Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 29 April 2014

Ikut Kewajipan @ Ikut Trend?

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Semalam aku berfikir tentang sesuatu yang berlegar-legar dalam fikiran.Sesuatu yang mungkin berkait rapat dengan kita semua terutama bagi mereka yang ingin berkahwin tetapi menghadapi pelbagai kekangan dan salah satunya of courselah soal kewangan kan?Kalau takda duit,mcm mana nak kawen?Tapi aku mempunyai pendapat tersendiri...

Bila menyebut soal perkahwinan,ramai yang akan terbayangkan majlis yang indah dengan pelbagai konsep.Atau kita mesti ingin tahu mengenai soal hantaran.Tapi pernahkah kita terfikir apa yang wajib dalam sesebuah perkahwinan..?Jika kita berbalik kepada asas,tujuan perkahwinan itu bukan untuk MENYUSAHKAN tetapi untuk MEMUDAHKAN pasangan yang ingin bercinta.Memudahkan dari segi apa..?Pertama,sudah tentulah dari segi perhubungan bagi mengelakkan maksiat.Tapi apa pula yang menyusahkan..?Susah dari segi memenuhi kehendak/trend perkahwinan masa kini.

Bagi yang berkemampuan,itu bukanlah sesuatu yang menyusahkan tetapi bagi yang kurang berkemampuan untuk mengadakan majlis mengikut trend,bagaimana pula?Takkanlah kerana itu mereka perlu menangguhkan majlis sehingga betul-betul mencapai tahap kemampuan?Bagi aku,ini tidak wajar...jika korang pernah dengar,terdapat sesetengah pasangan yang putus di tengah jalan disebabkan kurang kemampuan untuk berkahwin.Mungkin kita akan beranggapan ini soal jodoh.Tapi in contrast mungkin juga keluarga perempuan menetapkan hantaran yang terlalu tinggi dan ini belum termasuk keinginan untuk mengadakan majlis yang bagaimana.Semua ini boleh menjadi tekanan kepada pasangan yang bakal berkahwin dan tidak mustahil masalah ini tidak dapat dikendali secara baik dan akhirnya mengakibatkan perpisahan.

Aku pernah melihat satu situasi yang mana ibu pengantin lelaki tidak ingin mengadakan upacara persandingan untuk anaknya tetapi cukup dengan menikah dan mengadakan kenduri kecil bagi memaklumkan saudara dan juga jiran mengenai perkahwinan anaknya.Kalau diikutkan,anak beliau mampu untuk mengadakan kenduri yang besar tetapi ini berbalik kepada pemikiran dan pemahaman kita mengenai soal perkahwinan.Adakah ianya patut mengikut trend atau berlandaskan perkara yang wajib?Sebaiknya perkahwinan itu dilaksanakan secara ringkas dan perlu mengutamakan perkara yang wajib dahulu.Tiada gunanya kita mengikut trend semata-mata ingin mewujudkan momen indah pada hari perkahwinan jika akhirnya kita menanggung kos yang banyak.Jika difikirkan secara luar,momen indah boleh diwujudkan dengan cara yang ringkas sekali pun bahkan lafaz akad nikah itu pun sudah  mengandungi kemanisannya yang tersendiri dalam soal perkahwinan.

Tetapi itulah...bila ada yang berkahwin secara ringkas,akan ada mulut-mulut busuk yang bercakap.Abaikan kata-kata negatif seperti ini.Jika korang mempunyai niat berkahwin dan mempunyai kemampuan untuk menikah dan menjadi pasangan yang baik,teruskan niat tersebut.Ikut trend atau tidak,letakkan dalam perkara paling akhir.Yang penting,laksanakan yang wajib terlebih dahulu...jgn melihat perkahwinan sebagai tekanan disebabkan trend perkahwinan masa kini.Lakukan mengikut kemampuan dan yang paling penting lakukan kerana Allah S.W.T...





0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena