Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Thursday 19 June 2014

Tips mengekalkan bau badan


Ok..quick tips again. Ada masalah bau badan? Pewangi tak kekal lama? Macam mana nak atasi?Aku ada 2 tips nak bagi dlm entri ni...pertama,cara memakai pewangi badan dan kedua, cara mengekalkan bau pewangi bdn tersebut. Aku start dgn tips pertama dulu..lihat di bawah:

Cara memakai pewangi badan/perfume adalah dengan menyembur di bahagian-bahagian yg dpt merembeskan bau tersebut dgn lbh lama. Bahagian tersebut adalah:

1. Bahagian nadi di pergelangan tangan.

2. Belakang telinga.

3. Bahagian lipatan lengan/siku.

4. Bahagian dada.


Tips kedua pula bagaimana nak mengekalkan bau badan adalah dgn menggunakan pewangi badan seperti water cologne, body spray atau jelly cologne sebelum tidur dan sapu di bahagian-bahagian tadi. 

Pewangi seperti ini jg boleh digunakan dan disapu pd bahagian tersebut sebelum kita menggunakan pewangi berasaskan minyak/perfume yg mahal-mahal tu. Kenapa aku bg tips ini?Tips ni bagi siapa yg ingin memiliki bau bdn yg lebih soft sbb kebanyakan cologne lebih bersifat  lembut seakan bau lotion dan sesuai dgn badan berbanding perfume yg baunya lebih kuat. 

Tambahan pula, tips ini amat sesuai bagi sesiapa yg ingin menjimatkan penggunaan perfume yg mahal kerana kita boleh menggunakan cologne pada hari-hari biasa.

Ini saja quick tips utk hari ini...Selamat mencuba.


0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena