Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 10 September 2013

Be The Best Among The Best!





Semua orang ingin menjadi yang terbaik..terbaik dari segala segi dan terbaik dalam kalangan apapun...tapi persoalannya,adakah anda merupakan yang terbaik...? Apakah ciri-ciri orang yang terbaik?

Jawapannya...Anda adalah TERBAIK apabila..

1. Menjadi tempat merujuk.

- Anda menjadi tempat merujuk apabila rakan atau keluarga anda menghadapi masalah. Setiap nasihat yang anda berikan akan diguna pakai dan sebarang pendapat yang anda utarakan jarang sekali ditolak.

2. Keyakinan diri tinggi.

- Anda tidak mempunyai masalah komunikasi dengan orang-orang sekeliling walaupun anda berada di tempat baru.

3. Kelemahan diri tertutup.

- Apabila anda bercakap, melayan orang mahupun berpakaian, tidak ada cacat cela yang dapat dilihat.

4. Tidak tunduk pada kekalahan.

- Jika anda menghadapi kegagalan, anda percaya bahawa kegagalan bukan untuk selamanya. Malah anda berusaha untuk menukarkan kegagalan kepada kejayaan yang lebih besar.



0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena