Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Wednesday 2 July 2014

Resepi Ramadan: Kuih Mini Burger

Mini burger yg sgt 'mini'

Selamat berbuka brothers and sisters..mlm ni aku nak share resepi kuih mini burger yg aku baru buat tadi sebagai juadah berbuka.Resepi mudah..jom tgk resepinya..


Bahan-bahan utk doh:

2 cawan tepung gandum

1 peket yis

2 sudu margerin

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil gula

Air suam


Cara-cara membuat:

1. Masukkan yis ke dalam air suam dan kacau supaya larut.Tunggu dalam 3-5 minit.

2. Campurkan tepung,gula,dan garam.Masukkan yis sedikit demi sedikit sambil menguli adunan. Masukkan margerin dan uli lagi sehingga menjadi doh lembut.Sekiranya doh belum menjadi,tambah lagi yis pada adunan.

3.Setelah menjadi doh,uli doh bulat-bulat dan sebesar telapak tangan.Jangan terlalu kecil kerana doh perlu kembang.Biarkan doh yg telah dibentuk mengembang lebih kurang 20 minit.

4. Setelah doh kembang,goreng dlm minyak yg panas.


Proses pengembangan
Bahan-bahan utk inti:

Ikan bilis kering

1 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

1 tangkai cili merah

Cili kisar

Hirisan timun

Sos tiram

Garam dan gula


Cara-cara membuat:

1. Basuh ikan bilis.Boleh jg dogoreng terlebih dahulu(aku tak goreng)

2. Tumis bawang merah dan bawang putih.Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak.Masukkan sos tiram.

3.Masukkan ikan bilis dan kacau sebati.Masukkan cili merah.Perasakan dgn garam dan gula.Akhir sekali masukkan bawang besar.

4.Setelah siap,masukkan inti ikan bilis dan hirisan timun ke dalam kuih yg telah dibelah separuh di bahagian tengah.Boleh dihidang.

Selain menggunakan ikan bilis sebagai inti, korang jg boleh menggunakan bahan lain seperti sosej,isi ayam/daging/udang/sotong,fishball/fishcake,serunding,sardin dan jg lauk segera dlm tin yg lain.Ikut selera masing-masing la k...

Selamat mencuba..


0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena