Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Wednesday 16 July 2014

Resepi Ramadan:Kuih Seri Ayu



Sebelum aku share biskut raya seterusnya,aku nak share resepi kuih dulu sbb dah lama rasanya aku tak share resepi utk juadah berbuka.Semalam aku buat kuih seri ayu..kuih ni mmg sedap dan mudah saja nak buat.Jomlah aku kongsikan resepi..

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

4 sudu besar gula

1 cawan santan

2 biji telur

1 sudu kecil baking powder

Perisa pandan/pewarna hijau

Kelapa parut


Cara-cara membuatnya:

1.Pukul gula dengan telur sehingga berbuih.Kemudian masukkan santan dan pukul lagi.Masukkan perisa pandan dan pewarna hijau.

2.Seterusnya masukkan baking powder dan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi sedikit likat.Panaskan pengkukus dan masukkan adunan tadi dalam acuan yg telah disapu dengan minyak serta telah dimasukkan kelapa parut di dalamnya.Kukus selama 5 minit sahaja.Siap dihidang.


*Sukatan ini boleh menghasilkan 20-25 biji kuih.
*Petua utk hasilkan seri ayu lbh gebu-tambah air minuman sprite atau pukul telur dahulu barulah diikuti dgn gula.

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena