Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Sunday 6 July 2014

Resepi Ramadan:Bubur Jelly Pulut



Bahan-bahan:

Tepung pulut

Sagu

Gula

Santan/susu cair

Daun pandan

Pewarna hijau,merah

Air

Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan tepung pulut ke dalam bekas dan campur dgn air sehingga menjadi doh lembut.Kuantiti tepung pulut bergantung pada berapa banyak bubur ingin dihasilkan.

2. Setelah menjadi doh,panaskan air di dalam periuk.Doh tadi dibahagikan kepada 2 bahagian dan diwarnakan merah dan hijau.Semasa air mendidih,gentel doh secara memanjang dan terus dimasukkan ke dalam air mendidih tadi.Buat hingga doh habis.Apabila jelly tadi terapung di permukaan air,itu bererti jelly telah masak dan boleh diangkat.Jelly yg telah masak dimasukkan ke dalam bekas berisi air bagi menggelakkan jelly melekat antara satu sama lain.

3. Selepas itu,masak sagu di dalam periuk berisi air sehingga sagu kembang dan pekat.Setelah siap,campur dgn jelly yg telah direndam dan ditoskan airnya.Letak sedikit gula bagi menggelakkan sagu dan jelly melekat.

4. Panaskan santan/susu cair di dalam periuk bersama daun pandan.Campurkan gula bagi memberi rasa manis (tak letak pn takpa sbb dah ada campuran gula dlm sagu dan jelly tadi).

5.Setelah santan tadi mendidih (jgn sampai santan pecah),matikan api dan jelly beserta sagu tadi boleh dimasukkan ke dalam santan dan dihidang.

*Selain sagu,makaroni jg boleh ditambah ke dlm bubur ini.

Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena