Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Saturday 28 June 2014

Resepi Ramadan:Sup Ikan/Ayam Mudah

Assalamualaikum..Salam 1 Ramadan....

Nak tanya ni...sahur tadi makan apa?Or ada yg tak sempat bangun ni utk sahur...?Or ada yg tak tahu nak masak apa..?Tak sempat masak..?Time bulan puasa ni mesti ada yg menghadapi masalah mcm ni.So,,aku nak share satu resepi mudah dlm slot khusus ni sepanjang bulan ramadan.Tapi resepi ni belum ada gambar lagi.Nt dah ada,aku upload k.Resepi ni nenek aku yg ajar.Memang super simple dan nampak berkhasiat sbb guna bahan-bahan asas.Yg penting sekali jimat kos sbb tak perlu susah-susah nak beli rempah sup atau sup bunjut semata nak masak sup.Nak masak resepi ni pun tak makan masa.Hiris-hiris then campak dlm periuk..haaaa mcm tu la teorinya.Jom kita tgk resepi di bawah:

Bahan-bahan:

 Ayam/ikan

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci kunyit

1/2 biji bawang besar

1 tangkai serai (diketuk)

1 tangkai cili merah

Asam keping (jika perlu)

Garam dan serbuk lada sulah


Cara-cara memasaknya:

1. Masukkan air ke dalam periuk dan tggu sehingga hampir panas. Sambil-sambil itu,hiris bahan-bahan (bawang merah,putih,besar,kunyit dan halia) dan masukkan bersama serai ke dalam periuk berisi air tadi.Tunggu sehingga mendidih.

2. Kemudian,masukkan ikan/ayam.Perasakan dengan garam dan lada sulah.Tunggu sehingga ikan/ayam masak. Masukkan cili merah jika mahu.Boleh tambah asam keping jika mahu sup sedikit masam.


Dah siap....Mudah saja kan?Bolehlah dicuba dan amat mudah disediakan.


0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena