Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Friday 25 July 2014

Resepi Raya:Kuih Cornflakes Madu





Ok..ini resepi biskut yg last sekali aku nak kongsi.Biskut ni mmg wajib ada tiap tahun.Mudah nak buat dan sgt sedap.Taknak buang masa,jom tgk resepi di bawah..

Bahan-bahan:

Cornflakes(dihancurkan sedikit)

Marjerin(ikut kuantiti cornflakes berapa byk)

Gula kisar

Kacang tanah goreng yg dikisar kasar/kacang badam cincang/kismis/bijan/ceri/cip coklat

Serbuk koko/milo/coklat masakan(bagi warna)

Madu


Cara-cara membuatnya:

1.Cairkan marjerin di dalam kuali.Masukkan gula,sedikit serbuk koko dan kacang tanah tadi.

2.Kemudian masukkan cornflakes dan gaul rata.Masukkan madu dan gaul hingga cornflakes melekat antara satu sama lain.Selagi cornflakes tidak melekat,tambah madu lagi.Setelah siap,bolehlah masukkan ke dalam paper cup.Semasa memasukkan ke dlm cup,pastikan adunan cornflakes tadi dipanaskan setiap 5 minit bg mengelakkannya drpd keras dan melekat pada kuali.Ia jg utk memastikan cornflakes sentiasa melekat dlm paper cup dan tidak berterabur apabila disimpan di dalam bekas kuih.

3.Setelah selesai,bolehlah dibiarkan sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam bekas.


Utk resepi yg lebih mudah,cornflakes boleh digaul dgn coklat masakan yg telah dicairkan sahaja.Selamat mencuba..

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena