Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 9 September 2014

Review Produk:Safi Balqis White Trilogy



Selamat pagi...

Aku rasa mcm dah seminggu tak update blog ni...ada yg rindu x?ok..perasan kejap..hehehehe.Hari ni nak bercerita tentang satu lagi produk yg aku guna.Sapa yg dah pernah guna pencuci muka 2 in 1 Safi Balqis White Trilogy?Ada feedback positif x?Sebenarnya sebelum ni aku guna pencuci 2 in 1 Safi Balqis Perfect 10 tp tak tahu la kenapa aku dah tak jumpa rangkaian produk tu di pasaran kk ni.Yg paling latest aku cari krim kecantikan Safi Balqis Perfect 10 dan nasib-nasib la jmpa kat Servay.

Dan disebabkan itu la aku cari alternatif lain...so aku pn try la produk white trilogy ni.Memang ada beza..Kalau pencuci muka Perfect 10 ada rasa sejuk-sejuk disebabkan sensasi menthol, yg ni pula ada rasa pedas-pedas time nak guna.Tapi takda la pedas mcm muka sunburn tu..pedas yg light la... ni juga tak menjejaskan kulit seperti menimbulkan jerawat atau lebih mudah, produk ni sesuai utk semua jenis kulit.

Tapi kalau nak buat perbandingan, aku lebih suka pencuci muka Perfect 10 sbb aku boleh rasa muka halus selepas dicuci dan baunya lebih wangi. Tapi disebabkan aku dah tak jumpa produk tu, so aku tukar guna yang ni tp masih dikombinasikan dengan Krim Kecantikan Safi Balqis Perfect 10.Walaupun begitu, produk ni memang menjimatkan disebabkan teksturnya yg pekat dan tak perlu guna byk.Satu botol ni aku boleh guna 2 bulan.Sangat ekonomi kan?So selamat mencuba...

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena