Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Thursday 19 June 2014

Recipe of the Day: Ikan Masak Ampap


Sorry gambar tak jelas


Selamat tengahari...aku share satu lagi resepi. Nama resepi ni ikan masak ampap (masakan sabah) or boleh juga dipanggil sebagai ikan masak kunyit pekat (nama cipta sendiri..hehehehe). Masakan ni mmg antara yg dikenali di Sabah. Sebenarnya aku tak tau sgt resepi sebenar tp disebabkan aku suka 'modified' resepi ikut suka,maka terciptalah resepi ikan masak ampap versi aku sendiri. Tapi resepi ni tak jauh beza dgn bahan asal. Kalau nak cuba,boleh tgk resepi kat bawah:

Bahan-bahan:

Utk ditumis

2 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 tangkai serai (dititik)

1/2 halia

1 kunyit (saiz ibu jari)

cili padi (ikut suka berapa banyak)

*semua ditumbuk bersama

Bahan lain:

Ikan kembura ( boleh guna tilapia dan ikan jenis berlemak)

Minyak masak

Air

Air asam jawa/asam keping

Bawang besar/cili merah (sebagai hiasan)

Garam secukup rasa

Kerisik (option)


Cara-cara memasaknya:

1. Tumis bahan yg ditumbuk tadi sehingga naik bau.

2. Selepas naik bau, masukkan 1 cawan air (ikut kuantiti ikan). Tunggu mendidih sebentar.

3. Selepas itu, masukkan ikan dan perasakan dengan garam. Tunggu ikan masak dan masukkan air asam jawa.

4. Biarkan kuah ikan mendidih sehingga menjadi pekat dan hampir kering. Kalau nak kering cepat, boleh masukkan kerisik.

5. Masukkan bahan hiasan sebagai tambahan. Boleh dimakan dengan nasi atau ambuyat (sabah style)


Menarik tak..?Selamat mencuba.




0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena