Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 26 May 2015

Manfaat Green Tea




Haaa...sapa suka minum teh hijau?Aku memang penggemar green tea tp sebelum ni minum green tea hanya kerana minuman ni mampu menyejukkan badan.Tapi rupa-rupanya byk manfaat di sebalik pengambilan green tea dalam rutin seharian.Rasa green tea ni takda la sesedap teh hitam yg selalu kita minum tu tp kalau pandai cari brand green tea yg bagus,pasti boleh jumpa yg sedap.Ok la, aku nak share 4 manfaat meminum green tea ni.Kalau korang nak tau,gegirl yg cantik2 di luar sana tu kebanyakkannya mengamalkan green tea tau.Haaaaa......excited tidak nak try?Tapi sebelum tu,baca manfaatnya dulu..lepas ni boleh lari ke kedai beli green tea banyak-banyakkkkkkk....!


1.Detox/buang toksin
-Teh hijau berfungsi sebagai agen anti-oksidan yg baik dan mampu mebuang toksin yg tidak diperlukan oleh badan melalui air kencing.Juga mampu melewatkan penuaan/awet muda.Boleh amalkan dengan membeli uncang green tea dan dibancuh dengan air suam.Boleh tambah sedikit gula bagi mengurangkan rasa pahit.Minum setiap pagi sebelum sarapan atau sebelum tidur.

2.Skrub badan dan wajah
-Lepas dah habis minum,mesti uncang tu korang buang kan?Eh jangan membazir,hampas dlm uncang tu boleh digunakan sebagai skrub badan dan wajah utk membuang sel kulit mati.Amalkan 2-3 kali seminggu.Boleh tambah madu pada hampas teh.

3.Dark circles
-Basuh uncang,sejukkan, dan tekap pada mata.

4.Mengecutkan jerawat
-Air green tea juga boleh digunakan utk menghasilkan ice cube dan kemudiannya dituam pada jerawat bagi meredakannya.
Read More

Tips/petua Menghilangkan masalah 'dark circle' dan 'puffy eyes'





Ada lingkaran hitam bawah mata?Mata bengkak?Huhu...aku pun ada dark circle yg sgt teruk.Tapi.....selepas mengamalkan beberapa petua,masalah ni dapat diatasi perlahan-lahan.Ok,taknak cakap byk..aku dah senaraikan antara bahan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.


1.Timun
-Hiris timun dan tekap pada mata selama 30 minit.

2.Kentang
-Hiris kentang dan tekap pada mata

3.Pisang
-Lenyek pisang dan bubuh di bawah mata

4.Aloe vera
-Sapu pada bawah mata.Boleh dikombinasikan dengan timun atau kentang.Selepas sapu aloe vera,tekap timun atau kentang pada mata.

5.Tea bag
-Basuh uncang teh yg telah digunakan dan sejukkan dalam peti sejuk selama 10 minit.Kemudian tekap pada mata selama 15 minit.

6.Air sejuk/ice cube
-'Slash'kan air sejuk pada mata atau tuam mata dengan kiub ais.

7.Minyak kelapa
-Urut minyak di bahagian bawah mata.
Read More

[LAGI]:Tips/petua Menghilangkan Blackhead/Whitehead





Assalamualaikum....hai blog readers...!*jerit kuat-kuat.Rindunya dengan blog ni.....apa khabar semua?Sorrylah dah lama tak blogging disebabkan menghadapi masalah teknikal.Thanks pada yg sudi singgah walaupum blog ni menyepi seketika.Tapi takpa,hari ni aku akan share 2-3 entry utk korang semua.Siapa nak tips kecantikan lagi?Haaaaa....meh sini aku nak share lagi tips tambahan utk menghilangkan bintik hitam dan putih pada wajah.Personally petua ni aku amalkan sendiri dan terbukti keberkesanannya selepas diamalkan.Tips kali ni menggunakan bahan-bahan yg ada di rumah dan yg pasti selamat, suci dan ekonomik.
Nak tahu apa dia?Ok,aku cuma amalkan dua bahan ni iaitu PUTIH TELUR dan ALOE VERA.Mesti dah ada yg pernah amalkan dan juga mungkin yg baru tahu dan tertanya-tanya bagaimana utk mengamalkannya kan?Aku dah senaraikan manfaat kedua-dua bahan ni dan cara mengamalkannya. Sebenarnya banyak manfaat yg boleh diperoleh tapi aku cuma senaraikan manfaat yang aku sendiri dpt rasa selepas mengamalkan petua ni.Selamat mencuba...!


1. Putih telur
-Menanggalkan bintik putih/hitam pada wajah
-Mengatasi kulit berminyak
-Melembut dan melembabkan kulit wajah
Memudarkan parut

Cara mengamalkannya:
-Sapu pada wajah sebelum tidur.Boleh dicampur dengan madu/serbuk kayu manis untuk mencegah jerawat dan mengjilangkan parut.
-Bagi menghilangkan bintik hitam/putih, rendam tisu dalam putih telur dan tekap di zon T.Biarkan tisu kering dan tanggalkan cepat-cepat.Basuh muka dengan air suam.Sebaiknya sebelum melekatkan tisu pada muka,steam muka dengan wap air panas.


2.Aloe vera
-Menanggalkan bintik hitam/putih
-Melembabkan kulit
Mencerahkan kulit
-Mengatasi sunburn
-Menyuburkan rambut, kening dan bulu mata

Cara mengamalkannya:
-Sapu semalaman pada kulit muka
-Untuk rambut, lumur pada rambut dan biarkan 15-30 minit dan bilas dengan air suam.

***Untuk aloe vera,aku menggunakan aloe vera natural dari pokok lidah buaya.Kalau takda pokok lidah buaya,boleh dapatkan aloe vera gel di farmasi watson/gurdian/face shop.Salah satu brand yg dijual adalah fruit of the earth.

Read More

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena