Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Friday 31 October 2014

Recipe of the Day:Kari Timun

         


Selamat petang pembaca sekalian.Hari ni hari jumaat dan esok weekend!Suka tak suka tak?Of course la suka kan?Ok la,apa kata esok bg yg takda plan tu try resepi ni?Mudah sgt uolsss......sedap lg...resepi ni ada yg panggil pajeri timun tp memandangkan bahan-bahan yg aku gunakan takdalah pajeri sgt,so aku namakan sebagai kari timun sahaja.Semalam memang dah bosan asyik masak sayur yg sama.Then nampak ada timun tp taknak buat acar/kerabu/jelatah timun,so buat la resepi ni...habis ok family makan.Ok taknak ckp byk,bg yg berminat,boleh salin copy resepi kat bawah ni..

Bahan-bahan:

Timun(dipotong melintang)

2 ulas bawang merah(ditumbuk)

3 ulas bawang putih(ditumbuk)

1 batang kayu manis

2 ketul bunga lawang

Udang kering(ditumbuk)

2 sudu besar cili kisar

2 sudu besar serbuk kari ikan

1 1/2 sudu besar serbuk kari daging

Asam jawa

Gula dan garam

Minyak dan air


Cara-cara memasak:

1.Tumis kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.Masukkan pula bawang merah, bawang putih dan udang kering.

2.Seterusnya masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.Kemudian masukkan serbuk kari ikan dan daging beserta sedikit air.Kacau hingga kari pecah minyak.Masukkan timun.Kacau dan biar timun lembut.

3.Setelah timun hampir lembut,masukkan air asam jawa,garam,dan gula.Biarkan kuah menjadi sedikit pekat.Hidangan boleh dihidang.

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena