Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Friday 25 July 2014

Resepi Raya:Kek Coklat Moist





Last sekali sebelum menutup entri resepi ramadan dan raya tahun ini,aku nak share resepi kek yg sesuai utk hari raya ni mahupun hari-hari biasa.Mesti ramai suka kek coklat kan..?Kek ni aku buat semalam utk berbuka..mmg moist dan yg penting sgt mudah utk dibuat.Lepas ni tak pyh beli-beli dah...bagi yg nak try,resepinya ada di sini..


Bahan A:

1 cawan serbuk koko(boleh kurangkan utk kurangkan rasa pahit koko)

1 cawan gula kisar(boleh lebihkan utk tutup rasa pahit koko)

1 cawan susu cair(aku guna setengah cawan saja)

1/2 cawan susu pekat(aku guna suku)

1 cawan minyak masak

Bahan B:

1 1/2 cawan tepung gandum

3 biji telur

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat.

Cara-cara membuatnya:

1.Masak Bahan A di dalam periuk hingga masak(guna api sederhana) dan kemudian sejukkan.

2.Pukul telur hingga kembang dan berbuih(kalau mls pukul guna mixer,boleh guna blender saja..lagi cepat).Kemudian masukkan Bahan A tadi bersama esen vanilla.Kacau menggunakan senduk atau spatula hingga sebati.

3.Seterusnya masukkan campuran tepung gandum,baking powder dan soda bikarbonat(sebaiknya diayak terlebih dahulu tp aku tak ayak pun..).Masukkan sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi pekat dan likat.

4.Setelah selesai,masukkan ke dalam loyang yg telah disapu dgn marjerin dan kukus lebih kurang 1 jam.Utk pastikan kek masak,cucuk kek menggunakan garfu/lidi sate.Jika garfu/lidi kelihatan bersih tanpa ada kesan tepung melekat padanya,ertinya kek dah masak.


Utk membuatkan kek ini jadi lebih sedap dan menarik,korang boleh buat topping 'ganache' yg menggunakan susu cair,susu pekat,coklat masakan dan sedikit butter yg dicairkan bersama.Selain itu,boleh juga menggunakan topping drpd creamcheese yg dipukul hingga kembang bersama susu pekat kemudian dituang di atas kek.Tapi memenadangkan aku jenis simple dlm bab masak n baking,aku just tuang susu pekat di atas kek dan hias dgn coklat rice warna-warni seperti dlm gambar.Simple but still perfect.Selamat mencuba...


*Pada kesempatan ini,saya penulis blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ini.Terima kasih kerana sudi singgah, follow dan like blog ini...Insya Allah,akan ada lebih byk entri dikongsikan selepas ini.Terima kasih...
Read More

Resepi Raya:Kuih Cornflakes Madu





Ok..ini resepi biskut yg last sekali aku nak kongsi.Biskut ni mmg wajib ada tiap tahun.Mudah nak buat dan sgt sedap.Taknak buang masa,jom tgk resepi di bawah..

Bahan-bahan:

Cornflakes(dihancurkan sedikit)

Marjerin(ikut kuantiti cornflakes berapa byk)

Gula kisar

Kacang tanah goreng yg dikisar kasar/kacang badam cincang/kismis/bijan/ceri/cip coklat

Serbuk koko/milo/coklat masakan(bagi warna)

Madu


Cara-cara membuatnya:

1.Cairkan marjerin di dalam kuali.Masukkan gula,sedikit serbuk koko dan kacang tanah tadi.

2.Kemudian masukkan cornflakes dan gaul rata.Masukkan madu dan gaul hingga cornflakes melekat antara satu sama lain.Selagi cornflakes tidak melekat,tambah madu lagi.Setelah siap,bolehlah masukkan ke dalam paper cup.Semasa memasukkan ke dlm cup,pastikan adunan cornflakes tadi dipanaskan setiap 5 minit bg mengelakkannya drpd keras dan melekat pada kuali.Ia jg utk memastikan cornflakes sentiasa melekat dlm paper cup dan tidak berterabur apabila disimpan di dalam bekas kuih.

3.Setelah selesai,bolehlah dibiarkan sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam bekas.


Utk resepi yg lebih mudah,cornflakes boleh digaul dgn coklat masakan yg telah dicairkan sahaja.Selamat mencuba..
Read More

Resepi Raya:Kuih Siput




Lagi 2 hari nak raya...jom2 aku share resepi kuih yg simple lagi.Hari ni nak share resepi kuih siput..kuih ni mmg sedap mkn time2 tgh borak2 sambil tgk tv.Cara nak buat pn senang sbb tak perlu bakar..cuma kena uli jd siput ni yg memerlukan kesabaran.Jom tgk resepinya..


Bahan-bahan:

Tepung gandum

Biji ketumbar

Biji jintan manis

Biji jintan putih

*Ketumbar,jintan manis dan jintan putih digoreng tanpa minyak dan ditumbuk

2 sudu besar marjerin/butter(bergantung pada kuantiti tepung)

2 sudu besar minyak sapi(guna marjerin saja pun boleh)

1 sudu teh serbuk kunyit/serbuk kari(memberi warna pada kuih siput)

1/2 sudu teh garam

Daun kari

Minyak masak


Cara-cara membuatnya:

1.Goreng ketumbar,jintan manis,dan jintan putih kemudian ditumbuk menggunakan lesung.

2.Marjerin/butter dicairkan.Boleh tambah sedikit minyak sapi jika suka.

3.Masukkan bahan 1,2,garam dan serbuk kunyit/kari tadi ke dalam tepung(ikut suka tepung byk mana).Uli sebati menggunakan tangan hingga menjadi doh.Marjerin dimasukkan sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.

4.Apabila sudah menjadi doh,bentukkan doh menjadi siput menggunakan acuan khas siput.Setelah siap,bolehlah digoreng bersama daun kari supaya kuih menjadi lebih wangi.

Selamat mencuba..


Read More

Thursday 24 July 2014

Resepi Raya:Biskut Kelapa



Tinggal 4 hari lagi nak raya...!Weehoooo..!Ok2..aku nak share jg kuih ni..simple dan bg yg nak cepat tu boleh buat biskut ni.Jom tgk resepi..

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan butter

1 cawan gula kisar

2 biji telur

1 sudu teh esen vanilla

Tepung gandum

Tepung jagung

1 sudu teh baking powder

Nestum(Takda pun takpa)

Kelapa parut dalam pek

Ceri sebagai hiasan

Cara-cara membuatnya:

1.Pukul butter dan gula hingga sebati.Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.Pukul lagi.

2.Masukkan nestum dan kelapa kisar dan gaul.Masukkan tepung jagung,baking powder dan gaul lagi.Seterusnya masukkan tepung gandum hingga jadi doh lembut.

3.Bentukkan bulat-bulat dan masukkan dalam cup.Hias dgn ceri dan tabur kelapa parut di atasnya.Bakar hingga masak.

Senang kan..?Cubalah...
Read More

Monday 21 July 2014

Resepi Raya:Kuih Bangkit



Assalamualaikum...

Mcm mana puasa setakat ni..?Harap semuanya berjalan dgn baik la kan...pagi ni aku nak share resepi kuih bangkit yg aku buat semalam.Biskut ni mmg favourite aku sejak kecil lagi tp sebelum ni selalu beli saja..tp skrg ni dah boleh buat sendiri.Bagi aku,kuih ni yg paling senang nak buat sbb tak perlu nak guna mixer segala bagai.Guna tangan saja.Bahan pun mudah nak cari.So bagi sesiapa yg suka kuih bangkit tu bolehlah buat sendiri.Pagi2 raya makan kuih bangkit sambil tgk tv best tu..jomlah tgk resepi kuih ni..

Bahan-bahan:

Tepung ubi(aku guna 1 1/2 peket)

Tepung gandum(guna 1 cawan)

Gula kisar

2 biji kuning telur

1 sudu teh baking powder

Santan pekat(guna santan dalam kotak)

Daun pandan


Cara-cara membuatnya:

1.Goreng tepung ubi dan tepung gandum tanpa minyak bersama daun pandan.Setelah itu,ayak tepung dan biarkan sejuk sebentar.

2.Dalam bekas lain masukkan telur dan ayak gula kemudian campur bersama telur tadi.Kacau hingga sebati dan masukkan campuran tepung yg telah diayak tadi.Masukkan baking powder dan sebatikan campuran.

3.Seterusnya masukkan santan sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.Kemudian bolehlah dibentuk dan dibakar hingga bahagian bawah kuih bertukar kecoklatan.

Mudah kan..?Selamat mencuba..




Read More

Saturday 19 July 2014

Resepi Raya:Biskut Kacang



Siapa penggemar biskut kacang?Aku tak minat sgt tapi bila buat resepi ni,mmg confirm sedap...!Rapuh lagi...sekali makan boleh hbs satu bekas.Sebenarnya resepi biskut kacang ni ada byk versi.Ada yg cuma guna butter,gula n tepung gandum.Ada yg guna minyak jagung.Tapi...aku cuma guna minyak masak biasa.Nak tahu resepinya..?Ada kat bawah ni haaaa...

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan butter

1/2 cawan brown sugar

1/2 cawan gula kisar

Kacang tanah yg digoreng tanpa minyak dan dikisar(letak lagi banyak lagi sedap)

1 sudu teh esen vanilla

Tepung jagung 

Tepung gandum

1 sudu teh baking powder

1/2 cawan minyak masak biasa

Cara-cara membuatnya:

1.Campur butter,brown sugar,gula kisar dan kacang kisar dan diputar bersama.Masukkan esen vanilla dan putar lagi.

2.Masukkan tepung jagung dan baking powder.Putar lagi hingga sebati.Masukkan tepung gandum dan uli menggunakan tangan.Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan uli.Jika terlalu lembut,tambah tepung gandum lagi hingga menjadi doh yg tidak melekat.

3.Bulat-bulatkan doh dan sapu dgn kuning telur dan dihias dgn kacang.Bakar dgn suhu 150 darjah celsius.Biskut agak rapuh,so kena tggu sejuk baru boleh alihkan dr loyang k..

Siap....!

                  

Read More

Resepi Raya:Biskut Cerelac



Ok,biskut seterusnya yg aku nak kongsi adalah biskut cerelac.Biskut ni sgt sedap dan rapuh.Jom2 aku kongsikan resepi..

Bahan-bahan:

1 cawan butter

1 cawan minyak sapi

1/2 cawan brown sugar

1/2 cawan gula kisar

2 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

Tepung suji

Tepung jagung

Tepung gandum

1 sudu teh baking powder

Tepung cerelac tin BIRU

Horlicks


Cara-cara membuatnya:

1.Pukul minyak sapi,butter dengan brown sugar dan gula kisar hingga sebati.Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.Masukkan esen vanilla.

2.Masukkan 300 gram tepung suji dan baking powder.Putar lagi.Masukkan setengah cawan tepung jagung dan putar.Seterusnya masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh lembut.Bentuk-bentukkan doh mengikut suka dan bakar hingga bahagian bawah biskut bertukar kecoklatan.

3.Setelah siap dibakar,lumur biskut bersama campuran susu tepung cerelac dan horlicks.Jika ingin manis,boleh tambah gula kisar ke dalam campuran tadi.Boleh juga gunakan tepung susu nespray bagi menggantikan horlicks.


*Jgn risau sekiranya adunan terasa berketul kerana tekstur tepung suji agak pecah dan bersifat sebutir-sebutir.


Selamat mencuba.
Read More

Resepi Raya:Biskut Tart Nenas Gulung




Selamat pagi..pejam celik pejam celik,kita dah masuk 10 terakhir ramadan.Selain makin giat lakukan ibadah,mesti para isteri,ibu dan anak sibuk nak buat kuih raya kan?Memandangkan dah 2 hari tak update blog,hari ni aku nak kongsi resepi tart nenas.Resepinya adalah seperti berikut...

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan butter

2 biji telur

1 sudu teh esen vanilla

Pewarna kuning

Tepung gandum

Tepung jagung

Baking powder

Jem/pes nenas

Kuning telur dan badam cincang(hiasan)

Cara-cara membuatnya:

1.Pukul butter dan telur hingga sebati.Masukkan esen vanilla dan pewarna kuning.

2.Kemudian masukkan tepung jagung dan baking powder.Putar lagi hingga sebati.Masukkan tepung gandum hingga menjadi doh lembut.

3.Canai doh dan potong mengikut saiz empat segi tepat.Gulung pes nenas yang telah diuli panjang-panjang menggunakan doh yg telah dicanai.Sapu kuning telur dan tabur badam cincang di atasnya.

4.Bakar pada suhu 150 darjah celsius sehingga masak.

Mudah dan cepat.Selamat mencuba..
Read More

Wednesday 16 July 2014

Resepi Raya:Biskut Cip Coklat(Chocolate Chips Cookies)



Ok,lepas dah share resepi kuih seri ayu tadi,sekarang nak share biskut ni pula.Mesti ramai yg suka biskut ni kan?So,hari ni aku nak share resepi biskut cip coklat yg mudah dan semua org boleh buat biskut cip coklat yg sedap.Lepas ni takyah beli dah..hehehehe...resepinya adalah:

Bahan-bahan:

2 cawan butter

1/2 cawan gula pasir putih

1/2 cawan brown sugar

2 biji telur

Esen vanilla

Coklat masakan/serbuk koko/milo(aku guna coklat masakan lbh kurang 4 sudu yg telah dicairkan.Hanya utk menggelapkan wrna biskut)

Cip coklat dan badam cincang

Tepung chocolate cookies(boleh guna tepung gandum dan tepung jagung)

1 sudu teh baking powder

Secubit garam


Cara-cara membuatnya:

1.Pukul butter,gula putih dan brown sugar hingga kembang.Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla.Pukul lagi sehingga sebati.

2.Masukkan coklat masakan/milo/serbuk koko dan sebatikan.Masukkan cip coklat dan badam cincang.

3.Masukkan sedikit demi sedikit tepung,baking powder,dan garam serta pukul hingga rata.Masukkan tepung hingga adunan menjadi lembut(jangan terlalu keras).

4,Kaup adunan menggunakan sudu dan letak di atas loyang pembakar.Panaskan oven dan bakar pada suhu 150 darjah celsius.Biskut ni akan mengembang seperti gmbr di atas.Tekstur biskut pula ranggup di luar dan lembut di dalam.

Do you want this on your coffee table during raya?So try la...!

Selamat mencuba 
Read More

Resepi Ramadan:Kuih Seri Ayu



Sebelum aku share biskut raya seterusnya,aku nak share resepi kuih dulu sbb dah lama rasanya aku tak share resepi utk juadah berbuka.Semalam aku buat kuih seri ayu..kuih ni mmg sedap dan mudah saja nak buat.Jomlah aku kongsikan resepi..

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

4 sudu besar gula

1 cawan santan

2 biji telur

1 sudu kecil baking powder

Perisa pandan/pewarna hijau

Kelapa parut


Cara-cara membuatnya:

1.Pukul gula dengan telur sehingga berbuih.Kemudian masukkan santan dan pukul lagi.Masukkan perisa pandan dan pewarna hijau.

2.Seterusnya masukkan baking powder dan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi sedikit likat.Panaskan pengkukus dan masukkan adunan tadi dalam acuan yg telah disapu dengan minyak serta telah dimasukkan kelapa parut di dalamnya.Kukus selama 5 minit sahaja.Siap dihidang.


*Sukatan ini boleh menghasilkan 20-25 biji kuih.
*Petua utk hasilkan seri ayu lbh gebu-tambah air minuman sprite atau pukul telur dahulu barulah diikuti dgn gula.
Read More

Tuesday 15 July 2014

Resepi Raya:Biskut Semperit Cream Cheese



Assalamualaikum..Selamat berpuasa..

Pagi ni nak share satu lg biskut yg aku buat semalam.Namanya semperit cream cheese.Selalunya kita dengar semperit cheese kan?Tapi yg ni guna cream cheese baki drpd cheesecake biscuit yg aku buat hari tu.Xnak bazir,so aku pn campur dlm adunan.Rasa creamcheese tu pn sedap kan?Jom tgk bahan di bawah..

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan butter

1 cawan gula icing

2 biji telur

Esen vanilla

1/2 pek creamcheese Tatura

Tepung gandum

Tepung ubi(1/2 cawan)

Tepung kastard(1/2 cawan)

Baking powder

Pewarna hijau dan coklat cip (sebagai hiasan)


Cara-cara membuatnya:

1.Pukul butter,cream cheese,gula dan telur hingga kembang.Masukkan telur dan pukul lagi.Kemudian masukkan esen vanilla.

2.Seterusnya masukkan tepung ubi dan baking powder.Pukul lagi.Masukkan tepung kastard dan pukul.Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan jadi doh lembut.

3.Bentukkan doh mengikut suka dan bakar pada suhu 150 darjah celsius (ikut oven masing-masing)


*Resepi boleh menghasilkan 120-150 biji biskut.

Selamat mencuba.
Read More

Monday 14 July 2014

Resepi Raya:Biskut Kismis dengan Badam



Ok..ni biskut kedua.Sebenarnya buat biskut ni senang..tak macam buat kek sbb tekstur adunan biskut tak pekat mcm tekstur adunan kek.Jadi bagi yg rasa nak jimat duit beli biskut tu,try la buat biskut sendiri.Bahan-bahan utk biskut ni adalah..

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan butter

1 cawan gula

2 biji telur

1 sudu kecil baking powder

Kismis (diblender)

Badam cincang(serbuk badam pun boleh)

Tepung gandum

Tepung jagung

Esen vanilla


Cara-cara membuatnya:

1.Pukul butter dengan gula.Masukkan telur satu persatu.Kemudian masukkan kismis dan badam. Masukkan esen vanilla.Sebatikan.

2.Seterusnya masukkan tepung jagung dan baking powder.Sebatikan.Masukkan tepung gandum hingga menjadi doh.Terap adunan dan sapu kuning telur di atasnya.

3.Bakar pada suhu 130 darjah celsius.



Read More

Resepi Raya:Biskut Nestum Horlicks Bercoklat




Salam Ramadan hari ke-17....sapa dah mula buat biskut raya?Hehehe..aku dah start semalam..so aku nak kongsi resepi biskut yg aku buat.Resepi ni aku buat sendiri...senang dan main campak2 sbb aku tak guna sukatan khusus.Biskut ni mmg ada tiap tahun sbb rasanya sedap.Kalau nak try buat,jom tgk resepi di bawah..

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan butter (guna marjerin pun boleh)

1 cawan gula icing (aku kurangkan)

2 biji telur

1 sudu kecil baking powder

1/2 cawan nestum

1/2 cawan horlicks

Tepung gandum(agak2 saja hingga adunan jadi doh lembut)

Tepung ubi

Perasa vanilla

Coklat masakan dan coklat rice(sebagai hiasan)


Cara-cara membuatnya:

1. Pukul butter dan gula hingga sebati.Masukkan telur satu persatu dan mix hingga sebati.Kemudian masukkan perasa vanilla,nestum dan horlicks.Mix lagi hingga adunan sebati.

2.Seterusnya masukkan tepung ubi lebih kurang 1/2 cawan,baking powder dan sebatikan.Kemudian masukkan tepung gandum sehingga adunan menjadi doh lembut.Terap biskut ikut suka.

3.Panaskan oven pada suhu 130 darjah celsius dan masukkan adunan biskut tadi.Ketika membakar,suhu jangan terlalu tinggi.Guna suhu 100-130 celsius dahulu supaya bahagian dalam biskut masak.Bila dah masak,baru naikkan suhu kepada 140-150 celsius (tapi bergantung kepada oven anda).



Read More

Saturday 12 July 2014

Resepi Ramadan: Milo Cheesecake Biscuit

Yang ini seriously SEDAP....!


Selepas share resepi butter prawn tadi,sekarang nak share resepi pemanis mulut pula.Mungkin dah ramai yg cuba resepi ni tapi aku nak share jugak..tak kira!tak kira,nak share jugak!Resepi ni korang boleh buat time raya nanti juga..sangat sedap terutama bagi penggemar cheese.Nak tahu resepi?Jom la tengok kat bawah ni..


Bahan-bahan:

Satu pek deluxe cracker (guna cream cracker pn boleh)

Cream cheese Tatura

Suku tin susu pekat

Nestum

Milo

Susu

Coklat rice

Badam cincang

Cara-cara membuatnya:

1.Putar sehingga kembang cream cheese bersama susu pekat.Rendam biskut dalam susu supaya biskut menjadi 'soggy'.Kemudian susun biskut di dalam bekas empat segi mengikut bentuk biskut.

2.Selepas selesai menyusun biskut pada lapisan pertama, sapu cream cheese yg telah diputar tadi dan tabur nestum di atasnya.

3.Setelah itu, susun biskut utk lapisan kedua dan sapu lagi cream cheese di atasnya.Utk lapisan kedua ini,tabur milo pula.Ulang langkah 2 dan 3 secara berselang seli sehingga biskut habis.

4.Utk lapisan terakhir,sapu cream cheese lebih tebal dan tabur coklat rice serta badam cincang di atasnya.Sejukkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.


Dah siap...!Selamat mencuba.



Read More

Resepi Ramadan: Butter Prawn Berkuah

Assalamualaikum...selamat berpuasa..rasanya dah 2 hari aku tak share resepi kan..?So hari ni aku nak share resepi lauk pula...Semalam aku masak udang butter berkuah utk dinner.Mcm nilah rupa butter prawn tu..

Nampak menyelerakan kan tak?

Bagi siapa yang suka makan udang,mesti akan suka masakan ni.Rasanya lemak manis pedas...Kalau nak cuba masak sendiri,aku ada resepinya....


Bahan-bahan:

Udang segar

2-3 sudu besar butter

Bawang merah

Bawang putih

Daun kari

Susu cair

1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dgn air..Kalau takda tepung jagung,boleh guna tepung gandum)

Cili padi

Cili merah (dihiris)

Minyak

Gula dan garam

*Sukatan bahan ikut suka.

Cara-cara memasak:

1. Goreng udang sehingga bertukar warna.Tak perlu goreng lama.Angkat dan toskan.

2.Masukkan butter ke dalam kuali dan tunggu hingga cair.Masukkan bawang merah dan bawang putih.Tumis sebentar.Kemudian masukkan daun kari.Kacau sebati.

3.Masukkan susu cair dan kacau.Seterusnya masukkan udang, cili merah, dan cili padi. Kacau dan masukkan bancuhan tepung jagung utk menjadikan kuah pekat.Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula.

Mudah kan...?Selamat mencuba.
Read More

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena