Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Sunday 25 May 2014

Review Product: Safi Balqis Perfect 10




Ini bukan iklan berbayar ok...ini cuma perkongsian mengenai produk yang aku guna. Mesti dah ramai yang tahu mengenai produk Safi kan?Produk ni antara produk yang terkenal dengan konsep halal dan suci.Tapi aku bukan nak cerita mengenai konsep tu dalam entri ni. Aku nak kongsi mengenai kelebihan produk Safi Perfect 10 ni. Produk ni tak adalah baru sangat sbb skrg ni pn Safi dah keluarkan Safi White Trilogi yang modelnya Hanis Zalikha tu...Hanis Zalikha ok...cantik tu..

Ok..produk di atas ni adalah satu-satunya produk yang aku guna.Tak ada konsep mix and match ya...inilah satu-satunya.Kenapa aku pilih produk ni?Pertama,sebelum beli produk ni aku dah baca banyak review kat blog-blog lain dan boleh dikatakan 80% memberi maklum balas positif. Cuma ada segelintir yang sebaliknya tetapi itupn disebabkan alergik. Tapi keseluruhannya ramai yang menyukai penyegar dan pembersih 2 in 1 Safi Balqis Perfect 10 ni. Yes,i like it toooooooo....

Apa yang best ttg penyegar dan pembersih ni?Pertama,tentunya disebabkan konsep 2 in 1 yang mengandungi pembersih dan penyegar dalam satu botol. Ni sesuai sgt bagi korang yang rasa leceh nak apply penyegar lagi lepas basuh muka. Dengan produk ni,semua senang dan boleh beli dpt dalam satu harga. Tak payah beli asing-asing. Kedua, produk ni ada agen penyejuk yang sgt best dan nyaman bila digunakan sbb salah satu bahan dlm produk ni adalah Menthol. Selalunya Menthol ni kita boleh rasa dlm gula-gula kan tp kali ni menthol digunakan dalam produk kecantikan. Ketiga, produk ni berasaskan air atau 'water based'. Bagi aku produk yang berasaskan air ni lebih bgus sbb ianya lbh serasi dgn kulit dan tiada meninggalkan kesan atau warna pada kulit. Keempat, bagi sesiapa yang mengalami masalah bintik hitam/putih di muka khususnya di zon T,produk ni sgt2 membantu untuk mengecilkan liang pori dan menjadikan kulit rasa lembut dan licin.Takdalah kasar lagi disebabkan bintik hitam/putih yg timbul di permukaan kulit.

Manakala produk kedua yang aku gunakan dr rangkaian Safi Balqis Perfect 10 ni adalah krim kecantikan yang berpenutup biru muda berdasarkan gambar di atas.Krim ini mempunyai byk kelebihan kalau kita baca dr pek krim ni tp bg aku,kelebihan yang paling ketara adalah mengecilkan liang pori dan binti-binti hitam/putih nampak lebih kecil.Selain itu,krim ini dapat meratakan tona kulit.Tekstur krim ni agak pekat dan memberi warna putih apabila disapu pada kulit.Ala-ala bedak sejuk la...boleh jg dijadikan alas mekap tp jgn sapu byk sgt sbb akan menimbulkan tompok pada muka jika kita berpeluh.Tapi krim ni memang bagus selain drpd baunya yg wangi.Bagi yang mempunyai masalah jerawat,korang boleh gunakan krim kecantikan dr sari lidah buaya yg berpenutup hijau seperti di atas.Kalau korang nak tahu,lidah buaya mmg bgus utk masalah jerawat dan parut jerawat.Jadi kalau rasa leceh nak cari pokok lidah buaya dan keluarkan lendirnya,just beli krim ni dan amalkan penggunaan secara konsisten.

Kalau mengikut hasil ujian,produk ni memberi kesan dlm masa 2 minggu TAPI.....kita tak boleh jangka yg penggunaannya memberi kesan yang sama ke atas masalah kulit yg berbeza-beza dlm tempoh tersebut.Lain org lain masalah kan..?So kalau dlm 2 minggu tu blm nmpk hasil,jgn give up dulu tetapi teruskan penggunaan melainkan jika korang mengalami alergik dgn produk ni,barulah hentikan penggunaan.

Harap produk ini dapat membantu masalah kulit anda...*cehh ayat iklan.


Read More

Sunday 4 May 2014

Whatsapp : Ada apa dengan 'Last Seen'?

Ada apa dengan 'Last Seen'?


Perhubungan yang dijalinkan pada zaman moden ini memang penuh mencabar.Berbeza dengan zaman dulu yang cuma menggunakan kiriman surat or surat 'kapal terbang' terutama pada zaman sekolah dulu.Tapi bagaimana dengan sekarang?Seperti yang kita sedia maklum,pelbagai teknologi yang memudahkan perhubungan pada masa kini dan salah satunya adalah Whatsapp.Apa kaitannya Whatsapp dengan perhubungan terutamanya perhubungan cinta?

Sejak kebelakangan ni,aku terbaca banyak mengenai isu 'Last seen' yang boleh mewujudkan kecurigaan dalam perhubungan.Secara jujurnya sebagai wanita,aku juga mengalami situasi yang sama dengan sejak menggunakan Whatsapp.Tapi hari ini aku bercakap secara umumlah ok...Sebagai wanita,aku amat memahami perasaan bila kita amat menyayangi pasangan sehingga risau sekiranya pasangan kita berlaku curang menggunakan teknologi semasa.Salah satu situasi yang menimbulkan kecurigaan apabila kita melihat 'Last seen' or waktu terakhir pasangan kita menggunakan Whatsapp adalah pada waktu lewat malam atau lebih spesifik semasa kita tengah tidur.Pada ketika inilah wujudnya kecurigaan dan prasangka buruk tambahan lagi sekiranya situasi ini berlanjutan dengan kerap.

Apa yang patut kita buat?Aku memberi pendapat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga kepada lelaki yang mungkin mempunyai pasangan yang sebegini.Perkara penting yang perlu dilakukan adalah BERSANGKA BAIK.Kita lebih mengenali pasangan kita tambahan pula setelah bertahun menjalinkan hubungan.Walaupun tidak mengenali secara keseluruhannya,tetapi sudah pasti kita akan mengetahui sebarang perubahan sikap yang berlaku kepada pasangan kita.Jika semuanya masih sama,tiada apa yang perlu dicurigakan.Bersangka baik la terlebih dahulu.Lagipun dalam soal 'Last seen',kita tak boleh expect kita adalah org terakhir yang 'chat' dengan pasangan kita.Kita perlu sedar bahawa mereka juga mempunyai keluarga dan kawan-kawan yang memiliki aplikasi sama untuk berhubung.So,JANGAN OVERTHINK dan terburu-buru MEMBUAT TUDUHAN. Jika kita bersikap begini tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh,ianya akan mengeruhkan hubungan dan tidak mustahil kita akan 'mewujudkan' situasi yang kita tidak harapkan itu disebabkan oleh tuduhan yang tidak berasas secara berterusan.Oleh sebab itu,kita perlu PERCAYA tetapi JANGAN TERLALU RELAKS pada masa yang sama.

Ada sesetengah pasangan yang tidak suka terlalu dibiarkan.Jika terlalu dibiarkan,mereka akan merasa seperti tidak dipedulikan.Maka dengan itu kita perlu juga mengambil tahu serba sedikit mengenai rakan-rakan mereka dan apa yang mereka lakukan tetapi JANGAN MENGONGKONG. Sekurang-kurangnya kita tidak terus berprasangka buruk dan tertanya-tanya apa yang mereka lakukan dan dengan siapa mereka berhubung menerusi Whatsapp.Dalam soal ini,ia berbalik kepada sejauh mana kita mempercayai pasangan kita dan perbincangan itu amatlah perlu.Tetapi si pasangan juga perlu memahami bahawa jika pasangan mereka bertindak berfikiran negatif dan mula membuat tuduhan disebabkan oleh 'Last seen',itu bererti mereka takut kehilangan pasangan mereka..wujud rasa cemburu kerana sayang..orang cakap 'A real boyfriend/girlfriend is scared to lose their partner.' Jadi adakalanya kita perlu berasa beruntung memiliki pasangan yang benar-benar takut kehilangan kita dan menjadikan kita sebagai sesuatu yang istimewa serta tidak boleh dimiliki or mendapat layanan yang sama dengan orang lain.

Maka sebaiknya perbaiki hubungan..jaga sebaiknya...don't too overthink about 'last seen'...actually,it's nothing.


Read More

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena