Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Wednesday 22 October 2014

Recipe of the Day:Sup Ayam bersama Labu Air





Selamat tengahari pembaca sekalian..tgh buat apa tu?Hari yg panas hari ni...agak2 nak masak apa utk lunch?Aku cadangkan korang masak sup ayam dgn labu air ni..serius sedap ok....mmg tak cukup satu mangkuk ni.Sebelum aku ada share resepi sup ikan dan sup ketam tp menggunakan resepi berbeza..kali ni jg resepi yg lain tp yg pastinya amat mudah utk disediakan.Kalau rasa2 sup nampak sedap dlm gmbr,why don't try sendiri dulu?Lagi sedap tau...!Ok,resepinya ada di bawah..Selamat mencuba..

Bahan-bahan:

Ayam

3 ulas bawang merah(dihiris)

3 ulas bawang putih(dihiris)

3 cm halia(dihiris)

1 batang kayu manis

2 biji bunga lawang

3 biji buah pelaga

1 sudu jintan manis

1 sudu jintan putih

1 sudu ketumbar

Labu air

Lobak

Air

Minyak

Garam  secukup rasa


Cara-cara menyediakannya:

1.Tumis kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau.Kemudian masukkan bahan yg dihiris hingga naik bau dan sedikit hangus.Selepas itu masukkan 3 cawan air(ikut kuantiti ayam) dan biarkan mendidih seketika.

2.Masukkan ayam,serbuk jintan manis,jintan putih,dan ketumbar lalu biarkan ayam masak empuk.Setelah hampir masak,masukkan labu air dan lobak dan biarkan lembut.

3.Akhir sekali perasakan dgn garam secukup rasa.Jika ingin pedas,boleh masukkan lada sulah atau serbuk cili.Setelah siap,bolehlah ditabur dgn bawang goreng dan daun sup.Jika suka sedikit masam,boleh perah limau atau masukkan 1/2 sudu besar cuka ke dalam sup ketika memasak.

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena