Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Monday 7 July 2014

Resepi Ramadan:Kuih Bingka Semolina(Suji)

Mudah dan sangat sedappppp....

Selamat pagi dan selamat berpuasa...hari ni satu lagi resepi nak dikongsikan iaitu kuih bingka semolina.Kuih ni nampak simple tapi sgt sedap.Resepinya takdala susah sgt pn..yg penting ada bahan-bahan.Masa buat kuih ni,aku tak guna sukatan khusus.Cuma main agak dan campak-campak saja sbb aku nak buat banyak dan aku jenis tak suka nak terikat sgt dengan sukatan ni semua.So,bagi yang nak cuba tu takyah la takut-takut nak buat sbb takda sukatan.Kalau dah minat masak,kita akan belajar dari trial and error..lama-lama ok la...Jom tgk resepinya..

Bahan-bahan:

Tepung suji (aku guna separuh peket)

Tepung gandum (lebih kurang 50 gram)

Santan (cukup utk sebatikan adunan)

3 biji telur

Gula (setengah cawan)

Pes pandan/perisa pandan

1/2 sudu kecil garam

1 sudu mentega/marjerin

Air(aku guna utk blender pandan)

Cara-cara membuatnya:

1. Campurkan semua bahan kecuali mentega. Gaul sebati dan masak di atas api sehingga pekat.

2. Setelah pekat, alihkan adunan dr api dan masukkan mentega.Gaul sebati.

3. Sapu mentega pada permukaan loyang dan tuang adunan tadi.

4. Bakar pada suhu 190 darjah dgn menggunakan suhu atas bawah selama 30 minit (bergantung pada oven masing-masing). Setelah kuih masak, guna suhu atas sahaja bagi menghanguskan sedikit bahagian luar kuih supaya terhasil kerak yg keras.


Siap..!Selamat mencuba



0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena