Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Sunday 19 October 2014

Recipe of the Day:Mee Goreng





Siapa penggemar mee goreng kat sini?Aku memang suka makan mee goreng...tak kiralah bihun,kuey teow,or apa2 jenis pn.Semalam aku craving sgt nak makan mee goreng biasa ni...aku pn masak la simple tp memang sedap la(ok,sila tahan dgn pujian diri sendiri ni k..hehehehe).Kalau nak try,resepi ada kat bawah ni haaa....

Bahan-bahan:

Mee(direbus terlebih dahulu)

2 ulas bawang merah ditumbuk

2 ulas bawang putih ditumbuk

5 biji cili padi ditumbuk bersama bawang merah dan putih

Udang kering yg direndam kemudian ditumbuk

Cili kisar/cili boh

Udang segar/ayam/daging

Sos tiram

Kicap manis

Kicap masin

Garam/gula secukup rasa


Cara-cara menyediakannya:

1.Tumis bahan yg ditumbuk tadi(bawang merah,bawang putih,udang kering,cili padi).Kemudian masukkan cili kisar mengikut kuantiti mee.Kacau hingga cili masak.

2.Masukkan udang/ayam/daging dan sos tiram.Kacau sebati.

3.Masukkan mee dan gaul rata.Masukkan kicap manis dan masin.Gaul lagi hingga sama rata.

4.Akhir sekali perasakan dgn gula dan garam secukup rasa.Sebagai tambahan,aku letak 3 titik cuka ke dalam mee dan gaul sebati.

5.Sebagai hiasan,aku gunakan jeruk cili hijau sebagai pembangkit selera.

Selamat mencuba

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena