Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 10 September 2013

Anda 'obses' kepada laman sosial apabila...

Anda obses kepada laman sosial apabila...



1. Anda mengemas kini status di laman sosial sejurus bangun dari tidur.

2. Anda menggunakan aplikasi 'foursquare' untuk berkongsi lokasi di mana anda berada sekarang.

3. Anda gemar LIKE status sendiri.

4. Anda seorang pen'stalker' profil orang lain.

5. Walaupun anda sedang keluar bersama rakan-rakan, anda masih sibuk meninjau laman sosial anda menerusi smartphones atau tablet.

6. Anda mengemas kini status dengan kerap dalam masa sehari dan ini termasuklah status yang tidak penting serta mengarut.

7. Anda berlumba-lumba mendapatkan followers yang ramai. *tak kisahlah anda ni kaki 'add' atau 'accept' tanpa mengenali latar belakang seseorang itu.

8. Anda boleh layan lebih dari satu chat dalam satu masa.

9. Anda gemar menggunakan pelbagai aplikasi dalam laman sosial. Ini termasuklah 'test' yang super-duper berjaya memperbodohkan diri sendiri.


Korang mempunyai simptom-simptom begini? Hehehehehe..

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena