Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Saturday 17 January 2015

Recipe of the Day:Spagetti Goreng



Bosannya malam ni...so jomlah kita update blog yg semakin lama semakin sepi ini..hehehe..Hari ni hari sabtu dan aku tersangat la boring di rumah.Dan disebabkan itu la utk lunch tadi aku kembali kepada hobi masak-masak ni dan terhasil la resepi spagetti goreng ni.Aku tau dah ramai sgt buat resepi ni tp yg ni resepi ikut sedap tekak aku la ya...takda nak cilok-cilok resepi orang lain.Honestly sebelum ni aku tak makan spagetti tp baru-baru ni aku terjatuh cinta dgn spagetti carbonara sbb ianya menggunakan sos krim yg boleh diterima tekak berbanding pes tomato.Tapi memandangkan sos carbonara dah habis dan yg ada cuma baki spagetti, so aku pn buat la spagetti goreng.Tambah pula ada baki lauk sotong smlm, pergghhh sedap wei..ok taknak ckp byk...aku bagi resepi k..

Bahan-bahan:

Spagetti (direbus hingga lembut)

3 ulas bawang putih(ditumbuk)

2 ulas bawang merah(ditumbuk)

Udang kering(ditumbuk)

1 sudu besar marjerin

Sos tiram

Lada sulah/lada hitam/cili padi

Sotong/ayam/daging (option)

Garam secukup rasa

Sedikit air


Cara-cara menyediakannya:

1.Rebus spagetti sehingga 'ala-dente'.Toskan.

2.Masukkan marjerin dan tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering.

3.Masukkan pula sos tiram dan sotong dan gaul sebati. Masukkan sedikit air.

4.Kemudian masukkan spagetti dan gaul rata.

5.Perasakan dengan lada sulah dan garam.


Senang kan?Selamat mencuba.
Read More

Monday 12 January 2015

Recipe of the Day:Shepherd's Pie






Assalamualaikum semua....

Meh sini kejap...nak share resepi ni....hari ni i nak share resepi Shepherd's Pie dgn uolls ni....suka x suka x?Ok2..i pn taknak taip panjang-panjang,uolls tgk la resepi di bawah ni...Selamat Mencuba...


Bahan-bahan:

Bahan utk Mash Potato

Kentang (5 biji atau ikut berapa byk korang nak)

1/4 cawan susu segar

1 sudu kecil lada sulah

3 sudu butter

Garam secukup rasa


Cara-cara membuatnya:

1. Rebus kentang hingga empuk dan setelah masak,lenyekkan kentang tersebut.

2.Masukkan butter,lada sulah dan garam. Lenyek lagi atau boleh guna mixer.

3.Masukkan 1/4 cawan susu segar sedikit demi sedikit dan mix hingga sebati.

Cenggini haaa rupanya.....

Bahan utk inti

1 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

Cendawan butang

Daging cincang/ayam/sosej

1/2 botol tomato puree(aku guna suku je sbb tak suka tomato puree...boleh guna sos tomato jg)

2 sudu besar sos cili

Lada benggala/cili merah

Serbuk lada hitam

Garam

Campuran inti ni sebenarnya ikut selera masing-masing la nak letak apa k..
Cara-cara membuatnya:

1.Cairkan butter dan tumis bawang putih serta bawang besar.

2.Masukkan daging/ayam/sosej cincang dan tggu hingga empuk.

3.Seterusnya masukkan tomato puree, sos cili, dan lada hitam.Gaul sebati.

4.Selepas itu masukkan cendawan dan lada benggala.

5.Setelah siap masak, ratakan mash potato tadi di dalam loyang.Jangan terlalu tebal.Tinggalkan separuh utk lapisan seterusnya.

6.Lapiskan pula dengan inti.Kemudian lapiskan mash potato di atasnya(3 lapisan sahaja.Boleh buat lebih ikut suka).

7.Utk lebih menarik, sapu kuning telur di atas lapisan terkahir tadi dan lorekkan garisan menggunakan garfu.

8.Bakar selama 25-3- minit pada suhu 180 darjah celcius.


Lapisan pertama dgn mash potato

Lapisan kedua dgn inti


Lapisan ketiga dgn mash potato dan kemudiannya dibakar.




Read More

Friday 2 January 2015

Review Produk:Bintik Hitam TIADA,hanya kulit putih berseri untuk ANDA!

Assalamualaikum...selamat pagi isnin semua...selamat memulakan hari dgn pekerjaan,pengajian atau apapun yg dilakukan..semoga semuanya diberkati Allah...Pagi isnin ni aku mulakan dgn entry yg mendapat sambutan dlm blog ni iaitu entry Review Produk.Nak review apa pula hari ni..?Jeng..!Jeng..!Jeng..!Tak lain tak bukan my favourite product......SAFI..!Hehehehe...Kalau sebelum ni aku dah review ttg pencuci muka dan krim daripada salah satu rangkaian produk Safi iaitu Safi Balqis Perfect 10 dan sedikit mengenai Safi Balqis White Trilogy, hari ni nak review produk pelembap pula.Siapa suka guna pelembap muka?dan.....siapa yg langsung tak guna pelembap..?Mesti ada di antara kita yg tak guna pelembap mgkn disebabkan beberapa faktor.Honestly sebelum ni pn aku tak guna pelembap sbb ianya berminyak.Tapi,tapi,tapi....sejak jumpa pelembap yg ini, aku jatuh cinta padamu bae.....hahahaha...Pelembap apa tu?I present to you Safi Balqis White Trilogy Hydragel Facial Moisturizer...



Apa keistimewaan produk ni?Ada dua keistimewaan.

1.Produk ni water-base-sesuai sgt utk korang yg mempunyai masalah kulit berminyak.Cepat menyerap dan tak terasa seperti memakai pelembap muka.

2.Dapat menghaluskan muka yg mengalami masalah bintik-bintik hitam/putih yg kasar terutama di zon T.

Utk hasil terbaik, gunakan bersama pencuci,penyegar dan krim kecantikan Safi Balqis(Tak kisah white trilogy atau perfect 10).Jika amalkan penggunaan secara konsisten, mmg nampak hasil. Jika korang nak dapat kulit putih tp rasa leceh nak pakai byk produk mcm ni,just apply krim kecantikan pn korang dah boleh putih.Yg penting kena cuci muka bersih-bersih dulu la ye.....dan kena disiplin.Jgn la nak harap putih tp selang dua hari baru nak sapu kat muka.Tahun depan la nak putih adik kakak oii....!Tp trust me la..produk Safi sgt2 bagus...harga berpatutan dan yg pasti suci dan halal lg.Senang nak cari pula tu...jadi bagi korang yg tercari-cari produk yg sesuai,cubalah produk ni....satu kepuasan menanti anda...Selamat mencuba..


Read More

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena