Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Thursday 13 March 2014

Tips menghilangkan whitehead/blackhead

Assalamualaikum...hai korang..

Hehehe...it's been a long time kan aku tak update blog ni..so hari ni aku nak share satu tips khususnya kepada sesiapa yang mengalami masalah whitehead/blackhead di muka terutamanya di hidung. To be honest, aku merupakan salah seorang yang menghadapi masalah ini...memang jenuh nak menghilangkan bintik putih kat hidung. Kalau dah hilang, esok lusa mesti timbul balik..boleh jadi gila dengan masalah ni. That's why la sejak beberapa hari ni aku ada juga google tips untuk selesaikan masalah ni. Aku rasa korang pun dah pernah baca tips-tips tu kan? Tapi hari ni aku nak 'upgrade' tips-tips yang aku baca tu sikit dengan mengesyorkan produk yang lain pada korang tetapi masih menggunakan cara yang sama..

Ok..salah satu produk yang aku guna untuk hilangkan whitehead/blackhead ni adalah produk yang tertera kat bawah ni...


Produk ni merupakan peel mask..krimnya berwarna hitam pekat lagi likat..so memang best la kalau nak pakai sebab krim ni akan melekat kat kulit dan buat kulit rasa tegang. Aku beli produk ni kat e-noveal..aku tak tahu la sama ada kedai ni ada di semenanjung or x. Kalau takda, korang boleh beli produk yang serupa di Daiso dengan harga yang lebih murah iaitu rm5. Produk ni aku beli dengan harga rm9.90 tapi boleh pakai lama. Aku rasa produk ni jauh lebih berbaloi berbanding nose pore pack yang cuma ada 10 keping dalam satu pek. Itupun belum tentu berkesan kan..?

Sebelum korang guna krim ni, korang kena wapkan dulu muka tu supaya liang pori terbuka. Untuk wapkan muka ni pun aku ada baca beberapa cara, tapi aku lebih suka cara yang mudah. Selalunya aku akan basuh muka dengan air suam beberapa kali hingga kulit terasa lembut dan lembab. Lepas tu barulah sapu krim ni selama 15 minit atau hingga krim ni betul-betul kering. Then barulah boleh tanggalkan. Masa tu barulah korang akan nampak musuh ketat korang ditarik satu persatu dari habitat diorang..hehehehe...

Selepas selesai menggunakan produk tersebut, adalah lebih baik korang menggunakan penyegar or toner...penyegar yang aku guna seperti gambar di bawah..penyegar ni juga aku guna untuk dicampurkan dalam bedak sejuk bagi menggantikan air..


Langkah terakhir adalah dengan menggunakan pelembap. Korang boleh guna apa juga jenis pelembap yang korang biasa guna. Tapi memandangkan aku tak suka dengan tekstur pelembap yang berminyak, jadi aku 'twist' sikit daripada guna pelembap yang famous amos tu kepada menggunakan lotion pelembap. Lotion Vaseline seperti di bawah ni amat sesuai dijadikan pelembap muka selain disapu pada tangan dan badan. Teksturnya yang sejuk seperti air dan mudah menyerap tu yang best...bagi sesiapa yang nak jimat bajet, boleh guna lotion pelembap bagi menggantikan krim pelembap yang super duper mahal tu..


So, this is another tips for u...good luck..!

2 comments:

  1. nice info,tq :)

    ReplyDelete
  2. brand penyegar dan lotion tu cuma option....ada yg tnya boleh ke guna lotion vaseline pada muka?Honestly blm ada yg cuba lg tp disebabkan saya suka dgn teksturnya yg water-based,saya try guna dan tiada masalah.Tapi itu cuma pilihan.Boleh guna apapun brand penyegar dan lotion yg penting korang gunakan kedua-duanya selepas guna peel off cream tu.Penyegar pn tak kisah nak guna brand apa.

    ReplyDelete

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena