Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Saturday 14 June 2014

Recipe of the Day: Gravy BBQ Chicken with Black Pepper

Wahh..kali ni nama resepi in english pula kan..resepi ni pun dah lama aku create tp baru hari ni ada kerajinan nak post.Resepi ni berasaskan sos bbq.Sebenarnya sblm ni ada sos bbq di dapur yg dah nak expired tp kuantitinya masih banyak.So masa tgh fikir nak msk apa guna ayam yg ada,tercetuslah idea resepi ni.Kalau sebut ayam,mesti nak masak kari,kicap,kari,kicap saja kan...?Mesti bosan kan..?Jadi why not cuba something yg different dan pd masa sos bbq yg hampir expired tu tak terbuang begitu saja.But let's see first mcm mana rupa dish ni...
Segar dari dalam periuk

Bahan-bahan:

Ayam (ikut suka nak bahagian mana)

Bawang merah

Bawang putih

Halia (taknak guna pun takpa)

Serai (taknak guna pun takpa)

Sos bbq

Sos tiram

Biji lada hitam (ditumbuk kasar)

Gula dan garam secukup rasa

Cara memasak:

1.Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai (jika mahu).

2.Masukkan sos bbq dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan sos tiram.

3.Masukkan ayam dan gaul hingga sebati. Tambah sedikit air. Biarkan ayam masak.

4. Masukkan biji lada hitam yg ditumbuk kasar dan perasakan dgn gula (boleh gantikan dgn madu) dan garam.Tunggu lagi sehingga ayam betul-betul masak.

5.Sebagai tambahan,boleh masukkan cendawan butang/bawang besar/cili merah/lada benggala utk mencantikkan lagi masakan anda.


Simple kan..?Dengan bahan yg senang didapati dan langkah yg mudah,korang boleh menghasilkan resepi yg SEDAP..!

1 comments:

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena