Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Sunday 4 May 2014

Whatsapp : Ada apa dengan 'Last Seen'?

Ada apa dengan 'Last Seen'?


Perhubungan yang dijalinkan pada zaman moden ini memang penuh mencabar.Berbeza dengan zaman dulu yang cuma menggunakan kiriman surat or surat 'kapal terbang' terutama pada zaman sekolah dulu.Tapi bagaimana dengan sekarang?Seperti yang kita sedia maklum,pelbagai teknologi yang memudahkan perhubungan pada masa kini dan salah satunya adalah Whatsapp.Apa kaitannya Whatsapp dengan perhubungan terutamanya perhubungan cinta?

Sejak kebelakangan ni,aku terbaca banyak mengenai isu 'Last seen' yang boleh mewujudkan kecurigaan dalam perhubungan.Secara jujurnya sebagai wanita,aku juga mengalami situasi yang sama dengan sejak menggunakan Whatsapp.Tapi hari ini aku bercakap secara umumlah ok...Sebagai wanita,aku amat memahami perasaan bila kita amat menyayangi pasangan sehingga risau sekiranya pasangan kita berlaku curang menggunakan teknologi semasa.Salah satu situasi yang menimbulkan kecurigaan apabila kita melihat 'Last seen' or waktu terakhir pasangan kita menggunakan Whatsapp adalah pada waktu lewat malam atau lebih spesifik semasa kita tengah tidur.Pada ketika inilah wujudnya kecurigaan dan prasangka buruk tambahan lagi sekiranya situasi ini berlanjutan dengan kerap.

Apa yang patut kita buat?Aku memberi pendapat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga kepada lelaki yang mungkin mempunyai pasangan yang sebegini.Perkara penting yang perlu dilakukan adalah BERSANGKA BAIK.Kita lebih mengenali pasangan kita tambahan pula setelah bertahun menjalinkan hubungan.Walaupun tidak mengenali secara keseluruhannya,tetapi sudah pasti kita akan mengetahui sebarang perubahan sikap yang berlaku kepada pasangan kita.Jika semuanya masih sama,tiada apa yang perlu dicurigakan.Bersangka baik la terlebih dahulu.Lagipun dalam soal 'Last seen',kita tak boleh expect kita adalah org terakhir yang 'chat' dengan pasangan kita.Kita perlu sedar bahawa mereka juga mempunyai keluarga dan kawan-kawan yang memiliki aplikasi sama untuk berhubung.So,JANGAN OVERTHINK dan terburu-buru MEMBUAT TUDUHAN. Jika kita bersikap begini tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh,ianya akan mengeruhkan hubungan dan tidak mustahil kita akan 'mewujudkan' situasi yang kita tidak harapkan itu disebabkan oleh tuduhan yang tidak berasas secara berterusan.Oleh sebab itu,kita perlu PERCAYA tetapi JANGAN TERLALU RELAKS pada masa yang sama.

Ada sesetengah pasangan yang tidak suka terlalu dibiarkan.Jika terlalu dibiarkan,mereka akan merasa seperti tidak dipedulikan.Maka dengan itu kita perlu juga mengambil tahu serba sedikit mengenai rakan-rakan mereka dan apa yang mereka lakukan tetapi JANGAN MENGONGKONG. Sekurang-kurangnya kita tidak terus berprasangka buruk dan tertanya-tanya apa yang mereka lakukan dan dengan siapa mereka berhubung menerusi Whatsapp.Dalam soal ini,ia berbalik kepada sejauh mana kita mempercayai pasangan kita dan perbincangan itu amatlah perlu.Tetapi si pasangan juga perlu memahami bahawa jika pasangan mereka bertindak berfikiran negatif dan mula membuat tuduhan disebabkan oleh 'Last seen',itu bererti mereka takut kehilangan pasangan mereka..wujud rasa cemburu kerana sayang..orang cakap 'A real boyfriend/girlfriend is scared to lose their partner.' Jadi adakalanya kita perlu berasa beruntung memiliki pasangan yang benar-benar takut kehilangan kita dan menjadikan kita sebagai sesuatu yang istimewa serta tidak boleh dimiliki or mendapat layanan yang sama dengan orang lain.

Maka sebaiknya perbaiki hubungan..jaga sebaiknya...don't too overthink about 'last seen'...actually,it's nothing.


0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena