Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Thursday 3 July 2014

Resepi Ramadan: Kuih Lidah Pulut




Siapa pernah makan kuih lidah pulut?Aku pasti org sabah mesti pernah makan sbb kuih ni kuih tradisional di sabah.Kuih ni ada yg versi rangup dan lembut tp hari ni aku share resepi kuih lidah yg lembut saja sbb resepinya sgt mudah dan amat sesuailah bagi sesiapa yg nak buat juadah berbuka yg mudah dan cepat.Jom2 tgk resepinya...

Bahan-bahan:

Tepung pulut

Santan

Kelapa parut

Gula Air


Cara-cara membuat:

1. Masukkan tepung pulut (ikut berapa byk nak buat.Kalau sikit saja,boleh guna suku peket tepung pulut),dan kelapa parut.Kemudian,masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga campuran tepung dan kelapa tadi menjadi doh lembut.

2. Selepas itu,bentukkan doh menjadi bentuk leper dan memanjang seperti gambar di bawah:

Panjang-panjang mcm lidah
3. Selepas selesai,goreng kuih ini menggunakan kuali leper (frying pan) dgn sedikit minyak (1 sudu besar minyak) dan goreng sehingga keperangan. Jika kuali tak lekat, tak perlu letak minyak pn takpa.

4. Setelah menggoreng, kuih tadi perlu disalutkan dgn gula.Masukkan 1 1/2 sudu besar gula dan setengah cawan air ke dalam kuali. Kacau hingga berbuih dan gula menjadi pekat.Kemudian masukkan kuih lidah yg digoreng tadi dan gaul rata.

Simple kan..?Kuih ni garing di luar tapi lembut di dalam.Selamat mencuba...

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena