Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Friday 24 October 2014

Recipe of the Day:Coklat Brownies(easy step)





Selamat pagi...hari ni hari sabtu,apa plan korang?Mesti ada mcm2 plan kan..apapun yg korang lakukan hari ni,semoga semuanya berjalan lancar.Bagi yg takda plan tu pula mcm mana?Apa kata utk memulakan hari ni korang sediakan coklat brownies yg super duper easy ni?Hari ni pn dah masuk tahun baru Hijrah kan...so bolehlah jamu keluarga dan kawan2 dgn brownies ni.Menggembirakan org lain tu satu amalan yg amat digalakkan ye tak?Nak buat brownies ni takdalah susah mana pun...semudah 2 langkah iaitu GAUL dan BAKAR.Bahan pn tak byk...kos bhn pn murah..memang tak menyesal la buat resepi ni.Ok,taknak ckp byk...kalau tak percaya semudah 2 langkah saja,jom tgk resepi di bawah..

Bahan-bahan:

Mentega cair (aku guna dlm 1 cawan)

Tepung gandum(aku letak smpai adunan pekat dan kental)

Serbuk koko(ikut suka byk mana)

2 biji telur

Gula kastor(ikut cita rasa nak manis tahap mana)

1 sudu kecil esen vanilla

Suku sudu kecil garam

Kekacang(aku guna kacang karamel dlm peket)

Cara-cara menyediakannya:

1.Masukkan semua bahan dalam bekas.Gaul rata hingga pekat dan likat.Jika adunan terlebih keras,boleh tmbah sedikit minyak masak.

2.Setelah itu masukkan ke dalam loyang,tabur kekacang dan bakar pada suhu 150-160 darjah celcius selama 20-30 minit hingga permukaan brownies merekah.


Dah pun siap..betul tak semudah 2 langkah?

*Sukatan bahan ni ikut suka la..kalau nak brownies yg lebih tebal dan byk,lebihkan sukatan.Bila dah siap adun,tak perlu susah2 ratakan adunan dlm loyang sebab adunan ni akan mencair dlm oven dan kembang ke tepi dgn sendirinya.Korang jgn pelik kalau brownies ni tak kembang sbb memang tak kembang pn.Sebab tu kalau nak buat brownies yg tinggi dan tebal,kena doublekan sukatan bahan.

Selamat mencuba

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena