Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Thursday 3 July 2014

Resepi Ramadan: Puding Karamel Tanpa Telur dan Tanpa Kukus

Cair dalam mulut...

Assalamualaikum...selamat berpuasa hari ke-6.Ok,hari ni nak share resepi yg aku hasilkan utk berbuka puasa semalam iaitu puding karamel.Ini pertama kali aku buat puding ni so nampak pelik la sikit sbb t suselalunya org potong puding ni in slices or simpan dlm bekas tapi aku potong mcm ni pla....wahahaha...takpala...ikut la suka nak buat mcm mana pn k...Siapa nak try,tgk la resepi di bawah ni..

Bahan utk membuat gula karamel:

Gula

Air 

Cara-cara membuat:

1. Masukkan lebih kurang 5 sudu besar gula ke dalam periuk.Guna api yg kecil dan kacau gula sehingga cair dan keperangan.

2. Setelah gula cair dan bertukar keperangan,masukkan air perlahan-lahan sambil mengacau gula tadi bagi mengelakkan gula hangus.Air jgn terlalu byk,cukup sekadar utk melarutkan gula..lebih kurang 1/2 cawan.Setelah selesai,gula tadi boleh dituang ke dlm loyang atau bekas puding.


Bahan utk membuat puding:

3 cawan air

1 peket agar-agar

1 tin susu cair

Susu pekat (ikut suka berapa byk)

3 sudu tepung jagung

2 sudu tepung kastad

Esen vanilla

Cara-cara membuat:

1. Masak semua bahan di dalam periuk sehingga hampir pekat.Pastikan tiada tepung yg bergumpal.Selepas itu,tuang adunan ke atas loyang yg berisi gula tadi.Sejukkan dalam peti sejuk sehingga beku.

*Ada pilihan-Jika korang taknak puding jadi tenggelam,korang boleh letak gula karamel setelah puding beku.Tetapi jika mahu gula karamel di lapisan bawah puding,seeloknya gunakan bekas puding berbanding menggunakan loyang.
*Pastikan air utk membuat puding tidak terlalu byk melebihi kuantiti susu sbb puding akan berair dan terlalu cair.Jika puding terlalu lembut dan mudah hancur,lebih baik menggunakan bekas puding dan lebih mudah utk dimakan.

Selamat mencuba...



0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena