Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 10 September 2013

Tanda RETAKNYA Perhubungan





Setiap orang menginginkan hubungan yang bahagia...tetapi tidak selalunya bahagia...pasti ada pasang surutnya. Tetapi dalam sesetengah keadaan, perhubungan itu menjadi lebih teruk dan hubungan itu berkemungkinan retak...mungkin korang tak sedar tingkah laku korang yang boleh membawa kepada retaknya hubungan korang bersama pasangan...jom kita tengok apa pula tanda-tanda yang membawa kepada keretakan sesebuah hubungan...

1.Kritikan

- Bergaduh dan berselisih faham merupakan perkara biasa yang berlaku dalam perhubungan. Tetapi ianya boleh menjadi luar biasa apabila wujudnya rungutan, serangan dan berlaku tindakan menyalahkan personaliti atau karakter pasangannya. Misalnya ayat ini...'awak ni seorang yang pentingkan diri'...

2. Membatukan diri

- Apabila pergaduhan berlaku, korang ataupun pasangan akan mula mengelak dan menjauhkan diri. Ada tanda-tanda ini..?Hati-hati...

3. Menghina

- Jika berlaku tindak balas seperti menghina dengan niat untuk menyinggung perasaan secara psikologi, ini juga boleh menyebabkan hubungan yang korang jalani bersama pasangan menjadi retak.

4. Tidak Menghargai

- Tidak mencuba untuk memahami pandangan masing-masing.

5. Menterjemah Secara Negatif

- Perkara ini berlaku apabila setiap tingkah laku positif yang dilakukan oleh pasangan diterjemah atau tetap kelihatan negatif pada pasangan yang satu lagi.


Nasihat dari yang kurang pakar (hehehehe) : Bagi aku, jika hubungan korang bersama pasangan menunjukkan tanda-tanda seperti ini, jangan give up dulu. Sebaliknya berilah peluang kepada diri dan pasangan untuk memperbaiki kesilapan dan menganggap pergaduhan itu merupakan satu proses untuk mengenali pasangan korang. Setiap orang berhak diberi peluang kan?
Read More

Be The Best Among The Best!





Semua orang ingin menjadi yang terbaik..terbaik dari segala segi dan terbaik dalam kalangan apapun...tapi persoalannya,adakah anda merupakan yang terbaik...? Apakah ciri-ciri orang yang terbaik?

Jawapannya...Anda adalah TERBAIK apabila..

1. Menjadi tempat merujuk.

- Anda menjadi tempat merujuk apabila rakan atau keluarga anda menghadapi masalah. Setiap nasihat yang anda berikan akan diguna pakai dan sebarang pendapat yang anda utarakan jarang sekali ditolak.

2. Keyakinan diri tinggi.

- Anda tidak mempunyai masalah komunikasi dengan orang-orang sekeliling walaupun anda berada di tempat baru.

3. Kelemahan diri tertutup.

- Apabila anda bercakap, melayan orang mahupun berpakaian, tidak ada cacat cela yang dapat dilihat.

4. Tidak tunduk pada kekalahan.

- Jika anda menghadapi kegagalan, anda percaya bahawa kegagalan bukan untuk selamanya. Malah anda berusaha untuk menukarkan kegagalan kepada kejayaan yang lebih besar.



Read More

Anda 'obses' kepada laman sosial apabila...

Anda obses kepada laman sosial apabila...



1. Anda mengemas kini status di laman sosial sejurus bangun dari tidur.

2. Anda menggunakan aplikasi 'foursquare' untuk berkongsi lokasi di mana anda berada sekarang.

3. Anda gemar LIKE status sendiri.

4. Anda seorang pen'stalker' profil orang lain.

5. Walaupun anda sedang keluar bersama rakan-rakan, anda masih sibuk meninjau laman sosial anda menerusi smartphones atau tablet.

6. Anda mengemas kini status dengan kerap dalam masa sehari dan ini termasuklah status yang tidak penting serta mengarut.

7. Anda berlumba-lumba mendapatkan followers yang ramai. *tak kisahlah anda ni kaki 'add' atau 'accept' tanpa mengenali latar belakang seseorang itu.

8. Anda boleh layan lebih dari satu chat dalam satu masa.

9. Anda gemar menggunakan pelbagai aplikasi dalam laman sosial. Ini termasuklah 'test' yang super-duper berjaya memperbodohkan diri sendiri.


Korang mempunyai simptom-simptom begini? Hehehehehe..
Read More

Tip memilih pewangi ketiak






Korang ada masalah bau badan tak? Tak tahu jenis pewangi yang sesuai dgn badan anda? Jom aku kongsi serba sedikit mengenai jenis pewangi yang ada di pasaran...

1. Semburan

Kelebihan : Mudap diserap dan tidak mengotorkan pakaian.

Kekurangan : Bauan tidak kekal lama.

2. Krim/stick

Kelebihan : Tahan lebih lama.

Kekurangan : Melekit dan mengambil masa untuk kering.

3. Gel

Kelebihan : Mudah diserap.

Kekurangan : Sukar untuk mendapatkannya di pasaran.

4. Bedak

Kelebihan : Menyerap peluh dan bersifat sejuk.

Kekurangan : Menyebabkan baju pada bahagian ketiak menjadi kotor.

5. Roll-on

Kelebihan : Mudah diserap.

Kekurangan : Roll-on yang mengandungi bahan pewangi akan menyebabkan kerengsaan dan alergi.


INFO : Warna hitam pada ketiak merupakan perkara biasa yang berlaku disebabkan kehadiran pigmen yang lebih banyak di kawasan tersebut. Biasanya, kesan hitam timbul akibat kerengsaan disebabkan penggunaan deodoran yang mengandungi pewangi.

TIPS : Bagi mengelakkan kerengsaan, sapu pewangi ketiak di belakang telinga atau lengan bahagian atas. Jika tidak timbul alergi seperti panas atau gatal, anda boleh menggunakan produk tersebut.


So, mana yang sesuai untuk korang? Jadilah pengguna yang bijak ok..!
Read More

Thursday 5 September 2013

Kepada penganggur,please CLICK this...!

Hehehehe...nervous tak baca tajuk entry? Ok,entry ni bukan nak buat korang nervous apatah lagi nak bagi tips mcm mana nak cari kerja cepat sbb aku pn masih menganggur.#kwang...kwang..kwang...tapi...aku nak bagi cadanganlah terutama kepada graduan wanita yang masih menganggur kat rumah tu. Kalau lelaki nak buat pun apa salahnya...dialu-alukan sangat...

Aku tahu ramai antara kita nak sangat cepat dapat kerja bila dah habis study tapi iyalah kita cuma usaha dan tawakal kan? Kalau Allah dah tetapkan rezeki kita belum sampai,maka belumlah..kunfayakun...tapi janganlah berputus asa..keep on trying ok!

So,bagi sesiapa yang masih menganggur tu termasuklah diri aku ni,aku nak bagitau supaya korang jangan tertekan sangat sampai tahap murung terbalik or apa-apalah. Sebaliknya cuba fikirkan something yang korang boleh buat dan membuatkan korang tak rasa rugi sangat pun kalau masih menganggur. Kalau boleh kita pun taknaklah orang rasa sekeliling rasa terbeban dengan status penganggur kita ni.

Bagi wanita yang masih menganggur,aku cadangkan korang buat aktiviti -ing. Aku ulang, aktiviti -ING.Apa tu? Ok,selalunya bila menganggur ni kita lebih banyak habiskan masa dengan watching tv,listening radio, surfing internet, sleeping, eating, walking and so on..maklumlah takda kerja nak buat...ternak lemak sajalah..apa kata kita ubah aktiviti tu kepada aktiviti -ing yang lebih mendapatkan manfaat? Contohnya...cooking,baking,sewing,or maybe blogging...?Kan?

Aku tahu dah ramai wanita di luar sana yang tahu buat kerja rumah tapi takda salahnya jika kita menggunakan masa yang ada ini utk menajamkan lagi kemahiran sedia ada kan? Manalah tahu dari situ boleh menimbulkan minat dan seterusnya menjadi punca pendapatan korang kan? Lagipun tak rugi apapun buat kerja mcm ni..walaupun tak dapat gaji bulanan tapi kita akan rasa puas sebab dapat berbakti pada ibu bapa dengan meringankan kerja-kerja mereka. Bagi yang ada kekasih atau tunang tu,silap-silap esok diorang dah ajak kawin bila tau korang dah expert buat kerja-kerja rumah. Hehehehe...

Apapun,mesej yang cuba aku nak sampaikan di sini adalah supaya kaum wanita yang masih menganggur di luar sana memanfaatkan masa yang ada ni utk meningkatkan ilmu rumah tangga sebab setinggi-tinggi mana kedudukan wanita itu nanti,kita tetap perlu kembali kepada fitrah seorang wanita yang menjadi suri dalam sebuah rumah tangga..

So,goodluck!



Read More

Wanita Itu C.O.M.P.L.I.C.A.T.E.D dot...dot..dot...?









Wanita itu complicated?

Cerewet?

Menyusahkan?

Cengeng?

Kuat cemburu?

Merimaskan?

What's else?


Macam-macam kan perangai seorang wanita terutamanya wanita yang sudah terikat dalam relationship tak kiralah sebagai kekasih,tunang,isteri,ibu,anak dan menantu. Pernahkah lelaki-lelaki di luar sana berfikir kenapakah pasangan anda sedemikian?Mungkin ada yg mendapat pasangan yg tidak tersenarai dalam golongan wanita di atas tapi....aku sangat-sangat percaya kalau tak banyak pun mesti diorang akan memiliki salah satu daripada sifat-sifat sedemikian terutamanya wanita pasti menitiskan air mata jika menghadapi kerumitan dalam perhubungan. 

Sebenarnya jawapan untuk soalan 'Kenapa wanita itu sangat complicated?' mudah sahaja. Bagi aku, wanita-wanita sebeginilah yg sangat concern terhadap orang-orang yg mereka sayang...mereka peduli...mereka ambil kisah...mereka sangat-sangat menjaga perhubungan walaupun pada zahirnya sifat mereka itu seperti terlalu menekan pasangan mereka. Tapi cuba jejaka-jejaka di luar sana fikir, tanpa ada sifat-sifat begini pada perempuan..relationship tu takkan berwarna warni sbb takda perkongsian dan perselisihan kerana bagi aku melalui pergaduhan itulah sebenarnya kita dapat lebih mengenali pasangan kita. Kalau takda sifat-sifat begini.lelaki rasa insecure juga kan?Begitu juga dengan perempuan,kalau mereka tak bersikap bgini,mereka juga akan merasa insecure kepada pasangan mereka.

So....kesimpulan paling mudah nak buat adalah wanita-wanita yang complicated ni sebenarnya...

Sangat mengambil berat...

Penyayang..

Setia...

Mengutamakan pasangan..

Menghargai pasangan..

Dan..sentiasa ingin belajar untuk memahami pasangan..

Jadi hargailah wanita-wanita di sekeliling anda...


Read More

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena