Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Saturday 12 July 2014

Resepi Ramadan: Milo Cheesecake Biscuit

Yang ini seriously SEDAP....!


Selepas share resepi butter prawn tadi,sekarang nak share resepi pemanis mulut pula.Mungkin dah ramai yg cuba resepi ni tapi aku nak share jugak..tak kira!tak kira,nak share jugak!Resepi ni korang boleh buat time raya nanti juga..sangat sedap terutama bagi penggemar cheese.Nak tahu resepi?Jom la tengok kat bawah ni..


Bahan-bahan:

Satu pek deluxe cracker (guna cream cracker pn boleh)

Cream cheese Tatura

Suku tin susu pekat

Nestum

Milo

Susu

Coklat rice

Badam cincang

Cara-cara membuatnya:

1.Putar sehingga kembang cream cheese bersama susu pekat.Rendam biskut dalam susu supaya biskut menjadi 'soggy'.Kemudian susun biskut di dalam bekas empat segi mengikut bentuk biskut.

2.Selepas selesai menyusun biskut pada lapisan pertama, sapu cream cheese yg telah diputar tadi dan tabur nestum di atasnya.

3.Setelah itu, susun biskut utk lapisan kedua dan sapu lagi cream cheese di atasnya.Utk lapisan kedua ini,tabur milo pula.Ulang langkah 2 dan 3 secara berselang seli sehingga biskut habis.

4.Utk lapisan terakhir,sapu cream cheese lebih tebal dan tabur coklat rice serta badam cincang di atasnya.Sejukkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.


Dah siap...!Selamat mencuba.



0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena