Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 17 June 2014

Recipe of the Day : Oreo Homemade Ice Cream




Hai...hari ni nak share satu resepi simple lagi. Mungkin dah ramai yang tahu resepi ni tapi aku nak share juga bagi yg belum tahu terutama bagi penggemar aiskrim. Kali ni aku share resepi mcm mana nak buat aiskrim oreo buatan sendiri..tak payah susah beli mahal-mahal sbb kos bahan jauh lebih murah. Jom tengok resepi di bawah ini:

Bahan-bahan:

1 tin susu cair

1/2 susu pekat (ikut cita rasa masing-masing.Nak kurang manis,kurangkan suku tin saja)

1 biji telur

1 sudu besar Ovalett

I sudu teh esen vanilla

Biskut Oreo dihancur kasar (jem putih dialihkan)


Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan- susu cair, susu pekat, telur, ovalett, dan esen vanilla. Sebatikan kesemua bahan menggunakan MIXER. Sebatikan selama 15 minit atau sehingga tekstur bahan menjadi likat seperti krim.

2. Apabila dah pekat dan likat, masukkan biskut oreo yg dah dihancur-hancurkan tu. Selain oreo, boleh gantikan dgn bahan perisa seperti coklat emulco, milo dan buah-buahan tp pastikan buah tersebut dah dijadikan pes buah barulah dicampurkan dlm bahan yg dah sebati tadi. 

3. Selepas tu, sejukkan dalam icebox sehingga beku. Kalau tak beku,bukan aiskrim la namanya kan?

Dah siap...semudah 1,2 dan 3 kan..?Selamat mencuba...






0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena