Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Monday 26 August 2013

Merdeka itu Bebas?




Hello semua...lama dah x menaip kat ruangan blog ni..banyak habuk ehhh...hehehehe...

Ok,hari ni aku xdalah banyak idea sgt nak share apa2 tapi memandangkan tinggal beberapa hari saja lagi negara kita akan menyambut kemerdekaan, so aku pn nak berkongsi sedikit pendapat la. Sebelum tu nak tanya,tahun ni ulang tahun merdeka ke berapa? #kira-kira jari..hehehehe...

Bila kita tanya masyarakat sekarang tentang erti merdeka kepada mereka,majoriti mengatakan bahawa kemerdekaan itu satu kebebasan. Yes,that's true. As simple as that,right? Dan apabila ditanya mengenai kebebasan yang bagaimana dimaksudkan, ramai yang memberi jawapan seperti kebebasan daripada penjajah,kebebasan bersuara dan macam-macam lagi.Itu juga betul. Tapi bila berbicara mengenai kebebasan, ramai juga yang menyalahgunakannya seperti kebebasan bersuara.Sekarang dah macam-macam isu kan?

Begitu juga dengan kebebasan dari segi kelakuan terutamanya anak-anak muda. Mungkin disebabkan anak-anak muda masa kini bukan dilahirkan pada zaman kemerdekaan, maka mereka tidaklah begitu mengerti apa yg dimaksudkan dengan kebebasan ini. Bila sebut BEBAS, maka mereka bertindak melebihi batas agama dan disebabkan itulah semakin ramai golongan muda yg terjebak dengan pelbagai gejala yg tidak sihat. KEBEBASAN inikah yang kita mahukan setiap kali menyambut kemerdekaan?

Oleh sebab itu, kita perlu memupuk pemahaman yang lebih baik mengenai kemerdekaan kepada generasi sekarang. Ya, MERDEKA itu BEBAS. Tetapi bebas yang bagaimana? Bebas yang sebebas-bebasnya ATAU bebas yang masih ada nilai-nilai rohaninya?Kita sudah 56 tahun merdeka...jadi jawapannya ada pada kita..

Salam Merdeka To All Malaysians...



Read More

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena