Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 25 November 2014

Ini Entry Orang Busy!


Assalamualaikum..haaaa rindunya dgn blog ni...taktau dah berapa lama aku tak view blog ni.But thanks pada sesiapa yg singgah dan follow serta like page blog ni.Beberapa hari ni memang sgt busy...dan lepas upload entry ni akan sambung busy dgn keja part time yg lain.Alhamdulillah..rezeki Allah.Tapi busy-busy pn aku nak juga taip entry dan share gambar makanan yg aku sediakan beberapa minggu lepas tapi takda masa nak share dalam blog.Sebab itulah tajuk entri ni mcm ni...Ok la,tak boleh taip byk-byk...tataplah gambar yg ada..


Sambal udang pedas..plus cili padi hijau yg byk.Cili hijau memang jd kegemaran sejak kebelakangan ni..

Bubur makaroni yg kenyal.Sedap ni...

Read More

Wednesday 12 November 2014

Recipe of the Day:Nasi Goreng Kampung


            


Mahukan sesuatu yg mudah,sedap dan cepat utk sarapan atau makan tengahari?Taktau nak masak apa?Apa kata cuba resepi nasi goreng kampung ni...sangat mudah dan cepat.Yg pasti SEDAP!Nasi goreng kampung ni sedap makan bersama telur goreng tp disebabkan masa ni aku mls nak goreng telur lagi,so aku makan bersama ikan basung masak ampap.Utk resepi masak ampap ni,boleh Klik sini.Utk resepi nasi goreng kampung pula,silalah tgk resepi di bawah...

Bahan-bahan:

Nasi sejuk

2 ulas bawang merah(ditumbuk)

3 ulas bawang putih(ditumbuk)

Satu genggam ikan bilis(ditumbuk)

Cili padi (ditumbuk dan ikut suka berapa byk nak guna)

Belacan(option)

Kangkung

Air

Minyak

Garam secukup rasa

*hidangan utk seorang

Cara-cara memasak:

1.Tumis bahan yg ditumbuk bersama tadi(bawang merah,bawang putih,ikan bilis dan cili padi) hingga naik bau.Kemudian masukkan kangkung dan sedikit air.Tunggu hingga kangkung masak.

2.Selepas itu,masukkan nasi dan gaul rata.Perasakan dgn garam secukup rasa.Boleh tabur bawang goreng/daun ketumbar/daun sup di atasnya semasa dihidang.


Read More

Recipe of the Day:Ayam Madu/Honey Chicken


                     


Selamat pagi....heheehe...entri resepi datang lagi.Beberapa hari ni takda chance nak update blog..rindu tau tak?Hari ni nak share resepi ayam madu yg dicipta sendiri dan semestinya ringkas dan sedap.Takda cilok dr blog or buku resepi ok....just guna bahan yg ada time sediakan lauk ni.Kalau rasa-rasa nak tahu resepinya mudah or tak..jemputlah tgk resepi kat bawah ni....

Bahan A:

Isi ayam

Lada sulah

Garam

Tepung jagung


Cara-cara menggoreng ayam:

1.Bubuh garam dan lada sulah pada isi ayam.Kemudian salutkan dgn tepung jagung.

2.Goreng ayam hingga wrna keemasan.


Bahan B:

2 ulas bawang merah(ditumbuk)

3 ulas bawang putih(ditumbuk)

1 inci halia(dimayang halus)

Sos tiram

Sos cili thai

Madu

Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara memasak:

1.Tumis bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau.Kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air.Kacau hingga sebati.

2.Seterusnya masukkan sos cili thai(ni pilihan...masuk sos cili biasa pn boleh).Kacau lagi.Selepas itu masukkan madu.Kacau hingga sos mendidih dan meruap hingga sedikit memekat(boleh guna bancuhan tepung jagung bersama air jika ingin cepat pekat).

3.Setelah kuah memekat,masukkan ayam dan gaul rata.Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.Boleh hidang.


SELAMAT MENCUBA...



Read More

Tuesday 4 November 2014

Tips/Petua Menghilangkan Tahi Lalat



                     


Assalamualaikum semua....dah lama rasanya tak kongsi entri berkaitan tips kecantikan diri kan?Hari ni nak share mengenai tahi lalat.Sebenarnya dah byk blog yg menulis mengenai entri ni tp apa yg aku lihat msh ada sesetengah pembaca yg masih keliru dan ragu-ragu.So aku sendiri mencuba petua ni dan akan berkongsi pengalaman sendiri serta berharap dpt menjawab sedikit sebanyak persoalan yg pernah timbul sebelum ni.Ok,kenapa aku cuba petua ni?Sudah semestinya aku jg punya tahi lalat yg tidak digemari iaitu di hidung.Saiznya sederhana besar tetapi bakal membesar lg sebab ianya adalah tahi lalat hidup.Bila dpt tahu mengenai petua ni,aku pun cubalah.Tapi sebelum cuba tu,aku memang curious jg la mengenai hukum membuang tahi lalat.So bg yg trtanya-tanya jg tu,korang google dulu k mengenai hukumnya.

Sebelum cuba petua ni,aku pn rasa takut-takut sbb ramai yg cakap pedih.Tapi nak try juga...bagi yg tak tahu bahan apa yg digunakan,aku list down kat bwh ni..


Serbuk pencuci pakaian

Kapur sirih

Sedikit air

*Bancuh kedua-dua bahan dgn sedikit air hingga menjadi seperti pes.


Setelah bahan-bahan tersebut dibancuh,aku pun tempek la bahan tu kat hidup mcm gmbr kat bawah ni..

                                

Aku bubuh bahan tadi lebih sikit dr lingkaran tahi lalat...kiranya terkena kulit sedikit.Sekarang ni aku nak jawab persoalan pedih or tak pedih.Pada sapuan yg pertama,rasa pedih memang takda.Mgkn sbb bhn tu baru nak bertindak balas...jadi memang tak rasa pedih.Tapi...bila bubuh kali kedua,masa ni baru rasa pedih.Tapi rasa pedihnya takdalah sampai tahap tak boleh tahan...mesti boleh tahan punya.Rasa pedih tu mcm luka kena garam...mata boleh berair..muka berpeluh..kulit sekitar tahi lalat kemerahan dan naik bengkak sedikit.But only for first time la..bila bubuh byk kali,rasa pedih tu dah kurang..kita pn dah terbiasa dgn rasa pedih tu.

Persoalan kedua aku nak jwb mengenai saiz tahi lalat yg dikatakan membesar selepas bubuh bahan tadi.Ya,saiz tahi lalat membesar tp mengikut pengalaman aku,saiznya takdalah besar mana..tak sampai 1 cm pn.Tapi mgkn berbeza bagi org lain.Namun keadaan ni tak lama..mula-mula saja besar tp lama-kelamaan tahi lalat tu akan meleper sbb bahan tadi dah 'memecahkan' tahi lalat tu.So korang akan nampak tahi lalat tu dah rata..tak lg besar seperti asal.

Seterusnya,persoalan ketiga mengenai tempoh masa yg diambil utk kering dan tanggal.Bagi tahi lalat mati,tempohnya 2-3 hari saja.Sebelum bubuh bahan tadi pada tahi lalat di hidung,aku try pada tahi lalat mati di bawah bibir.Hasilnya hari kedua dah tanggal.Tapi bg tahi lalat hidup di hidung ni,ianya ambil masa seminggu utk betul2 kering dan tanggal.Kalau nak cepat,boleh tanggalkan sendiri kalau tahan pedih sbb luka blm kering sepenuhnya.

Berapa kali bubuh?Ini sebenarnya ikut suka masing2.Aku memang sapu lbh 10 kali sbb masih ada akar tahi lalat yg tertinggal.So ikut keadaan jg.Kalau rasa2 sapuan tu dah cukup utk tanggalkan tahi lalat sepenuhnya,ikut korangla...kalau masih blm tanggal,sapulah lagi.

Bagaimana dgn parut?Parut memang ada mengikut saiz tahi lalat.Tapi parut aku ni takdala teruk sgt..parut biasa saja dan boleh hilang menggunakan krim.Jadi jgn risau sbb ia tidak meninggalkan parut kekal.Ok itu saja perkongsian info mengikut pengalaman aku..korang boleh tgk hasil dlm gmbr di bawah ni..

Tahi lalat dah mengering



Tahi lalat yg telah tertanggal dan meninggalkan parut.



   


Read More

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena