Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 26 May 2015

Manfaat Green Tea




Haaa...sapa suka minum teh hijau?Aku memang penggemar green tea tp sebelum ni minum green tea hanya kerana minuman ni mampu menyejukkan badan.Tapi rupa-rupanya byk manfaat di sebalik pengambilan green tea dalam rutin seharian.Rasa green tea ni takda la sesedap teh hitam yg selalu kita minum tu tp kalau pandai cari brand green tea yg bagus,pasti boleh jumpa yg sedap.Ok la, aku nak share 4 manfaat meminum green tea ni.Kalau korang nak tau,gegirl yg cantik2 di luar sana tu kebanyakkannya mengamalkan green tea tau.Haaaaa......excited tidak nak try?Tapi sebelum tu,baca manfaatnya dulu..lepas ni boleh lari ke kedai beli green tea banyak-banyakkkkkkk....!


1.Detox/buang toksin
-Teh hijau berfungsi sebagai agen anti-oksidan yg baik dan mampu mebuang toksin yg tidak diperlukan oleh badan melalui air kencing.Juga mampu melewatkan penuaan/awet muda.Boleh amalkan dengan membeli uncang green tea dan dibancuh dengan air suam.Boleh tambah sedikit gula bagi mengurangkan rasa pahit.Minum setiap pagi sebelum sarapan atau sebelum tidur.

2.Skrub badan dan wajah
-Lepas dah habis minum,mesti uncang tu korang buang kan?Eh jangan membazir,hampas dlm uncang tu boleh digunakan sebagai skrub badan dan wajah utk membuang sel kulit mati.Amalkan 2-3 kali seminggu.Boleh tambah madu pada hampas teh.

3.Dark circles
-Basuh uncang,sejukkan, dan tekap pada mata.

4.Mengecutkan jerawat
-Air green tea juga boleh digunakan utk menghasilkan ice cube dan kemudiannya dituam pada jerawat bagi meredakannya.
Read More

Tips/petua Menghilangkan masalah 'dark circle' dan 'puffy eyes'





Ada lingkaran hitam bawah mata?Mata bengkak?Huhu...aku pun ada dark circle yg sgt teruk.Tapi.....selepas mengamalkan beberapa petua,masalah ni dapat diatasi perlahan-lahan.Ok,taknak cakap byk..aku dah senaraikan antara bahan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.


1.Timun
-Hiris timun dan tekap pada mata selama 30 minit.

2.Kentang
-Hiris kentang dan tekap pada mata

3.Pisang
-Lenyek pisang dan bubuh di bawah mata

4.Aloe vera
-Sapu pada bawah mata.Boleh dikombinasikan dengan timun atau kentang.Selepas sapu aloe vera,tekap timun atau kentang pada mata.

5.Tea bag
-Basuh uncang teh yg telah digunakan dan sejukkan dalam peti sejuk selama 10 minit.Kemudian tekap pada mata selama 15 minit.

6.Air sejuk/ice cube
-'Slash'kan air sejuk pada mata atau tuam mata dengan kiub ais.

7.Minyak kelapa
-Urut minyak di bahagian bawah mata.
Read More

[LAGI]:Tips/petua Menghilangkan Blackhead/Whitehead





Assalamualaikum....hai blog readers...!*jerit kuat-kuat.Rindunya dengan blog ni.....apa khabar semua?Sorrylah dah lama tak blogging disebabkan menghadapi masalah teknikal.Thanks pada yg sudi singgah walaupum blog ni menyepi seketika.Tapi takpa,hari ni aku akan share 2-3 entry utk korang semua.Siapa nak tips kecantikan lagi?Haaaaa....meh sini aku nak share lagi tips tambahan utk menghilangkan bintik hitam dan putih pada wajah.Personally petua ni aku amalkan sendiri dan terbukti keberkesanannya selepas diamalkan.Tips kali ni menggunakan bahan-bahan yg ada di rumah dan yg pasti selamat, suci dan ekonomik.
Nak tahu apa dia?Ok,aku cuma amalkan dua bahan ni iaitu PUTIH TELUR dan ALOE VERA.Mesti dah ada yg pernah amalkan dan juga mungkin yg baru tahu dan tertanya-tanya bagaimana utk mengamalkannya kan?Aku dah senaraikan manfaat kedua-dua bahan ni dan cara mengamalkannya. Sebenarnya banyak manfaat yg boleh diperoleh tapi aku cuma senaraikan manfaat yang aku sendiri dpt rasa selepas mengamalkan petua ni.Selamat mencuba...!


1. Putih telur
-Menanggalkan bintik putih/hitam pada wajah
-Mengatasi kulit berminyak
-Melembut dan melembabkan kulit wajah
Memudarkan parut

Cara mengamalkannya:
-Sapu pada wajah sebelum tidur.Boleh dicampur dengan madu/serbuk kayu manis untuk mencegah jerawat dan mengjilangkan parut.
-Bagi menghilangkan bintik hitam/putih, rendam tisu dalam putih telur dan tekap di zon T.Biarkan tisu kering dan tanggalkan cepat-cepat.Basuh muka dengan air suam.Sebaiknya sebelum melekatkan tisu pada muka,steam muka dengan wap air panas.


2.Aloe vera
-Menanggalkan bintik hitam/putih
-Melembabkan kulit
Mencerahkan kulit
-Mengatasi sunburn
-Menyuburkan rambut, kening dan bulu mata

Cara mengamalkannya:
-Sapu semalaman pada kulit muka
-Untuk rambut, lumur pada rambut dan biarkan 15-30 minit dan bilas dengan air suam.

***Untuk aloe vera,aku menggunakan aloe vera natural dari pokok lidah buaya.Kalau takda pokok lidah buaya,boleh dapatkan aloe vera gel di farmasi watson/gurdian/face shop.Salah satu brand yg dijual adalah fruit of the earth.

Read More

Sunday 8 March 2015

Fungsi Kapur untuk Masalah Ketiak Anda..!

Alooo lamanyaaaaaaaaaaaa tak bloggging.....!Helo dan assalamualaikum semuaaaaa....aku dah kembali...hahahahaha....tp mgkin lepas ni hilang lagi.So sebelum aku menghilang lagi, aku nak share satu entry lagi tentang kecantikan.Sapa di sini ada masalah kulit bawah lengan @ ketiak yg gelap?...............wowwww3!!!1Ramai angkat tgn tu....heheehehe..meh dekat sini aku nk share tips utk dptkan ketiak yg lebih cerah plus tanpa bulu kasar.Yg paling penting,jimat kos uolllssssss!



Di rumah mesti ada kapur kan?Korang buat apa dgn kapur ni?Kebanyakkannya guna utk mkn bersama daun sirih dan digunakan utk membuat kuih.Tapi....bg yg taktau,kapur ni sgt memainkan peranan dlm kecantikan tubuh kita ni terutama gegirl kat luar sana tu.Mgkn ramai yg menggunakan cara mencukur dan mencabut bulu ketiak tp sudah pastinya ketiak menjadi gelap jika terlalu kerap bercukur.So option yg lbh baik adalah dgn mencabut bulu tp masih ada bulu kasar x?Kalau ada, sapulah kapur dengan perahan air limau nipis pada ketiak dan bulu yg tumbuh selepas itu akan lebih halus.Dan kulit juga terasa lembut yg penting lebih CERAH...!Amalkan sekerap mungkin dan anda pasti berpuas hati...selamat mencuba.
Read More

Saturday 17 January 2015

Recipe of the Day:Spagetti Goreng



Bosannya malam ni...so jomlah kita update blog yg semakin lama semakin sepi ini..hehehe..Hari ni hari sabtu dan aku tersangat la boring di rumah.Dan disebabkan itu la utk lunch tadi aku kembali kepada hobi masak-masak ni dan terhasil la resepi spagetti goreng ni.Aku tau dah ramai sgt buat resepi ni tp yg ni resepi ikut sedap tekak aku la ya...takda nak cilok-cilok resepi orang lain.Honestly sebelum ni aku tak makan spagetti tp baru-baru ni aku terjatuh cinta dgn spagetti carbonara sbb ianya menggunakan sos krim yg boleh diterima tekak berbanding pes tomato.Tapi memandangkan sos carbonara dah habis dan yg ada cuma baki spagetti, so aku pn buat la spagetti goreng.Tambah pula ada baki lauk sotong smlm, pergghhh sedap wei..ok taknak ckp byk...aku bagi resepi k..

Bahan-bahan:

Spagetti (direbus hingga lembut)

3 ulas bawang putih(ditumbuk)

2 ulas bawang merah(ditumbuk)

Udang kering(ditumbuk)

1 sudu besar marjerin

Sos tiram

Lada sulah/lada hitam/cili padi

Sotong/ayam/daging (option)

Garam secukup rasa

Sedikit air


Cara-cara menyediakannya:

1.Rebus spagetti sehingga 'ala-dente'.Toskan.

2.Masukkan marjerin dan tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering.

3.Masukkan pula sos tiram dan sotong dan gaul sebati. Masukkan sedikit air.

4.Kemudian masukkan spagetti dan gaul rata.

5.Perasakan dengan lada sulah dan garam.


Senang kan?Selamat mencuba.
Read More

Monday 12 January 2015

Recipe of the Day:Shepherd's Pie






Assalamualaikum semua....

Meh sini kejap...nak share resepi ni....hari ni i nak share resepi Shepherd's Pie dgn uolls ni....suka x suka x?Ok2..i pn taknak taip panjang-panjang,uolls tgk la resepi di bawah ni...Selamat Mencuba...


Bahan-bahan:

Bahan utk Mash Potato

Kentang (5 biji atau ikut berapa byk korang nak)

1/4 cawan susu segar

1 sudu kecil lada sulah

3 sudu butter

Garam secukup rasa


Cara-cara membuatnya:

1. Rebus kentang hingga empuk dan setelah masak,lenyekkan kentang tersebut.

2.Masukkan butter,lada sulah dan garam. Lenyek lagi atau boleh guna mixer.

3.Masukkan 1/4 cawan susu segar sedikit demi sedikit dan mix hingga sebati.

Cenggini haaa rupanya.....

Bahan utk inti

1 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

Cendawan butang

Daging cincang/ayam/sosej

1/2 botol tomato puree(aku guna suku je sbb tak suka tomato puree...boleh guna sos tomato jg)

2 sudu besar sos cili

Lada benggala/cili merah

Serbuk lada hitam

Garam

Campuran inti ni sebenarnya ikut selera masing-masing la nak letak apa k..
Cara-cara membuatnya:

1.Cairkan butter dan tumis bawang putih serta bawang besar.

2.Masukkan daging/ayam/sosej cincang dan tggu hingga empuk.

3.Seterusnya masukkan tomato puree, sos cili, dan lada hitam.Gaul sebati.

4.Selepas itu masukkan cendawan dan lada benggala.

5.Setelah siap masak, ratakan mash potato tadi di dalam loyang.Jangan terlalu tebal.Tinggalkan separuh utk lapisan seterusnya.

6.Lapiskan pula dengan inti.Kemudian lapiskan mash potato di atasnya(3 lapisan sahaja.Boleh buat lebih ikut suka).

7.Utk lebih menarik, sapu kuning telur di atas lapisan terkahir tadi dan lorekkan garisan menggunakan garfu.

8.Bakar selama 25-3- minit pada suhu 180 darjah celcius.


Lapisan pertama dgn mash potato

Lapisan kedua dgn inti


Lapisan ketiga dgn mash potato dan kemudiannya dibakar.




Read More

Friday 2 January 2015

Review Produk:Bintik Hitam TIADA,hanya kulit putih berseri untuk ANDA!

Assalamualaikum...selamat pagi isnin semua...selamat memulakan hari dgn pekerjaan,pengajian atau apapun yg dilakukan..semoga semuanya diberkati Allah...Pagi isnin ni aku mulakan dgn entry yg mendapat sambutan dlm blog ni iaitu entry Review Produk.Nak review apa pula hari ni..?Jeng..!Jeng..!Jeng..!Tak lain tak bukan my favourite product......SAFI..!Hehehehe...Kalau sebelum ni aku dah review ttg pencuci muka dan krim daripada salah satu rangkaian produk Safi iaitu Safi Balqis Perfect 10 dan sedikit mengenai Safi Balqis White Trilogy, hari ni nak review produk pelembap pula.Siapa suka guna pelembap muka?dan.....siapa yg langsung tak guna pelembap..?Mesti ada di antara kita yg tak guna pelembap mgkn disebabkan beberapa faktor.Honestly sebelum ni pn aku tak guna pelembap sbb ianya berminyak.Tapi,tapi,tapi....sejak jumpa pelembap yg ini, aku jatuh cinta padamu bae.....hahahaha...Pelembap apa tu?I present to you Safi Balqis White Trilogy Hydragel Facial Moisturizer...



Apa keistimewaan produk ni?Ada dua keistimewaan.

1.Produk ni water-base-sesuai sgt utk korang yg mempunyai masalah kulit berminyak.Cepat menyerap dan tak terasa seperti memakai pelembap muka.

2.Dapat menghaluskan muka yg mengalami masalah bintik-bintik hitam/putih yg kasar terutama di zon T.

Utk hasil terbaik, gunakan bersama pencuci,penyegar dan krim kecantikan Safi Balqis(Tak kisah white trilogy atau perfect 10).Jika amalkan penggunaan secara konsisten, mmg nampak hasil. Jika korang nak dapat kulit putih tp rasa leceh nak pakai byk produk mcm ni,just apply krim kecantikan pn korang dah boleh putih.Yg penting kena cuci muka bersih-bersih dulu la ye.....dan kena disiplin.Jgn la nak harap putih tp selang dua hari baru nak sapu kat muka.Tahun depan la nak putih adik kakak oii....!Tp trust me la..produk Safi sgt2 bagus...harga berpatutan dan yg pasti suci dan halal lg.Senang nak cari pula tu...jadi bagi korang yg tercari-cari produk yg sesuai,cubalah produk ni....satu kepuasan menanti anda...Selamat mencuba..


Read More

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena