Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Thursday 5 September 2013

Kepada penganggur,please CLICK this...!

Hehehehe...nervous tak baca tajuk entry? Ok,entry ni bukan nak buat korang nervous apatah lagi nak bagi tips mcm mana nak cari kerja cepat sbb aku pn masih menganggur.#kwang...kwang..kwang...tapi...aku nak bagi cadanganlah terutama kepada graduan wanita yang masih menganggur kat rumah tu. Kalau lelaki nak buat pun apa salahnya...dialu-alukan sangat...

Aku tahu ramai antara kita nak sangat cepat dapat kerja bila dah habis study tapi iyalah kita cuma usaha dan tawakal kan? Kalau Allah dah tetapkan rezeki kita belum sampai,maka belumlah..kunfayakun...tapi janganlah berputus asa..keep on trying ok!

So,bagi sesiapa yang masih menganggur tu termasuklah diri aku ni,aku nak bagitau supaya korang jangan tertekan sangat sampai tahap murung terbalik or apa-apalah. Sebaliknya cuba fikirkan something yang korang boleh buat dan membuatkan korang tak rasa rugi sangat pun kalau masih menganggur. Kalau boleh kita pun taknaklah orang rasa sekeliling rasa terbeban dengan status penganggur kita ni.

Bagi wanita yang masih menganggur,aku cadangkan korang buat aktiviti -ing. Aku ulang, aktiviti -ING.Apa tu? Ok,selalunya bila menganggur ni kita lebih banyak habiskan masa dengan watching tv,listening radio, surfing internet, sleeping, eating, walking and so on..maklumlah takda kerja nak buat...ternak lemak sajalah..apa kata kita ubah aktiviti tu kepada aktiviti -ing yang lebih mendapatkan manfaat? Contohnya...cooking,baking,sewing,or maybe blogging...?Kan?

Aku tahu dah ramai wanita di luar sana yang tahu buat kerja rumah tapi takda salahnya jika kita menggunakan masa yang ada ini utk menajamkan lagi kemahiran sedia ada kan? Manalah tahu dari situ boleh menimbulkan minat dan seterusnya menjadi punca pendapatan korang kan? Lagipun tak rugi apapun buat kerja mcm ni..walaupun tak dapat gaji bulanan tapi kita akan rasa puas sebab dapat berbakti pada ibu bapa dengan meringankan kerja-kerja mereka. Bagi yang ada kekasih atau tunang tu,silap-silap esok diorang dah ajak kawin bila tau korang dah expert buat kerja-kerja rumah. Hehehehe...

Apapun,mesej yang cuba aku nak sampaikan di sini adalah supaya kaum wanita yang masih menganggur di luar sana memanfaatkan masa yang ada ni utk meningkatkan ilmu rumah tangga sebab setinggi-tinggi mana kedudukan wanita itu nanti,kita tetap perlu kembali kepada fitrah seorang wanita yang menjadi suri dalam sebuah rumah tangga..

So,goodluck!



0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena