Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Monday 21 July 2014

Resepi Raya:Kuih Bangkit



Assalamualaikum...

Mcm mana puasa setakat ni..?Harap semuanya berjalan dgn baik la kan...pagi ni aku nak share resepi kuih bangkit yg aku buat semalam.Biskut ni mmg favourite aku sejak kecil lagi tp sebelum ni selalu beli saja..tp skrg ni dah boleh buat sendiri.Bagi aku,kuih ni yg paling senang nak buat sbb tak perlu nak guna mixer segala bagai.Guna tangan saja.Bahan pun mudah nak cari.So bagi sesiapa yg suka kuih bangkit tu bolehlah buat sendiri.Pagi2 raya makan kuih bangkit sambil tgk tv best tu..jomlah tgk resepi kuih ni..

Bahan-bahan:

Tepung ubi(aku guna 1 1/2 peket)

Tepung gandum(guna 1 cawan)

Gula kisar

2 biji kuning telur

1 sudu teh baking powder

Santan pekat(guna santan dalam kotak)

Daun pandan


Cara-cara membuatnya:

1.Goreng tepung ubi dan tepung gandum tanpa minyak bersama daun pandan.Setelah itu,ayak tepung dan biarkan sejuk sebentar.

2.Dalam bekas lain masukkan telur dan ayak gula kemudian campur bersama telur tadi.Kacau hingga sebati dan masukkan campuran tepung yg telah diayak tadi.Masukkan baking powder dan sebatikan campuran.

3.Seterusnya masukkan santan sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.Kemudian bolehlah dibentuk dan dibakar hingga bahagian bawah kuih bertukar kecoklatan.

Mudah kan..?Selamat mencuba..




0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena