Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Friday 25 July 2014

Resepi Raya:Kek Coklat Moist





Last sekali sebelum menutup entri resepi ramadan dan raya tahun ini,aku nak share resepi kek yg sesuai utk hari raya ni mahupun hari-hari biasa.Mesti ramai suka kek coklat kan..?Kek ni aku buat semalam utk berbuka..mmg moist dan yg penting sgt mudah utk dibuat.Lepas ni tak pyh beli-beli dah...bagi yg nak try,resepinya ada di sini..


Bahan A:

1 cawan serbuk koko(boleh kurangkan utk kurangkan rasa pahit koko)

1 cawan gula kisar(boleh lebihkan utk tutup rasa pahit koko)

1 cawan susu cair(aku guna setengah cawan saja)

1/2 cawan susu pekat(aku guna suku)

1 cawan minyak masak

Bahan B:

1 1/2 cawan tepung gandum

3 biji telur

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh soda bikarbonat.

Cara-cara membuatnya:

1.Masak Bahan A di dalam periuk hingga masak(guna api sederhana) dan kemudian sejukkan.

2.Pukul telur hingga kembang dan berbuih(kalau mls pukul guna mixer,boleh guna blender saja..lagi cepat).Kemudian masukkan Bahan A tadi bersama esen vanilla.Kacau menggunakan senduk atau spatula hingga sebati.

3.Seterusnya masukkan campuran tepung gandum,baking powder dan soda bikarbonat(sebaiknya diayak terlebih dahulu tp aku tak ayak pun..).Masukkan sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi pekat dan likat.

4.Setelah selesai,masukkan ke dalam loyang yg telah disapu dgn marjerin dan kukus lebih kurang 1 jam.Utk pastikan kek masak,cucuk kek menggunakan garfu/lidi sate.Jika garfu/lidi kelihatan bersih tanpa ada kesan tepung melekat padanya,ertinya kek dah masak.


Utk membuatkan kek ini jadi lebih sedap dan menarik,korang boleh buat topping 'ganache' yg menggunakan susu cair,susu pekat,coklat masakan dan sedikit butter yg dicairkan bersama.Selain itu,boleh juga menggunakan topping drpd creamcheese yg dipukul hingga kembang bersama susu pekat kemudian dituang di atas kek.Tapi memenadangkan aku jenis simple dlm bab masak n baking,aku just tuang susu pekat di atas kek dan hias dgn coklat rice warna-warni seperti dlm gambar.Simple but still perfect.Selamat mencuba...


*Pada kesempatan ini,saya penulis blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ini.Terima kasih kerana sudi singgah, follow dan like blog ini...Insya Allah,akan ada lebih byk entri dikongsikan selepas ini.Terima kasih...

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena