Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 8 July 2014

Resepi Ramadan:Kuih Tepung Pelita

Nampak biasa tapi rasanya luar biasa sedap..!

Siapa suka makan kuih ni....?Aku tahu mesti ramai peminat kuih ni dan kuih ni sgt popular time bulan puasa.Tapi korang selalu beli di bazaar kan?Why don't cuba buat sendiri?Senang ni...meh tgk resepi..

Bahan-bahan utk lapisan hijau (bawah):

1/2 pek tepung beras

1/2 cawan gula (ikut suka)

Air pandan/perisa pandan

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil kapur

Air (digunakan utk mengisar pandan dan membancuh kapur bersama garam)


Cara-cara:

1. Campur semua bahan dan masak atas api yg sederhana. Masak hingga pekat dan setelah siap,boleh dituang ke dalam bekas. Biarkan sebentar di dalam bekas.


Bahan-bahan utk lapisan putih (atas)

Santan (1/2 biji)

Sedikit garam

4-5 sudu tepung besar


Cara-cara:

1. Campur semua bahan dan masak atas api sederhana.Masak sehingga hampir pekat. Jangan terlalu likat supaya lapisan putih ni lbh 'creamy' berbanding lapisan bawah. Setelah siap, tuang di atas lapisan bawah dan sejukkan.Nak lagi sedap, masukkan dalam peti sejuk.

Bagi yg mudah rasa muak,disyorkan supaya lapisan putih tidak terlalu tebal berbanding lapisan hijau.Just nice k...Selamat mencuba.

4 comments:

  1. Memang suka tapi takut dah beli kat bazaar. Kurang lemak & tawar. :)

    ReplyDelete
  2. Ya?Kalau mcm tu diharap resepi ni dpt mmbantu penggemar kuih tepung pelita mcm awak k...simple je dan lebih jimat.. : )

    ReplyDelete
  3. sedapnyeee... klau puase mst carik kt bazar.. nk cari time x puase mmg ssh.. :)

    ReplyDelete
  4. Ya memang susah nak cari tp boleh cuba resepi ni...dah pandai buat,hari2 boleh makan : )

    ReplyDelete

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena