Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Monday 30 June 2014

Resepi Ramadan:Bihun Goreng Pedas Daging





Bagi penggemar bihun,korang boleh cuba resepi ni....

Bahan-bahan:

Bihun (direbus)

Bawang merah

Bawang putih

Udang kering (direndam supaya lembut)

Cili padi (ikut suka berapa banyak)

Belacan

*bawang merah,putih,udang kering,belacan dan cili padi ditumbuk

Cili boh

Sos tiram

Daging

Garam secukup rasa


Cara-cara memasak:

1. Tumis bahan yg telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan lebih kurang 2-3 sudu cili kisar dan tumis hingga cili masak.

2. Masukkan sos tiram dan gaul sehingga sebati dgn bahan lain. Masukkan daging. Seterusnya masukkan bihun dan gaul rata.

3. Akhir sekali,perasakan dgn garam. Sebagai tambahan, boleh masukkan hirisan daun sup utk menaikkan bau hidangan.


Selamat mencuba.


Read More

Resepi Ramadan: Kuih Bingka Beras





Satu lagi resepi mudah utk berbuka puasa..

Bahan-bahan:

3 cawan santan

1 cawan tepung beras

1 cawan gula pasir

1/2 sudu teh garam

Cara-cara membuat:

1. Campurkan kesemua bahan hingga sebati. Tapiskan bagi mengasingkan tepung yg berketul.

2. Masak campuran tadi di atas api yg sederhana.Masak sehingga campuran menjadi pekat dan likat.

3. Setelah itu, masukkan campuran ke dalam loyang dan bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 30 minit.Pastikan bahagian atas kuih berwarna kecoklatan.


Resepi mudah utk semua..selamat mencuba.
Read More

Saturday 28 June 2014

Resepi Ramadan:Sup Ikan/Ayam Mudah

Assalamualaikum..Salam 1 Ramadan....

Nak tanya ni...sahur tadi makan apa?Or ada yg tak sempat bangun ni utk sahur...?Or ada yg tak tahu nak masak apa..?Tak sempat masak..?Time bulan puasa ni mesti ada yg menghadapi masalah mcm ni.So,,aku nak share satu resepi mudah dlm slot khusus ni sepanjang bulan ramadan.Tapi resepi ni belum ada gambar lagi.Nt dah ada,aku upload k.Resepi ni nenek aku yg ajar.Memang super simple dan nampak berkhasiat sbb guna bahan-bahan asas.Yg penting sekali jimat kos sbb tak perlu susah-susah nak beli rempah sup atau sup bunjut semata nak masak sup.Nak masak resepi ni pun tak makan masa.Hiris-hiris then campak dlm periuk..haaaa mcm tu la teorinya.Jom kita tgk resepi di bawah:

Bahan-bahan:

 Ayam/ikan

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci kunyit

1/2 biji bawang besar

1 tangkai serai (diketuk)

1 tangkai cili merah

Asam keping (jika perlu)

Garam dan serbuk lada sulah


Cara-cara memasaknya:

1. Masukkan air ke dalam periuk dan tggu sehingga hampir panas. Sambil-sambil itu,hiris bahan-bahan (bawang merah,putih,besar,kunyit dan halia) dan masukkan bersama serai ke dalam periuk berisi air tadi.Tunggu sehingga mendidih.

2. Kemudian,masukkan ikan/ayam.Perasakan dengan garam dan lada sulah.Tunggu sehingga ikan/ayam masak. Masukkan cili merah jika mahu.Boleh tambah asam keping jika mahu sup sedikit masam.


Dah siap....Mudah saja kan?Bolehlah dicuba dan amat mudah disediakan.


Read More

Thursday 26 June 2014

Recipe of the Day:Ayam Masak Sos(Masak Merah)



Ok,nak cepat ni sebelum tak dapat online.Nak post juga satu resepi yg baru masak tadi.Resepi ni ayam masak sos atau ada jg yg panggil ayam masak merah.Tapi resepi yg aku buat ni takdalah merah sgt k...sweet-sweet je...Jom tgk resepi kalau berminat nak cuba..

Bahan-bahan:

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

*semuanya ditumbuk

Ayam

2 sudu besar cili boh

3 sudu sos cili

Sos tomato (ikut suka)

2 sudu besar sos tiram

Tomato

Cili merah

Madu (pilihan)

Gula dan garam


Cara-cara memasak:

1.Tumis bahan yg ditumbuk tadi sehingga naik bau.Selepas itu,masukkan cili boh dan pastikan masak(pecah minyak).

2.Masukkan ayam.Gaul sebati dgn cili boh tadi.Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram.Kalau suka,boleh masukkan sos tomato.Gaul dan tambah air jika kelihatan kuah kering.Tunggu ayam masak.

3.Perasakan dgn garam dan gula.Boleh masukkan madu utk buatkan warna kuah kelihatan lebih menarik dan memberi rasa manis bagi menggantikan gula.

4.Masukkan tomato dan cili merah. Tunggu sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.

Dah siap...boleh makan dah....selamat mencuba



Read More

Wednesday 25 June 2014

Recipe of the Day:Non-fried Bihun Cendawan



Tgk dr gambar mcm tak sedap tp belum cuba belum tahu.


Morning blog readers..dua hari lagi menjelang ramadhan dan aku makin teruja nak share resepi mudah dan low bajet supaya takda la berlaku pembaziran kalau kita masak sendiri kan..tapi resepi kali ni bukan aku yg hasilkan sebaliknya jiran aku yg buat.Dia bagi makanan ni selepas kenduri dan rasanya sgt sedap.So aku pn tnya my mum la sbb mama pn tlg2 jiran tu buat persediaan kenduri. Ini resepinya...

Bahan-bahan:

Bihun

Su'un

Cendawan hitam

Udang kering/udang segar

Garam

Cara memasaknya:

1. Rebus bihun dan su'un sehingga lembut.

2.Goreng cendawan dan udang(kalau guna udang segar) dlm minyak yg sedikit.Cukup utk buatkannya masak dan lembut.

3.Campur cendawan dan udang tadi dlm campuran bihun dan su'un tadi.

4.Perasakan dgn garam dan boleh jg tmbh bahan perisa lain jika perlu seperti sos tiram dan cili padi yg dah ditumbuk.

Senang kan resepi ni.Yg penting jimat masa dan tidak mengunakan minyak utk menggoreng bihun.Just gaul-gaul bagi sebati dan siap dihidang.Mungkin ini boleh jadi hidangan ramadhan korang nanti.Selamat mencuba...
Read More

Tuesday 24 June 2014

Tips Pra-Ramadan:Makanan yg Mengawal Selera Makan

Assalamualaikum pembaca blog sekalian...

Tinggal lebih kurang 3 hari lagi umat islam seluruh dunia bakal menyambut bulan ramadan yg mulia.Mesti tak sabar kan...?Macam kita tahu,bulan ramadan adalah bulan ibadah dan byk manfaat di dalamnya.Jadi rebut peluang ini utk melaksanakan ibadah dgn khusyuk.Insya Allah,semoga amalan kita diterima oleh-Nya.

Tapi utk entri kali ni,aku nak share satu tips terutamanya utk sesiapa yg mengalami masalah selera makan yg tinggi. Bila masuk bulan puasa,tentu ada yg mengalami masalah cepat lapar walaupun dah sahur. Kalau tak sahur,apatah lagi kan?Jadi aku harap tips ini dpt membantu masalah korang semua.Sepanjang ramadan akan datang ni, korang boleh merancang pemakanan yg sesuai supaya kita merasa kenyang tp bukan disebabkan kenyang kerana byk makan sebaliknya kenyang kerana kita makan juadah yg berkhasiat dan bermanfaat utk tubuh kita.

Ini merupakan antara jenis-jenis makanan yg boleh disediakan ketika berbuka dan sahur dan bagus mengawal selera makan...

1. Sup
- Dalam kajian yg dilaksanakan di Penn, individu yg meminum semangkuk sup seperti sup ayam dipercayai dpt mengurangkan jumlah kalori sebanyak 20% yg terdapat dlm satu hidangan. Sup boleh mengawal selera makan kerana ianya memenuhi isi padu perut tetapi dgn jumlah kalori yg rendah.

2. Coklat hitam/dark chocolate
- Kajian mencadangkan pengambilan coklat hitam jika anda ingin memakan sesuatu yg manis.Coklat hitam boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan melindungi jantung serta otak. ianya juga lebih padat dgn rasa berbanding coklat susu dan dpt membantu mengatasi rasa 'cravings' pada makanan manis dan masin.

3. Telur
- Telur dpt memberi rasa kenyang kerana mengandungi kandungan protein yg tinggi. Kajian menunjukkan individu yg mengambil makanan tinggi protein hanya mengambil sedikit kalori pada waktu makan berikutnya.

4. Kekacang
- Kekacang merupakan salah satu makanan yg membolehkan anda kurang selera makan tetapi kenyang.

5. Oat
-  Oat juga dpt mengurangkan rasa lapar dan dpt mengurangkan keinginan/nafsu utk makan yg byk khusunya ketika berbuka.

6. Air
- Badan yg kekurangan air menyebabkan rasa lapar. Amalkan minum air kerana simptom rasa lapar adalah sama seperti anda kekurangan air.

7. Buah-buahan
- Amalkan pengambilan buah seperti epal dan lain2 kerana buah mengandungi jumlah gula yg tinggi dan dpt mengurangkan rasa lapar.


(Sumber: New Sabah Times, 20 Jun 2014)

Itu merupakan makanan yg boleh diamalkan sepanjang bulan puasa ketika berbuka dan bersahur. Apapun,jgn lupa amalkan makanan sunnah nabi iaitu kurma. Jgn berlebihan ketika berbuka kerana bulan Ramadan Bukan Bulan Pesta Makanan tetapi Bulan utk Mengenyangkan Hati dgn Ibadah kepada-Nya.Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dr aku gadis pena.

*INFO:Sempena ramadhan ini,aku gadis pena akan menambah satu slot resepi yg memaparkan juadah yg sesuai utk berbuka puasa/sahur dan resepi kek/biskut yg mudah.So,jgn ketinggalan membacanya.


Read More

Recipe of the Day:Sambal dari Udang Geragau Kering

Morning....selamat pagi rabu.

Sekali lagi aku nak share resepi ringkas tp kali ni nak bagi resepi menghasilkan sambal belacan.Tapi tajuk entri takda pula sebut sambal belacan kan?Sebenarnya aku buat sambal belacan tapi disebabkan sambal belacan dah habis time aku nak buat resepi ni, aku pn create la resepi lain utk hasilkan sambal belacan.Memandangkan time tu yg ada cuma udang geragau kering, maka aku pun gunakanlah imaginasi menghasilkan sambal belacan yg lain sikit.Jemput la tgk gambar kat bawah ni...


Hidang bersama ulam-ulaman

Resepinya adalah....

Bahan-bahan:

Bahan utk dikisar

Udang geragau kering (digoreng terlebih dahulu) atau belacan 

3-4 biji bawang merah

3 biji bawang putih

1 biji bawang besar

3-4 biji tomato

1 tangkai cili merah

Cili padi (ikut suka berapa banyak)

Bahan lain

Air limau nipis (ikut cita rasa,nak masam letak lebih)

Gula dan garam


Cara-cara membuatnya:

1. Kisar semua bahan menggunakan blender.

2. Setelah semua bahan selesai dikisar, masak sambal tersebut tanpa menggunakan minyak di atas kuali dan biarkan mendidih. Pastikan sambal sentiasa dikacau supaya tidak hangit.

3. Perah limau nipis ke dalam sambal dan perasakan dgn garam serta gula secukup rasa.Boleh dihidangkan.

*Memandangkan warna sambal agak pucat mengikut warna udang geragau,aku tambah sedikit sos tiram bagi memberi wrna lebih gelap pada sambal ni.


Mudah kan...?Selamat mencuba...


Read More

Sunday 22 June 2014

Recipe of the Day:Daging Kicap dengan Kismis (Masak Hitam)

Recipe again n again....!

Kali ni nak share cara masak daging kicap dgn kismis dgn cara yg mudah...ada yg panggil ni daging masak hitam.Terpulanglah nak panggil apa k...resepi ni mudah saja.Kalau ikut resepi lain mgkn byk bahan tp memandangkan aku tak suka sekat minat memasak disebabkan kekurangan bahan,aku pn make it simple la...cuba tgk gmbr di bawah ni...




Jom tgk resepi bg sapa yg nak mencuba...

Bahan-bahan:

Bahan utk dikisar:

3-4 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia

1 biji bawang besar

Bahan perapan:

Daging lembu

Kicap manis

Kicap pekat

Sos tiram

Kismis (supaya rasa manis kismis menyerap masuk ke dlm daging)

Gula dan garam jika perlu

Cara-cara memasak:

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.

2. Masukkan daging yg telah diperap. Tunggu sehingga masak. Tambah air jika kering.

3. Perasakan dgn garam jika perlu. Boleh masukkan bahan hiasan jika mahu.

4. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan daging masak.Hidangkan bersama nasi.

Mudah kan..?tak perlu terlalu rumit jika ingin memasak.Selamat mencuba..



Read More

Saturday 21 June 2014

Recipe of the Day: Sambal Kicap Cicah Pedas



Nak share quick recipe...yg ni resepi kicap cicah yg sesuai dimakan bersama ikan dan ayam goreng/panggang/bakar.Jom tgk resepi di bawah:

Bahan-bahan:

5 ulas bawang putih

Cili padi (ikut suka berapa byk)


Limau nipis (ikut suka)


Sos tiram


Kicap masin/pekat


Kicap manis/cair


Gula


Cara-cara membuatnya:

1. Tumbuk bawang putih menggunakan batu lesung. Masukkan cili padi dan tumbuk bersama.

2. Masukkan sos tiram, kicap masin,dan kicap manis. Pastikan teksturnya menjadi pekat.

3. Perah air limau nipis dan perasakan dgn sedikit gula.


SIAP...!Selamat mencuba.


Read More

Friday 20 June 2014

Mesej utk lelaki-Wanita Complicated atau Wanita Santai, Mana Satu Pilihan Anda?

Morning...!


Aku dah lama tak up entry mengenai relationship kan..?So,nak bagi my personal opinion mengenai wanita pilihan lelaki. Tapi kalau korang ada pandangan yg berbeza,jgn bash me tau...!Ok, antara wanita yg complicated dan wanita yg santai dlm perhubungan,korang pilih yg mana?'Korang' tu ditujukan pada LELAKI tau....yg perempuan pegi main jauh2...

Sebelum ni aku selalu dgr pendapat yg mana lelaki lbh prefer perempuan yg santai dlm perhubungan sbb tak rimas dan tak over tp korang tau tak apa beza perempuan yg santai dgn yg complicated?Aku pernah post entry mengenai wanita complicated dan bila gadis bercinta (tgk previous post), itu sebenarnya sifat semula jadi wanita dlm perhubungan. Kalau korang mls sgt nak check post tu, meh aku kongsi secara ringkas ttg wanita yg complicated dlm perhubungan.Wanita itu complicated dlm perhubungan apabila...

1. Terlalu ambil berat.

2. Terlalu mudah risau pada pasangan.

3. Mudah marah/merajuk/sedih/cemburu walaupun dgn perkara kecil yg dilakukan pasangan.

4. Kerap berhubung dgn pasangan.

5.Sentiasa ingin bersama pasangan.

6.Adakala menetapkan peraturan misalnya mesti memaklumkan pasangan apa yg dilakukan tp selalunya bertujuan utk mengambil berat, bukan utk mengawal.

Ini yg selalu ada pada wanita yg complicated. Dlm erti kata mudah, mereka ni terlalu menjaga perhubungan hingga lelaki menganggap perlakuan seperti ini over dan mengongkong. Tapi hakikatnya...hmm..tgk la previous post k.

Bagi wanita yg bersifat terlalu santai dlm perhubungan pula,aku cuma ada 3 andaian mudah mengenai golongan ini.Selalunya hubungan yg santai ni contrast dgn ciri-ciri wanita complicated. Mereka jarang berhubung,jarang berjumpa,jarang berkongsi cerita dan lebih kepada life masing2.Selalunya wanita yg santai dlm perhubungan ni disebabkan:

1. Sibuk dgn kerjaya/study ditambah pula dgn hubungan jarak jauh.

2. Inginkan kebebasan seperti zaman single walaupun dah couple.Mksdnya pasangan hnya menjadi sebahagian kecil dlm kehidupan mereka.

3. Hmmm..mgkn mereka santai sbb...mereka dah curang.Kalau dah sampai tahap terlalu jarang berhubung, itu tandanya perempuan dah curang pada pasangan mereka.

Kalau korang memiliki pasangan yg santai,korang mesti tahu mereka tergolong dlm kategori mana...Kalau dah masuk kategori nombor tiga tu,tak tahulah nak cakap apa dah...

So apa yg aku nak cakap,adakala lelaki yg memiliki pasangan complicated tu lebih beruntung sbb mereka lbh tahu dan nampak sejauh mana rasa sayang pasangan pada mereka. Kalau yg santai, sometimes kita sndiri trtanya2..'Eh,dia sayang aku or tak...?'Jeng..jeng..jeng....!



Read More

Thursday 19 June 2014

Recipe of the Day: Ikan Masak Ampap


Sorry gambar tak jelas


Selamat tengahari...aku share satu lagi resepi. Nama resepi ni ikan masak ampap (masakan sabah) or boleh juga dipanggil sebagai ikan masak kunyit pekat (nama cipta sendiri..hehehehe). Masakan ni mmg antara yg dikenali di Sabah. Sebenarnya aku tak tau sgt resepi sebenar tp disebabkan aku suka 'modified' resepi ikut suka,maka terciptalah resepi ikan masak ampap versi aku sendiri. Tapi resepi ni tak jauh beza dgn bahan asal. Kalau nak cuba,boleh tgk resepi kat bawah:

Bahan-bahan:

Utk ditumis

2 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 tangkai serai (dititik)

1/2 halia

1 kunyit (saiz ibu jari)

cili padi (ikut suka berapa banyak)

*semua ditumbuk bersama

Bahan lain:

Ikan kembura ( boleh guna tilapia dan ikan jenis berlemak)

Minyak masak

Air

Air asam jawa/asam keping

Bawang besar/cili merah (sebagai hiasan)

Garam secukup rasa

Kerisik (option)


Cara-cara memasaknya:

1. Tumis bahan yg ditumbuk tadi sehingga naik bau.

2. Selepas naik bau, masukkan 1 cawan air (ikut kuantiti ikan). Tunggu mendidih sebentar.

3. Selepas itu, masukkan ikan dan perasakan dengan garam. Tunggu ikan masak dan masukkan air asam jawa.

4. Biarkan kuah ikan mendidih sehingga menjadi pekat dan hampir kering. Kalau nak kering cepat, boleh masukkan kerisik.

5. Masukkan bahan hiasan sebagai tambahan. Boleh dimakan dengan nasi atau ambuyat (sabah style)


Menarik tak..?Selamat mencuba.




Read More

Tips mengekalkan bau badan


Ok..quick tips again. Ada masalah bau badan? Pewangi tak kekal lama? Macam mana nak atasi?Aku ada 2 tips nak bagi dlm entri ni...pertama,cara memakai pewangi badan dan kedua, cara mengekalkan bau pewangi bdn tersebut. Aku start dgn tips pertama dulu..lihat di bawah:

Cara memakai pewangi badan/perfume adalah dengan menyembur di bahagian-bahagian yg dpt merembeskan bau tersebut dgn lbh lama. Bahagian tersebut adalah:

1. Bahagian nadi di pergelangan tangan.

2. Belakang telinga.

3. Bahagian lipatan lengan/siku.

4. Bahagian dada.


Tips kedua pula bagaimana nak mengekalkan bau badan adalah dgn menggunakan pewangi badan seperti water cologne, body spray atau jelly cologne sebelum tidur dan sapu di bahagian-bahagian tadi. 

Pewangi seperti ini jg boleh digunakan dan disapu pd bahagian tersebut sebelum kita menggunakan pewangi berasaskan minyak/perfume yg mahal-mahal tu. Kenapa aku bg tips ini?Tips ni bagi siapa yg ingin memiliki bau bdn yg lebih soft sbb kebanyakan cologne lebih bersifat  lembut seakan bau lotion dan sesuai dgn badan berbanding perfume yg baunya lebih kuat. 

Tambahan pula, tips ini amat sesuai bagi sesiapa yg ingin menjimatkan penggunaan perfume yg mahal kerana kita boleh menggunakan cologne pada hari-hari biasa.

Ini saja quick tips utk hari ini...Selamat mencuba.


Read More

Tuesday 17 June 2014

Recipe of the Day : Oreo Homemade Ice Cream




Hai...hari ni nak share satu resepi simple lagi. Mungkin dah ramai yang tahu resepi ni tapi aku nak share juga bagi yg belum tahu terutama bagi penggemar aiskrim. Kali ni aku share resepi mcm mana nak buat aiskrim oreo buatan sendiri..tak payah susah beli mahal-mahal sbb kos bahan jauh lebih murah. Jom tengok resepi di bawah ini:

Bahan-bahan:

1 tin susu cair

1/2 susu pekat (ikut cita rasa masing-masing.Nak kurang manis,kurangkan suku tin saja)

1 biji telur

1 sudu besar Ovalett

I sudu teh esen vanilla

Biskut Oreo dihancur kasar (jem putih dialihkan)


Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan- susu cair, susu pekat, telur, ovalett, dan esen vanilla. Sebatikan kesemua bahan menggunakan MIXER. Sebatikan selama 15 minit atau sehingga tekstur bahan menjadi likat seperti krim.

2. Apabila dah pekat dan likat, masukkan biskut oreo yg dah dihancur-hancurkan tu. Selain oreo, boleh gantikan dgn bahan perisa seperti coklat emulco, milo dan buah-buahan tp pastikan buah tersebut dah dijadikan pes buah barulah dicampurkan dlm bahan yg dah sebati tadi. 

3. Selepas tu, sejukkan dalam icebox sehingga beku. Kalau tak beku,bukan aiskrim la namanya kan?

Dah siap...semudah 1,2 dan 3 kan..?Selamat mencuba...






Read More

Saturday 14 June 2014

Recipe of the Day: Gravy BBQ Chicken with Black Pepper

Wahh..kali ni nama resepi in english pula kan..resepi ni pun dah lama aku create tp baru hari ni ada kerajinan nak post.Resepi ni berasaskan sos bbq.Sebenarnya sblm ni ada sos bbq di dapur yg dah nak expired tp kuantitinya masih banyak.So masa tgh fikir nak msk apa guna ayam yg ada,tercetuslah idea resepi ni.Kalau sebut ayam,mesti nak masak kari,kicap,kari,kicap saja kan...?Mesti bosan kan..?Jadi why not cuba something yg different dan pd masa sos bbq yg hampir expired tu tak terbuang begitu saja.But let's see first mcm mana rupa dish ni...
Segar dari dalam periuk

Bahan-bahan:

Ayam (ikut suka nak bahagian mana)

Bawang merah

Bawang putih

Halia (taknak guna pun takpa)

Serai (taknak guna pun takpa)

Sos bbq

Sos tiram

Biji lada hitam (ditumbuk kasar)

Gula dan garam secukup rasa

Cara memasak:

1.Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai (jika mahu).

2.Masukkan sos bbq dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan sos tiram.

3.Masukkan ayam dan gaul hingga sebati. Tambah sedikit air. Biarkan ayam masak.

4. Masukkan biji lada hitam yg ditumbuk kasar dan perasakan dgn gula (boleh gantikan dgn madu) dan garam.Tunggu lagi sehingga ayam betul-betul masak.

5.Sebagai tambahan,boleh masukkan cendawan butang/bawang besar/cili merah/lada benggala utk mencantikkan lagi masakan anda.


Simple kan..?Dengan bahan yg senang didapati dan langkah yg mudah,korang boleh menghasilkan resepi yg SEDAP..!

Read More

Recipe of the Day: Ikan Kukus Bersos

Selamat petang. Ok,petang ni nak share resepi dlm kadar yg cepat sbb resepi ni pun ringkas dan sgt sesuai bagi yg tak tau masak or yg malas masak..ooppsss..!!hehehe...Bagi yg berminat nak cuba,sila tgk resepi di bawah:





Bahan-bahan:

Ikan (ok,aku mmg tak kenal jenis dan nama ikan tapi aku galakkan guna ikan yg berlemak dan isinya lembut)

1-2 biji Bawang merah


1-2 biji Bawang putih


 Bawang besar


Cili merah/hijau/cili benggala (ikut suka)


Sos tiram


Kicap manis


Biji lada hitam (ditumbuk kasar)


Garam dan gula secukup rasa


Cara memasak:


1. Lumur ikan dgn garam bagi menghilangkan rasa hanyir atau boleh guna apa juga petua utk hilangkan bau hanyir. Basuh dan kukus ikan sehingga masak.

2. Utk sos: Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga 'caramelize'..maksudnya hingga warna keemasan. 

3. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Sebatikan dgn bawang tadi.

4. Masukkan biji lada hitam yg ditumbuk kasar, bawang besar dan cili merah. Perasakan dgn garam dan gula.

5. Tuang sos ke atas ikan yg telah siap dikukus dan boleh dihidang.



Dah siap...!Mudah kan..?Memasak mmg senang. For me, ianya cuma perlukan ingredients, taste and creativity..Selamat mencuba...


Read More

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena