Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Friday 31 October 2014

Recipe of the Day:Kari Timun

         


Selamat petang pembaca sekalian.Hari ni hari jumaat dan esok weekend!Suka tak suka tak?Of course la suka kan?Ok la,apa kata esok bg yg takda plan tu try resepi ni?Mudah sgt uolsss......sedap lg...resepi ni ada yg panggil pajeri timun tp memandangkan bahan-bahan yg aku gunakan takdalah pajeri sgt,so aku namakan sebagai kari timun sahaja.Semalam memang dah bosan asyik masak sayur yg sama.Then nampak ada timun tp taknak buat acar/kerabu/jelatah timun,so buat la resepi ni...habis ok family makan.Ok taknak ckp byk,bg yg berminat,boleh salin copy resepi kat bawah ni..

Bahan-bahan:

Timun(dipotong melintang)

2 ulas bawang merah(ditumbuk)

3 ulas bawang putih(ditumbuk)

1 batang kayu manis

2 ketul bunga lawang

Udang kering(ditumbuk)

2 sudu besar cili kisar

2 sudu besar serbuk kari ikan

1 1/2 sudu besar serbuk kari daging

Asam jawa

Gula dan garam

Minyak dan air


Cara-cara memasak:

1.Tumis kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.Masukkan pula bawang merah, bawang putih dan udang kering.

2.Seterusnya masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.Kemudian masukkan serbuk kari ikan dan daging beserta sedikit air.Kacau hingga kari pecah minyak.Masukkan timun.Kacau dan biar timun lembut.

3.Setelah timun hampir lembut,masukkan air asam jawa,garam,dan gula.Biarkan kuah menjadi sedikit pekat.Hidangan boleh dihidang.
Read More

Panduan Temuduga:Senarai Tugas Kurator Gred S41




Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Jabatan Muzium Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara Malaysia, Muzium Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain.


Jadual Gaji:

P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23

Syarat Lantikan:

·       - Ijazah Sarjana Muda Kepujian bidang Sosiologi, antropologi, sejarah, kaji purba, zoologi, sastera, seni lukis, senireka, seni halus, senibina, permuziuman atau konservasi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
·         [Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3]; atau
·     - Ijazah Sarjana dalam bidang permuziuman yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
·         [Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T6]; dan
·       - lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Kurator adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Kurator Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:mempunyai kelayakan di atas; ataululus Peperiksaan Khas; danberumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
 
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna, kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan.


Skop Fungsi dan Bidang Tugas
·      - Merancang dan mengetuai penyelidikan muzium dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan warisan sejarah, budaya, alam kemanusiaan, alam semula jadi dan perkara-perkara yang berkaitan.
·         - Merancang dan mengumpul koleksi untuk dipamerkan dan menyediakan ‘write up’, ‘caption’, label dan sebagainya yang berkaitan dengan pameran.
·     - Merancang pengurusan sumber manusia jabatan dan menyelaras aktiviti-aktiviti latihan/kursus di peringkat jabatan dan luar negara.
·    - Mendokumentasi dan mengkatalog koleksi muzium secara sistematik, menyimpan data-data hasil penyelidikan dengan teratur sebagai bahan rujukan.
·   - Mengetuai dan menjalankan kerja-kerja pemulihan tanah, tapak tanah, monumen bersejarah dan seumpamanya.
·         - Menyelaras dan mengetuai kerja-kerja cari gali.



Read More

Sunday 26 October 2014

CPUV is ON GOING:Thanks For Your Support!

Selamat pagi isnin everyone...Selamat bekerja..selamat belajar dan selamat dlm apa jua yg korang lakukan.Hari ni aku nak ucap terima kasih byk2 kepada pembaca blog ni kerana sudi singgah dan ada yg LIKE dan FOLLOW blog ni dalam laman sosial.Sebenarnya aku pun tak ingat dah berapa lama aku menulis blog tp pada mulanya hanya menulis sekadar suka2 dan kebanyakan entri pada awal kewujudan blog ni hanya bersifat 'kebudak-budakan'.Selepasa tamat pengajian,barulah aku menumpukan masa dan minat kepada penulisan blog.

Secara jujurnya,aku bukanlah penulis blog secantik penulis blog yg lain...dan sebab itulah aku amat jarang sekali mempamerkan rupa fizikal di dalam blog ini selain daripada berkongsi entri.Bagi yg follow aku dlm laman sosial,mungkin tahu bagaiamana rupa sebenar aku..heheehehe.Ok,tp itu tak penting.Aku harap sebagai new blogger,aku jg diberi peluang dan ruang utk menulis dan berkongsi entri yg bermanfaat kepada pembaca.Buat masa ni,aku memang gemar menulis entri resepi dan tips di dalam blog dan Alhamdulillah ianya mendapat sambutan sejak bulan puasa lepas.

Sebagai penulis blog,aku tahu bukan mudah utk meraih followers yg ramai apatah lagi mengekalkan momentum penulisan agar pembaca maintain dgn blog kita tmbahan lagi terlalu byk blog yg dihasilkan di ruang carian.Tetapi aku bersyukur kerana blog ini menjadi tempat persinggahan CPUV walaupun tidak sebanyak blogger lain.Dan disebabkan itu aku berharap agar pembaca dpt terus memberi sokongan supaya lbh byk entri menarik dikongsikan bersama.Akhir sekali,aku ingin menyampaikan salam perkenalan sebagai org baru dlm dunia blog dan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua yg sudi singgah ke blog ini.Inshaa Allah,blog ini akan terus berjalan seiring sokongan korang semua...terima kasih...


Ikhlas dari penulis akugadispena.blogspot.com

Read More

Panduan Temuduga:Senarai Tugas Arkitek Gred J41




Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:     

P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79

Syarat Lantikan:
     
Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
 [Gaji permulaan ialah pada Gred J41: P1T3 RM2271.93]; dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:   

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik (Seni bina) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: mempunyai kelayakan di atas; atau lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:     


Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project’s brief), melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).
Read More

Panduan Temuduga:Senarai Tugas Jurutera Elektrik Gred J41





Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji: 

P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79 

Syarat Lantikan:

·         Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
·    lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik (Elektrik) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Jurutera (Elektrik) Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:   mempunyai kelayakan di atas; atau lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua sistem bekalan elektrik dan alat kelengkapan elektrik.
Read More

Friday 24 October 2014

Recipe of the Day:Coklat Brownies(easy step)





Selamat pagi...hari ni hari sabtu,apa plan korang?Mesti ada mcm2 plan kan..apapun yg korang lakukan hari ni,semoga semuanya berjalan lancar.Bagi yg takda plan tu pula mcm mana?Apa kata utk memulakan hari ni korang sediakan coklat brownies yg super duper easy ni?Hari ni pn dah masuk tahun baru Hijrah kan...so bolehlah jamu keluarga dan kawan2 dgn brownies ni.Menggembirakan org lain tu satu amalan yg amat digalakkan ye tak?Nak buat brownies ni takdalah susah mana pun...semudah 2 langkah iaitu GAUL dan BAKAR.Bahan pn tak byk...kos bhn pn murah..memang tak menyesal la buat resepi ni.Ok,taknak ckp byk...kalau tak percaya semudah 2 langkah saja,jom tgk resepi di bawah..

Bahan-bahan:

Mentega cair (aku guna dlm 1 cawan)

Tepung gandum(aku letak smpai adunan pekat dan kental)

Serbuk koko(ikut suka byk mana)

2 biji telur

Gula kastor(ikut cita rasa nak manis tahap mana)

1 sudu kecil esen vanilla

Suku sudu kecil garam

Kekacang(aku guna kacang karamel dlm peket)

Cara-cara menyediakannya:

1.Masukkan semua bahan dalam bekas.Gaul rata hingga pekat dan likat.Jika adunan terlebih keras,boleh tmbah sedikit minyak masak.

2.Setelah itu masukkan ke dalam loyang,tabur kekacang dan bakar pada suhu 150-160 darjah celcius selama 20-30 minit hingga permukaan brownies merekah.


Dah pun siap..betul tak semudah 2 langkah?

*Sukatan bahan ni ikut suka la..kalau nak brownies yg lebih tebal dan byk,lebihkan sukatan.Bila dah siap adun,tak perlu susah2 ratakan adunan dlm loyang sebab adunan ni akan mencair dlm oven dan kembang ke tepi dgn sendirinya.Korang jgn pelik kalau brownies ni tak kembang sbb memang tak kembang pn.Sebab tu kalau nak buat brownies yg tinggi dan tebal,kena doublekan sukatan bahan.

Selamat mencuba
Read More

Thursday 23 October 2014

Panduan Temuduga:Senarai Tugas Jurutera Awam Gred J41





Kumpulan: Pengurusan dan Profesional


Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:

P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79 


Syarat Lantikan:

·   Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
·   lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik (Awam) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Jurutera (Awam) Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: mempunyai kelayakan di atas; atau

·   - lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
·    - berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas:
Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.


Read More

Panduan Temuduga:Senarai Tugas Juru Ukur Bahan Gred J41









Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan


Jadual Gaji:

P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 – P3T27 RM5306.79

Syarat Lantikan:

·        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Pembantu Teknik (Ukur Bahan) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Juruukur bahan Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:mempunyai kelayakan di atas; atau
·  lulus Peperiksaan Bahan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Juruukur Bahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan  berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Membuat kerja-kerja penilaian ukur bahan ke atas pelan-pelan untuk tawaran, kontrak, penilaian kontrak dan lain-lain tugas berkaitan


Read More

Wednesday 22 October 2014

Recipe of the Day:Sup Ayam bersama Labu Air





Selamat tengahari pembaca sekalian..tgh buat apa tu?Hari yg panas hari ni...agak2 nak masak apa utk lunch?Aku cadangkan korang masak sup ayam dgn labu air ni..serius sedap ok....mmg tak cukup satu mangkuk ni.Sebelum aku ada share resepi sup ikan dan sup ketam tp menggunakan resepi berbeza..kali ni jg resepi yg lain tp yg pastinya amat mudah utk disediakan.Kalau rasa2 sup nampak sedap dlm gmbr,why don't try sendiri dulu?Lagi sedap tau...!Ok,resepinya ada di bawah..Selamat mencuba..

Bahan-bahan:

Ayam

3 ulas bawang merah(dihiris)

3 ulas bawang putih(dihiris)

3 cm halia(dihiris)

1 batang kayu manis

2 biji bunga lawang

3 biji buah pelaga

1 sudu jintan manis

1 sudu jintan putih

1 sudu ketumbar

Labu air

Lobak

Air

Minyak

Garam  secukup rasa


Cara-cara menyediakannya:

1.Tumis kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.Kemudian masukkan bahan yg dihiris hingga naik bau dan sedikit hangus.Selepas itu masukkan 3 cawan air(ikut kuantiti ayam) dan biarkan mendidih seketika.

2.Masukkan ayam,serbuk jintan manis,jintan putih,dan ketumbar lalu biarkan ayam masak empuk.Setelah hampir masak,masukkan labu air dan lobak dan biarkan lembut.

3.Akhir sekali perasakan dgn garam secukup rasa.Jika ingin pedas,boleh masukkan lada sulah atau serbuk cili.Setelah siap,bolehlah ditabur dgn bawang goreng dan daun sup.Jika suka sedikit masam,boleh perah limau atau masukkan 1/2 sudu besar cuka ke dalam sup ketika memasak.
Read More

Tuesday 21 October 2014

Panduan Temuduga:Senarai Tugas Jurukartografi Gred J41




Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:
P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79

Syarat Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruukur adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Jurukartografi Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan mempunyai pengalaman dalam bidang kartografi.                                                                                                        

[ Gaji permulaan ialah pada Gred J41: P1T4 RM2363.77]; dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.



Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab dalam menyedia, mereka bentuk, menerbitkan dan mencetak naskah-naskah asal berbagai jenis peta (terhad/tidak terhad) carta-carta, borang-borang dan dokumen-dokumen keselamatan serta bahan-bahan cetak untuk Jabatan Ukur dan Pemetaan dan lain-lain Jabatan termasuk agensi-agensi kerajaan.






Read More

Panduan Temuduga:Senarai Tugas Pembantu Tadbir

Assalamualaikum...hari ni hari pertama aku nak share artikel khusus mengenai bidang tugas jawatan-jawatan tertentu dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA).Memang dah ramai yg buat artikel mengenai ini tapi mcm yg kita tahu,ramai yg apply menerusi SPA tetapi tidak mempunyai maklumat yg mencukupi mengenai jawatan yg mereka mohon atau yg ditawarkan kepada mereka.So diharapkan dgn adanya penambahan slot artikel dlm blog ini dpt membantu individu di luar sana utk memperoleh maklumat sebelum membuat sebarang permohonan pekerjaan.Utk artikel-artikel,i give credit to pemilik blog ketam batu yg jg byk mengajar selok-belok dlm dunia blog kerana 'meminjamkan' entri-entri ini dgn tujuan utk meluaskan maklumat mengenai bidang tugas penjawat awam kepada pembaca-pembaca di luar sana.Ok,for the first entry,aku akan update mengenai bidang tugas Pembantu Tadbir.




Info ni berkenaan Temuduga Pembantu Tadbir N17. Mungkin anda terlibat dan mungkin juga tak terlibat. Jika tak terlibat, bolehlah forwardkan info ini kepada rakan-rakan yang perlukannya.

Apakah tugas Pembantu Tadbir ni?

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Skop Fungsi dan Bidang Tugas:

Aspek Perkeranian
a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
- perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
- perkhidmatan, latihan dan kerjaya
- gaji, elaun dan kemudahan
- faedah persaraan
c) Pengurusetiaan.
d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
e) Pengurusan Rekod.
f) Pengurusan Kewangan.
g) Pengurusan Fail.
Itulah serba ringkas berkenaan deskripsi tugas Pembantu Tadbir ni…
Bagaimana nak prepare untuk hadiri temuduga N17 ni? Jom ikuti sedikit tips..

1) Buat preparation awal. Kaji apakah tugas bagi pembantu tadbir ni. Anda boleh lihat di atas di bahagian skop fungsi/bidang tugas. Contoh kerjanya:

# urus punch kad staff di jabatan/unit
- siapa lewat, siapa MC 
# Jaga fail. Termasuk kena cari fail.
# Jaga cuti, gaji, kebajikan staff
# Menaip dan buat surat/dokumen
# Jadi POSMEN 
# Kadang-kadang jadi PA
# Jadi urusetia meeting, seminar ke, kursus..
# Jadi operator telefon..Berhubung dengan rakyat…
# Macam-macam lagi kerja Pembantu Tadbir ni yang penting-penting. Kata mudahnya, tiada pembantu tadbir, tak jalan juga operasi sesuatu jabatan/unit dalam sektor kerajaan.

2) Baca pekeliling bagi perkhidmatan awam. Ini bagus, dan berguna masa ditemuduga. Saya sering dimaklumkan ramai juga calon ditanya soalan berkenaan pekeliling ini. Contohnya, ditanya berkenaan tangga gaji pembantu tadbir, pasal cuti, pasal kenaikan pangkat. Tapi tak semestinya.. Ada juga yang tak ditanya pasal pekeliling ni. Bagi saya, tahu basic-basic sudah memadai:-)

3) Jangan fikir pasal nak menjawab soalan temuduga saja. Anda akan dinilai dari segi akhlak, keyakinan, adab, air muka dsb nya. Untuk jawatan pembantu tadbir ni, anda perlu kelihatan sentiasa ramah sentiasa senyum. Almaklumlah, tugas pembantu tadbir nanti akan membuatkan anda berjumpa dengan ramai orang. So, kenalah sentiasa ramah, senyum semasa temuduga supaya si panel penemuduga akan berkata “Dia ni peramah, dia ni suka senyum. Memang sesuai dengan jawatan ini”.

4) Jangan terkejut dengan soalan-soalan PELIK. Contohnya: ” Kenapa Suami Awak Nak Kat Awak Ye?” Apakebenda soalan macam tu? Maksud tersiratnya ” kenapa awak sesuai untuk jawatan N17 ini dan boleh membuatkan orang suka pada awak semasa menjalankan tugas?”. Haaa..Begitulah:-) Jawapannya mungkin ” Saya suka SENYUM kot tuan panel”. Soalan-soalan sebegini bukannya suka-suka ditanya. Ada maksud tersiratnya.

5) Jangan lupa study isu-isu semasa, dasar kerajaan, ekonomi dll. Baca je akhbar:-) Ni nak uji kita peka dengan hal sekeliling kita atau tidak. Dijangka ‘famous’ ditanya adalah berkenaan “1 MALAYSIA”. Study lah.





Read More

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena