendang,try la resepi ni...

Bahan-bahan utk dikisar:

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 1/2 inci halia

1 inci lengkuas

1 1/2 inci kunyit

2 batang serai


Bahan-bahan lain:

Ayam

Kacang kisar

Cili kisar/boh

1 1/2 sudu besar serbuk kari

1 batang kayu manis

2 biji bunga lawang

3 biji buah pelaga

1 keping asam keping

Garam dan gula

Minyak

Air

Cara-cara memasak:

1.Tumis kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan bahan kisar hingga garing dan masak.Kemudian masukkan cili kisar(ikut berapa byk ayam nak dimasak) dan masak hingga btl2 pecah minyak.

2.Seterusnya masukkan ayam dan gaul rata.Biarkan sebentar hingga ayam mengeluarkan air dan mula masak.Masukkan asam keping dan sedikit serbuk kari.

3.Apabila ayam hampir masak,masukkan kacang kisar,garam dan gula.Masak hingga kuah menjadi pekat.Jika kurang air,boleh tambah sedikit air.Dah masak,bolehlah hidang


Selamat mencuba..


Read More

Sunday 3 August 2014

Recipe of the Day:Chicken Chinese Style





Ok resepi ni aku taktahu nak bagi nama apa..tp disebabkan aku ada campur 'Fu Chook' dlm ni,so aku letak la nama Chicken Chinese Style.Resepi ni pn terhasil raya ketiga baru2 ni sbb dah taknak mkn rendang,jadi aku pn masak simple mcm ni.Sedap..hbs family makan...Nak tahu resepi bolehlah tgk kat bawah ni..

Bahan-bahan:

Ayam

2 ulas bawang merah(dihiris)

3 ulas bawang putih (dihiris)

1 1/2 inci halia(dihiris halus)

1 tangkai cili hijau(ikut suka)

Fu Chook(beancurd-direndam dlm air suam)

Suun(direndam dlm air suam)

Sos tiram

Garam dan gula

Minyak


Cara-cara memasak:

1.Tumis bawang merah,putih dan halia hingga kekuningan.Masukkan ayam dan goreng seketika.

2.Masukkan sos tiram dan gaul sebati.Kemudian tambah sedikit air supaya ayam masak.Biarkan seketika.

3.Apabila ayam hampir masak,masukkan cili hijau dan perasakan dgn garam serta gula.Akhir sekali masukkan fu chook dan suun.Jgn masuk dua bhn ni awal sgt sbb nt terlalu lembik.Siap dihidang dan ditabur dgn bawang goreng.

*Jika mahu kuah sedikit pekat,boleh campurkan dgn tepung jagung.
Read More

Recipe of the Day:Sotong Sambal Hitam





Nak resepi lauk sotong yg mudah..?Cuba ini..

Bahan-bahan utk dikisar:

2 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 labu bawang besar

1 inci kunyit

1 inci halia

1 tangkai serai

2 tangkai cili merah

Cili kisar

1 1/2 inci belacan


Bahan lain:

Sotong(beberapa ekor sotong disimpan dakwatnya)

Air asam jawa

Gula dan garam

Minyak utk menumis

*Kalau taknak guna dakwat sotong,boleh guna sedikit kicap pekat/cair

Cara-cara memasak:

1.Tumis semua bahan kisar hingga garing.Kemudian masukkan air asam jawa/asam keping.

2.Masukkan sotong dan perasakan dgn garam serta gula.Tak perlu tambah air sbb sotong akan mengeluarkan air.Boleh masukkan bahan hiasan jika perlu.


Dah siap....selamat mencuba..
Read More

Saturday 2 August 2014

Recipe of the Day:Asam Pedas Ikan dan Sotong

Yeay..!Recipe of the Day dah kembali...!Rindu pla nak share resepi kat sini.Ok2..hari ni nak share resepi lauk yg aku buat sepanjang dah seminggu kita beraya.Asyik makan kuih raya dan rendang pn muak juga kan?So,selera nak mkn nasi dan lauk biasa tu pn datang balik.Semalam aku pn try masak asam pedas ciptaan sendiri dan mudah je...tapi sorrylah gambar kat mana ni tak cantik pn sbb selera makan tu lbh kuat sbb tu mls nak ambil gmbr cantik2..hehehehe..

Ikan dan sotong dlm periuk bertemu jua...


Jomlah tgk resepinya..

Bahan-bahan:

Ikan (Ikut suka)

Sotong

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

Cili padi (ikut suka berapa byk)

1-2 tangkai cili merah

Belacan

*Bawang,halia,cili padi,cili merah dan belacan ditumbuk bersama

1 tangkai serai (dititik)

Cili kisar

1-2 tangkai daun kesum

Asam keping atau asam jawa

Garam dan gula

Cara-cara memasaknya:

1.Tumis bahan yg dikisar dan serai hingga naik bau.Kemudian masukkan cili kisar hingga pecah minyak.

2.Masukkan ikan.daun kesum dan air.Gaul sebati.Masukkan asam keping/air asam jawa.Biarkan mendidih dan masak.

3.Apabila ikan hampir masak,masukkan sotong dan perasakan dgn garam serta gula.Dah boleh hidang.

Mudah kan resepi versi aku sendiri ni?Skrg sesiapapun boleh masak asam pedas...
Read More

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena