Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Thursday 16 June 2011

Bila Aku Berbicara Soal Agama..

3.22 petang.


Angin sgt kuat sekarang...best tidur waktu-waktu begini.Tapi mata aku sgt2 degil x mahu lelap...so,aku menaip apa yg berlaku hari ini.Macam tajuk entry ini...aku akan perkatakan soal agama.Agama?Aku sedar aku bukanlah org yg layak utk berbicara soal ini. Tapi tadi secara tidak langsung isu agama dibangkitkan ketika aku bersms dengan seorang rakan. Dia berbicara soal halal dan haram dalam perhubungan dengan aku dan sempat menegur aku tentang sesuatu.Aku akui aku bukanlah org yg alim tapi bukan bermakna aku tidak tahu apa-apa soal agama.Jujurnya,aku lebih suka bersikap biasa saja mengenai agama kerana aku khuatir sekiranya akan wujud rasa riak dalam hati ini jika aku menjaja soal ibadat ku kepada umum.Lebih baik hanya Allah yg tahu sedalam mana keimanan ku.Aku lebih rela dipandang seolah-olah aku ini org yg jahil tentang agama daripada  aku sibuk bercerita tentang ibadah ku.Tapi itulah..jika kita terlalu diam pun,org akan menganggap kita seperti org yg x tau agama.

Begitu la apa yg berlaku tadi.Aku ditegur oleh rakan ku mengenai halal dan haram dalam perhubungan lelaki dan perempuan.Sedangkan apa yg berlaku tdk seperti yg difikirkan.Tapi aku hanya bersikap selamba dgn segala tegurannya.Seperti yg aku ckp tadi aku bukanla org yg alim.Jd,aku tdk suka bersikap hipokrit apatah lg dalam perkara-perkara yg melibatkan agama.Bila dia menegur aku,aku x marah....sbb dia x tau apa yg sebenarnya.Cuma...aku x suka bila dia berkata-kata seolah-olah begitu yakin bahawa dia bebas daripada segala dosa dalam perhubungan bukan muhrim ni.Tapi dia silap..dia berkata-kata tanpa berfikir.Tanpa dia sedari dia juga sedang menjerumuskan diri ke dalam lembah dosa walaupun tdk dilihat oleh org lain.

Aku mula mengeluarkan hujah-hujah ku bila aku mengatakan soal zina.Memang dia terkejut hingga hampir menuduh aku sedang memfitnah dia.Tapi itu baru hujah awal...aku belum masuk isi-isinya lagi.Seperti yg kita tahu,hubungan bukan muhrim ni haram selagi belum memasuki fasa perkahwinan.Oleh itu,segala perlakuan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim ini adalah haram.Tapi masalahnya di sini...org skrg hanya mellihat persentuhan fizikal itu sahaja yg haram tetapi mereka tdk melihat dari segi yg lain pula.Memang secara teorinya begitu...berpegangan tangan itu HARAM...berpelukan itu HARAM...apatah lagi bersetubuhan sebelum bernikah..itu lagi HARAM...

Tapi cuba lihat dari sisi lain...dan aku pasti semua pasangan yg bercinta pasti melakukan ini.Pasti pernah si jejaka merindui si gadis kan?Pasti juga pasangan yg bercinta ini membayangkan dalam fikiran mereka yg mereka sedang bersetubuh kan?Pasti ada wujud nafsu antara mereka kan?Walaupun mereka tidak melakukannya secara fizikal dan hanya membayangkannya...itu sudah jelasnya ZINA...ZINA HATI namanya.
Cuba ingat balik....memang begitu la jiwa2 org yg bercinta ini.Mereka beranggapan mereka sudah selamat dari segala bentuk dosa dalam perhubungan kerana mereka x pernah bersentuhan.Tapi bagaimana pula dengan  imaginasi?Pasti tdk terlepas melainkan mereka berjaya melawan nafsu yg sebenarnya dimainkan oleh syaitan itu.

Tapi kebanyakan pasangan selalu melalui keadaan begini yg mana mereka tdk menyedari itu juga satu dosa.Sebab itulah apa yg ingin aku sampaikan di sini ialah org sibuk utk berbahas soal agama dgn org lain...menegur kesalahan org lain seolah-olah org itu jahil tentang agama..tapi cuba lihat diri sendiri dulu.Tanpa kita sedari kita juga sedang melakukan dosa tapi itulah...org sekarang hanya melihat dosa yg dpt dilihat dgn mata saja.Perkara-perkara kecil seperti ini langsung x tahu apa2.Bila x tau apa2,mulalah rasa diri sendiri tu berhak utk menilai org lain.Jadi,renung-renungkanlah...

TO BE CONTINUED...
Read More

Tuesday 14 June 2011

Bila si gadis bercinta....

7.51 pagi


Wahhh.....awal pagi dah mula tulis blog ni.Hehehehee...bukan apa...cuma bosan x buat apa-apa.Hari-hari layan facebook dan twitter..itu saja la mainan aku hari-hari.Tapi ok la juga sebab dua laman sosial ni membuatkan aku berfikir tentang sesuatu.It's all about L.O.V.E.Tapi sebelum tu,aku nak minta maaf dgn apa yg bakal aku utarakan tentang ni.Aku x bermaksud utk menyinggung sesiapa.Ini hanyalah pandangan peribadi aku sendiri.Pandangan tentang pasangan yg bercinta..ya..itu yg ingin aku katakan pagi ni.

Sebelum aku mewujudkan blog aku sendiri,aku baca membaca blog-blog lain yg kebanyakkannya pasti menyebut perihal cinta di dalamnya.Kalau x banyak pun,at least mesti ada beberapa entry tentang cinta.Apabila dah terlalu byk membaca blog mengenai cinta,aku mula menyedari tentang sesuatu.Ianya tentang kaum perempuan atau wanita yg sedang melayari alam percintaan.Apa pandangan aku tentang kaum ini?Secara ringkasnya,aku beranggapan kaum perempuan ni merupakan golongan yg agak 'over' bila sedang bercinta.Ya..over!Maaf jika terlalu kasar tapi setiap apa yg diperkatakan tu pasti ada sebabnya kan?Kenapa aku berkata begini?Sebabnya aku dah byk kali melihat dalam fb mahupun twitter yg membuktikan golongan ini agak keterlaluan atau 'asyik' melayari zaman percintaan dengan pasangan masing-masing.Golongan yg telah berkahwin tidak dikaitkan dalam pandangan aku ini kerana mereka telah berjaya membawa percintaan mereka hingga ke jinjang pelamin.Tapi ini soal pasangan yg masih belum jelas dengan hala tuju percintaan mereka.

Kalau dilihat di fb,aku boleh lihat apabila kebanyakkan gadis yg sedang bercinta ini seolah-olah begitu asyik mempamerkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing secara terbuka.Padahal si jejaka hanya bersikap biasa saja.Contoh yg paling mudah ialah bila si gadis post kata-kata sayang dan cinta di wall si jejaka.Wahhh...mungkin romantik bagi mereka.Apatah lagi jika dibaca dan diusik oleh rakan-rakan fb yg lain.
Jika si jejaka memberi komen utk post tersebut,memang kira ok la..tapi ada sesetengah post langsung x dilayan.Kesian aku tgk post tu....tersadai di wall si jejaka tanpa diusik.Kadang-kadang apa yg  dipost pun agak keterlaluan dari segi penggunaan ayatnya.Belum cukup dgn itu,si gadis siap tag lagi gambar dirinya utk si jejaka.Kalau gambar yg biasa-biasa saja,ok la..tp kadang-kadang tu gambar yg ditag mengaibkan diri sendiri seperti gambar tanpa tudung atau bagi yg tidak bertudung,mereka tag gambar yg lebih seksi lagi utk bf mereka dan kemudiannya gambar itu menjadi tatapan rakan-rakan fb yg lain.Aduhh...what's the point??Aku tahu ini hak individu tapi bukankah lebih baik kalau rasa sayang dan cinta kita diperibadikan sikit daripada dijadikan tatapan umum apatah lagi sebagai seorang perempuan.

Lagipun kita boleh berfikir panjang...buat apalah kita nak buat tu semua.Kita x tahu apa yg akan berlaku pada masa akan datang.Mungkin hubungan itu tidak berkekalan...tidakkah nanti akan hadir rasa menyesal sekiranya kita bertindak seperti itu di laman-laman sosial?Apatah lagi sekiranya segala kisah seperti pertunangan dan perkahwinan yg belum pasti dicanang di laman-laman sosial seperti ini.Itu mungkin lebih memalukan...ataupun diri sendiri akan hanya menjadi bahan simpati umum.Jika ingin berbuat sedemikian pun,rasanya tidak perlulah ditunjukkan kepada umum.Adalah lebih baik jika hanya ditunjukkan antara pasangan masing-masing sahaja.Jadi,apabila berlaku perpisahan,segala kelemahan hanya akan diketahui secara peribadi oleh pasangan masing-masing dan bukannnya dijaja di depan umum.Maruah itu perlu dijadikan keutamaan dalam perhubungan.Melainkan kalau sudah berkahwin,x kisahlah nak romantik dalam laman sosial tapi jgnlah pula sampai mendedahkan perihal rumahtangga.

Sememangnya menunjukkan rasa kasih kepada pasangan itu penting tapi jgnlah sampai lupa posisi kita sebagai perempuan.Jgn hanya kerana cinta,kita 'buta'...adalah lebih baik jika hubungan itu dijalani secara matang yg mana setiap pasangan boleh memikirkan baik buruk daripada tindakan mereka.Jgn terlalu mengikut perasaan kerana itu akan memakan diri sendiri...kita ingin mencari cinta yg boleh menjadikan kita lebih baik dan bukannya sebaliknya.Itulah pandangan aku mengenai pasangan yg bercinta pada zaman yg serba moden ini..maaf jika ada yg terasa atau kecil hati.Ini hanya pandangan umum....daripada ada yg sakit hati membaca entry ini,lebih baik kita fikirkan bersama apa sebenarnya yg ingin disampaikan melalui entry ini.Jika kita salah seorang daripadanya,berfikirlah utk kebaikan diri sendiri....

*Sesungguhnya si pemilik blog juga belajar daripada apa yg dilihat dan apa yg pernah berlaku..

TO BE CONTINUED...

Read More

Saturday 11 June 2011

Mengeluh @ Bersyukur?

1.32 petang.


Huh!!!!Inilah bunyi yg selalu kita dengar bila seseorang tu mengeluh....belum cukup dgn tu,macam-macam lagi persoalan yg bermain di minda.Misalnya,kenapalah jadi macam ni??Malangnya aku ni...??dan macam-macam lagilah...aku pun selalu macam tu..(jujur sgt ni....).Tapi kalau kita tengok skrg..mengeluh ni dah jadi macam satu tabiat bila sesuatu yg buruk berlaku pada kita.Contoh paling senang bila tengah tggu bas...bas baru lambat sikit,dah mula nak mengeluh...manalah bas ni..??Nahh...apatah lagi kalau sesuatu yg berat berlaku pada kita.Lagilah nak mengeluh tanpa henti sampai lupa kenapa sebenarnya perkara-perkara mcm tu berlaku pada kita.Allah mahu uji kita tu....

Kenapa kita ni selalu mengeluh??Sebab kita ni dah 'terbiasa' hidup senang..selalu tengok 'atas'...x pernahlah nak tengok ke 'bawah'.Faham x?Contohnya macam kes tunggu bas tadi.Bas lambat sikit..mula nak mengeluh.Itu baru ujian yg ringan daripada Allah.Itupun kita x boleh nak sabar.Betul kan??Sepatutnya kita bersyukur sebab sekurang-kurangnya kita masih lagi mampu untuk menaiki bas...bergerak ke sana-sini dgn hanya menghulurkan tambang kepada konduktor bas dan kita akan sampai di destinasi yg dituju.Bahkan ada yg lebih baik drpd itu....ada kenderaan sendiri....kalau boleh nak ada pemandu lagi.Tamak kan manusia ni..?Kadang-kadang hidup kita dah serba lengkap tapi masih nak mengeluh bila ada masalah sikit.Lauk makan x cukup..MENGELUH...baju dah lusuh..MENGELUH...kasut koyak..MENGELUH...bila duit dah habis...lagilah MENGELUH...sambil berkerut dahi fikir mana nak cari duit ni..

Cuba kita letak diri kita di posisi org lain yg lebih susah daripada kita...x payahlah nak ambil contoh jauh-jauh macam kehidupan di Iraq ka,Afghanistan ka,Afrika ka...just tengok di kawasan-kawasan pedalaman di tempat kita sendiri.Ramai lagi org yg lebih susah daripada kita.Pernah sekali aku buat kajian di kawasan pedalaman yg terletak di Kota Belud.Kehidupan kampung....tapi aku tinggal di homestay...bila ada peluang round2 kampung,aku tengok cara hidup mereka.Tempat tu jauh dari pekan..kalau nak pergi pekan kena naik 'pick-up'.Sekolah pun x byk di kawasan tu...yg aku nampak pun cuma sebuah sekolah papan berhampiran homestay tempat aku tinggal.Itupun sekolah rendah saja...ertinya sekolah menengah semuanya terletak di pekan.Aku hairan macam mana mereka boleh jalani hidup di sana...persepsi pertama yg bermain di minda ku ketika itu ialah mungkin anak-anak di situ tidak bersekolah.

TAPI sangkaanku meleset....bila aku berpeluang melawat kawasan padi bukit di sana,aku dapat melihat bagaimana anak-anak di sana dalam usia 9-10 tahun menuruni kawasan bukit dgn menjinjing beg utk pergi ke sekolah.Dan mereka hanya berjalan berseorangan...dgn ditemani hutan dan padi bukit di sepanjang perjalanan mereka menuju ke sekolah.Ditambah lagi dengan keadaan jalan yg tidak berturap...berbatu-batu...seluar sekolah yg dipakai oleh budak tu pun kotor dipalit habuk jalan.Cuma bayangkan.....ini belum lagi dgn seorang warga tua yg aku nampak sambil menggalas bakul besar menuruni bukit untuk mencari rezeki.BAYANGKAN....kita pernah merasai tu semua??X PERNAH KAN??

Kita pergi sekolah dihantar oleh ibu bapa...paling kurang pun naik bas sekolah.Tapi itu masih ok...sepanjang perjalanan kita dihidang dengan pelbagai kemudahan.Cakap saja mau apa....mahu makan McD sebelum  masuk sekolah.Nahh..minta saja parents berhenti di Drive-thru....terus dapat McD satu pack.Tapi belum bersyukur lagi ni kan??Ada tu terkadang rasa malas lagi nak pergi sekolah...kan??Bukan kena buat apa pun..setakat bangun pagi,bersiap dan pergi sekolah.Bangun pagi..baju pun dah kena sedia...tinggal pakai ja lagi.Sarapan pun tinggal makan lagi.Lepas tu duduk diam2 dlm kereta atau bas utk pergi sekolah.Itupun masih x BERSYUKUR kan??Bila result exam keluar..nahhh..GAGAL!!Lagilah nak mengeluh....lepas tu salahkan takdir...hebat betul sikap manusia ni kan??

Makanya bila Allah dah bagi kesenangan hidup di dunia ni...BERSYUKURLAH..jgn asyik nak MENGELUH saja...ramai lagi yg hidup susah di luar sana tapi mereka tetap jalani hidup dengan tenang.Contohnya mcm kehidupan di Kota Belud tu..aku nampak mereka hidup susah..lebih susah daripada kita tapi mereka x tunjukkan tu semua melalui ekspresi wajah mereka.Mereka tetap senyum...walaupun penat naik turun bukit hanya utk menuntut ilmu dan mencari rezeki.Malah kami pula yg mengeluh kepenatan menaiki bukit tu....nampak sgt segala kesenangan yg kita rasai ini buat kita lebih MANJA!!

Memang terkadang tu kita rasa susah tapi anggap saja itu ujian Allah utk kita.Bila Allah uji tu ada maknanya..apa maknanya??Maknanya ALLAH SAYANG KITA...Dia mahu kita jadi umat yg lebih baik.Umat yg tahu bersyukur dgn segala nikmat-Nya...bukannya umat yg riak...bila kita sentiasa ingat kepada-Nya,Insya-Allah,Dia janjikan nikmat syurga kepada kita.Syukur alhamdulillah...senang saja nak sebut kan??Yang penting hati kena ikhlas...oleh itu,janganlah kita selalu memandang ke atas saja...sekali-sekala tu pandanglah juga ke bawah supaya kita lebih memahami erti bersyukur.Dalam Al-Quran pun ada disebutkan..janganlah kita asyik memandang kelebihan yg ada pada orang lain saja tetapi pandanglah juga kekurangannya supaya kita bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan pada kita.JOM KITA RENUNGKAN BERSAMA....

*Ini hanya satu perkongsian bersama..bukan berniat utk memburukkan sesiapa.Sesungguhnya insan yg menaip ini juga sedang berusaha menjadi umat yg lebih baik...

TO BE CONTINUED...


Read More

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena