Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Saturday 28 April 2012

Bila seseorang risau tentang kita..


                            
3.57 petang

Assalamualaikum...

Huh...hari yg sangat sukar bagi aku hari ini.Kenapa?Saat ini aku sangat risau tentang seseorang...mcm2 bermain di fikiran aku sekarang...apa khabar dia hari ni?dia buat apa?ok or x?hmmm...nampak mcm soalan org yg penyibuk ja kan?Tp sebenarnya aku risau..iyalah..bila kita dah rapat dgn seseorang,tentu la kita ada rasa ambil berat..perhatian pd dia apatah lg kalau dia jauh dr kita.tp ada juga sesetengah org yg x selesa dgn tahap kerisauan yg kita berikan padanya..ada yg sampai rasa stress..sampai naik marah..

Misalnya aku...kalau aku x dpt contact seseorang tu,aku mmg cepat rasa risau dan usaha utk cari sampai dpt.Aku akui adakalanya mgkn cara aku buat org rasa tertekan tp siapalah aku utk menafikan rasa sayang aku pada org kan?Aku memang jenis mudah sayang sangat pada org.Aku bukan x boleh consider bila org tu busy dan x dpt nak layan sms or kol aku tp aku lebih suka kalau at least msj aku dibalas walau sekali saja.Sekurang-kurangnya aku tau keadaan diri dia baik2 saja daripada kita risau x tentu arah.

Apa yg aku cuba katakan di sini ialah kita sepatutnya hargai sebab ada org yg ambil berat pada kita dan sentiasa cuba ambil tahu ttg keadaan kita.Mereka sebenarnya bukanlah nak mengongkong atau menyekat pergerakan kita tp bila kita dah jadi sebahagian drpd org2 yg mereka sayang, kita kenalah menghargai perasaan mereka.Sama jg la mcm kita...kalau kita tau parents kita sakit,siapa x risau kan?Sama jg la dgn kawan2,suami,isteri mahupun kekaksih.Mereka semua punya hati dan perasaan.

Jd,jgnlah anggap perhatian mereka pada kita tu satu beban tetapi bersyukurlah kerana masih ada yg sayang,masih ada yg peduli...kalau mereka dah xda,siapa lg nak ambil berat pd kita?Sbb itulah walau sesibuk mana pn,aku tetap usaha nak balas msj..sbagai tanda aku juga sayang pada org tu..dan hargai masa yg dia luangkan utk hubungi aku...: )
Read More

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena