Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 23 September 2014

Recipe of The Day:Cheese Tart




Siapa suka cheese tart..????Saya..!Saya..!Saya..!Amboi dah tanya jawab sendiri pula kan....hehehehe.Ok,baru-baru ni aku dah try buat cheese tart sendiri sbb makanan ni dah ramai yg buat..so aku pun nak try sendiri la.Tapi...haaa ada tapi lagi ni..cheese tart buatan aku ni versi hodoh sbb buat masa tgh moody.Sbb tu hiasan main letak je...ok taknk cakap byk,meh aku kongsi resipi..sangat mudah ok uollls....!!

Bahan-bahan:

250 gram tepung gandum (diayak)

150 gram marjerin

15 gram susu segar

1 biji telur

*Kalau nak manis,boleh tambah 30 gram gula pasir

250 gram cream cheese

1/2 tin susu pekat

Cara-cara membuatnya:

1.Uli tepung gandum bersama marjerin hingga menjadi serbuk roti.

2.Kemudian masukkan susu dan telur.Uli hingga menjadi doh.Seterusnya rehatkan doh dalam peti sejuk selama 30 minit.

3.Sementara merehatkan doh,putar cream cheese bersama susu pekat hingga menjadi krim.

4.Selepas 30 minit, uli doh dan masukkan dgn kemas ke dalam acuan tart. Cucuk dasar tart menggunakan garfu bagi memudahkan pengaliran haba ketika dibakar.Bakar tart sehingga warna keemasan.

5.Setelah selesai dibakar,biarkan tart sejuk seketika.Kemudian pipingkan campuran cream cheese tadi dan boleh dihias mengikut kreativiti masing-masing.Boleh jg ditambah perisa dan pewarna utk menjadikan tart nampak lebih comel..


Aku guna jem roselle,cip coklat,coklat rice,kacang badam dan mixed fruit sebagai hiasan.


0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena