Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Monday 29 September 2014

Recipe of the Day:Sambal Ikan Bilis Berlada dengan Kentang




Bahan-bahan:

Ikan bilis(digoreng)

Kentang(dipotong dadu dan direbus)

Bawang besar(dihiris)

2 ulas bawang merah(ditumbuk)

2 ulas bawang putih(ditumbuk)

Cili padi(ditumbuk bersama bawang merah dan putih)

Cili boh

Sos tiram

Garam gula secukup rasa

Minyak

Sedikit air

Cara-cara menyediakannya:

1.Tumis campuran bawang dan cili padi.Masukkan cili boh dan sos tiram.Tambah sedikit air.

2.Masukkan ikan bilis dan kentang.Gaul hingga kuah menjadi pekat.Kemudian masukkan bawang besar dan perasakan dengan garam dan gula.

Selamat mencuba..
Read More

Recipe of the Day:Telur Rebus Masak Taucu




Resepi ini pula sama mcm resepi Ikan Masak Taucu yg pernah aku kongsi tp yg ni versi telur rebus pula.Kalau agak-agak malas nak cari entri versi ikan tu, tengoklah resepi ni pun boleh...

Bahan-bahan:

Telur rebus(kemudian digoreng pun boleh)

2 ulas bawang merah(dihiris)

2 ulas bawang putih(dihiris)

Bawang besar(dihirs)

Cili padi

2 sudu besar cili boh

2 sudu besar taucu

1 sudu besar sos tiram

Air asam jawa

Minyak

Air

Gula secukup rasa

Cara-cara menyediakannya:

1.Tumis bawang merah,bawang putih dan bawang besar(bawang besar dimasukkan kemudian pun boleh).Kemudian masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.

2.Seterusnya masukkan taucu dan sos tiram.Sebatikan.Selepas itu masukkan telur dan air asam jawa.Akhir sekali perasakan dgn gula dan garam jika perlu.


Mudah sgt kan?Selamat mencuba.


Read More

Recipe of the Day:Gulai Labu




Morning....hari ni nak plan masak apa agaknya?Apa kata cuba resepi yg mudah ni menggunakan labu..sedappp ok..mudah dan sedap.Sesuai disediakan oleh sesiapa saja terutama bg yg takda masa nk masak tu.....kalau nak cuba resepi ni,jom tgk resepi di bawah..

Bahan-bahan:

Labu

2 ulas bawang merah (dihiris)

2 ulas bawang putih(dihiris)

Ikan bilis(digoreng)

Cili merah(dihiris)

Daun bawang(dihiris)

Minyak

Air

Garam secukup rasa

Cara-cara menyediakannya:

1.Tumis bawang merah,bawang putih dan ikan bilis hingga naik bau.Kemudian masukkan air dlm anggaran 1 1/2 cawan mengikut kuantiti labu yg digunakan.

2.Seterusnya masukkan labu,cili merah,dan daun bawang.Biarkan mendidih dan labu empuk.

3.Setelah hampir empuk,masukkan garam dan lada sulah.Lauk ini adalah berkuah.

Selamat mencuba..
Read More

Tuesday 23 September 2014

Recipe of The Day:Cheese Tart




Siapa suka cheese tart..????Saya..!Saya..!Saya..!Amboi dah tanya jawab sendiri pula kan....hehehehe.Ok,baru-baru ni aku dah try buat cheese tart sendiri sbb makanan ni dah ramai yg buat..so aku pun nak try sendiri la.Tapi...haaa ada tapi lagi ni..cheese tart buatan aku ni versi hodoh sbb buat masa tgh moody.Sbb tu hiasan main letak je...ok taknk cakap byk,meh aku kongsi resipi..sangat mudah ok uollls....!!

Bahan-bahan:

250 gram tepung gandum (diayak)

150 gram marjerin

15 gram susu segar

1 biji telur

*Kalau nak manis,boleh tambah 30 gram gula pasir

250 gram cream cheese

1/2 tin susu pekat

Cara-cara membuatnya:

1.Uli tepung gandum bersama marjerin hingga menjadi serbuk roti.

2.Kemudian masukkan susu dan telur.Uli hingga menjadi doh.Seterusnya rehatkan doh dalam peti sejuk selama 30 minit.

3.Sementara merehatkan doh,putar cream cheese bersama susu pekat hingga menjadi krim.

4.Selepas 30 minit, uli doh dan masukkan dgn kemas ke dalam acuan tart. Cucuk dasar tart menggunakan garfu bagi memudahkan pengaliran haba ketika dibakar.Bakar tart sehingga warna keemasan.

5.Setelah selesai dibakar,biarkan tart sejuk seketika.Kemudian pipingkan campuran cream cheese tadi dan boleh dihias mengikut kreativiti masing-masing.Boleh jg ditambah perisa dan pewarna utk menjadikan tart nampak lebih comel..


Aku guna jem roselle,cip coklat,coklat rice,kacang badam dan mixed fruit sebagai hiasan.


Read More

Friday 19 September 2014

Recipe of the Day:Sup Ketam




Ok yg ni memang favourite sejak pertama kali makan..hehehe..sapa yg memang suka mkn ketam, patut cuba resipi ni.Jomlah tgk resipi kat bawah ni..

Bahan-bahan:

Bawang merah(dihiris)

Bawang putih(dihiris)

Halia(dihiris)

Ketam

Serbuk sup(boleh gantikan dgn sup bunjut atau kayu manis, bunga lawang dan serai yg ditumis bersama bawang dan halia)

Air

Minyak masak

Garam

Cara-cara memasaknya:

1.Tumis bawang dan halia hingga naik bau.Kemudian masukkan air dan serbuk sup.Sebatikan.

2.Masukkan ketam dan biar sup mendidih.Jika ketam hampir masak,perasakan dgn garam.

3.Boleh dihidang dgn bawang goreng dan perahan limau kasturi.


Read More

Recipe of the Day:Telur Ikan Masak Lemak





Assalamualaikum readers...haaa dah seminggu lebih tak update blog ni.So hari ni nak aktifkan balik entry mengenai resipi mudah tapi resipi kali ni disediakan oleh orang yg sangat special bagi aku..hihihih..aku just tgk dan ingat resipi jak..resipi ni memang mudah dan confirm sedap.Dan yg paling special resipi ni menggunakan telur ikan.Telur ikan dia besarrrrrr ok...!Ok2 taknak buang masa,meh aku share resipi..

Bahan-bahan:

Bawang merah (dihiris)

Bawang putih (dihiris)

Halia (dihiris)

Telur ikan

Serbuk kari

Tomato

Bendi

Santan

Garam

Cara-cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yg dihiris hingga sedikit garing.

2.Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan masukkan dalam bahan tumisan tadi.Kacau hingga serbuk kari masak.

3.Masukkan 1 1/2 cawan air dan sebatikan.Masukkan bendi dan telur ikan.Biarkan masak.Seterusnya masukkan santan.

4.Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan dengan garam.

Dah pun siap telur ikan masak lemak...selamat mencuba..
Read More

Tuesday 9 September 2014

Review Produk:Safi Balqis White Trilogy



Selamat pagi...

Aku rasa mcm dah seminggu tak update blog ni...ada yg rindu x?ok..perasan kejap..hehehehe.Hari ni nak bercerita tentang satu lagi produk yg aku guna.Sapa yg dah pernah guna pencuci muka 2 in 1 Safi Balqis White Trilogy?Ada feedback positif x?Sebenarnya sebelum ni aku guna pencuci 2 in 1 Safi Balqis Perfect 10 tp tak tahu la kenapa aku dah tak jumpa rangkaian produk tu di pasaran kk ni.Yg paling latest aku cari krim kecantikan Safi Balqis Perfect 10 dan nasib-nasib la jmpa kat Servay.

Dan disebabkan itu la aku cari alternatif lain...so aku pn try la produk white trilogy ni.Memang ada beza..Kalau pencuci muka Perfect 10 ada rasa sejuk-sejuk disebabkan sensasi menthol, yg ni pula ada rasa pedas-pedas time nak guna.Tapi takda la pedas mcm muka sunburn tu..pedas yg light la... ni juga tak menjejaskan kulit seperti menimbulkan jerawat atau lebih mudah, produk ni sesuai utk semua jenis kulit.

Tapi kalau nak buat perbandingan, aku lebih suka pencuci muka Perfect 10 sbb aku boleh rasa muka halus selepas dicuci dan baunya lebih wangi. Tapi disebabkan aku dah tak jumpa produk tu, so aku tukar guna yang ni tp masih dikombinasikan dengan Krim Kecantikan Safi Balqis Perfect 10.Walaupun begitu, produk ni memang menjimatkan disebabkan teksturnya yg pekat dan tak perlu guna byk.Satu botol ni aku boleh guna 2 bulan.Sangat ekonomi kan?So selamat mencuba...
Read More

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena