Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Saturday 19 July 2014

Resepi Raya:Biskut Cerelac



Ok,biskut seterusnya yg aku nak kongsi adalah biskut cerelac.Biskut ni sgt sedap dan rapuh.Jom2 aku kongsikan resepi..

Bahan-bahan:

1 cawan butter

1 cawan minyak sapi

1/2 cawan brown sugar

1/2 cawan gula kisar

2 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

Tepung suji

Tepung jagung

Tepung gandum

1 sudu teh baking powder

Tepung cerelac tin BIRU

Horlicks


Cara-cara membuatnya:

1.Pukul minyak sapi,butter dengan brown sugar dan gula kisar hingga sebati.Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.Masukkan esen vanilla.

2.Masukkan 300 gram tepung suji dan baking powder.Putar lagi.Masukkan setengah cawan tepung jagung dan putar.Seterusnya masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh lembut.Bentuk-bentukkan doh mengikut suka dan bakar hingga bahagian bawah biskut bertukar kecoklatan.

3.Setelah siap dibakar,lumur biskut bersama campuran susu tepung cerelac dan horlicks.Jika ingin manis,boleh tambah gula kisar ke dalam campuran tadi.Boleh juga gunakan tepung susu nespray bagi menggantikan horlicks.


*Jgn risau sekiranya adunan terasa berketul kerana tekstur tepung suji agak pecah dan bersifat sebutir-sebutir.


Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena