Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Sunday 26 October 2014

CPUV is ON GOING:Thanks For Your Support!

Selamat pagi isnin everyone...Selamat bekerja..selamat belajar dan selamat dlm apa jua yg korang lakukan.Hari ni aku nak ucap terima kasih byk2 kepada pembaca blog ni kerana sudi singgah dan ada yg LIKE dan FOLLOW blog ni dalam laman sosial.Sebenarnya aku pun tak ingat dah berapa lama aku menulis blog tp pada mulanya hanya menulis sekadar suka2 dan kebanyakan entri pada awal kewujudan blog ni hanya bersifat 'kebudak-budakan'.Selepasa tamat pengajian,barulah aku menumpukan masa dan minat kepada penulisan blog.

Secara jujurnya,aku bukanlah penulis blog secantik penulis blog yg lain...dan sebab itulah aku amat jarang sekali mempamerkan rupa fizikal di dalam blog ini selain daripada berkongsi entri.Bagi yg follow aku dlm laman sosial,mungkin tahu bagaiamana rupa sebenar aku..heheehehe.Ok,tp itu tak penting.Aku harap sebagai new blogger,aku jg diberi peluang dan ruang utk menulis dan berkongsi entri yg bermanfaat kepada pembaca.Buat masa ni,aku memang gemar menulis entri resepi dan tips di dalam blog dan Alhamdulillah ianya mendapat sambutan sejak bulan puasa lepas.

Sebagai penulis blog,aku tahu bukan mudah utk meraih followers yg ramai apatah lagi mengekalkan momentum penulisan agar pembaca maintain dgn blog kita tmbahan lagi terlalu byk blog yg dihasilkan di ruang carian.Tetapi aku bersyukur kerana blog ini menjadi tempat persinggahan CPUV walaupun tidak sebanyak blogger lain.Dan disebabkan itu aku berharap agar pembaca dpt terus memberi sokongan supaya lbh byk entri menarik dikongsikan bersama.Akhir sekali,aku ingin menyampaikan salam perkenalan sebagai org baru dlm dunia blog dan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua yg sudi singgah ke blog ini.Inshaa Allah,blog ini akan terus berjalan seiring sokongan korang semua...terima kasih...


Ikhlas dari penulis akugadispena.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena