Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Thursday 26 June 2014

Recipe of the Day:Ayam Masak Sos(Masak Merah)



Ok,nak cepat ni sebelum tak dapat online.Nak post juga satu resepi yg baru masak tadi.Resepi ni ayam masak sos atau ada jg yg panggil ayam masak merah.Tapi resepi yg aku buat ni takdalah merah sgt k...sweet-sweet je...Jom tgk resepi kalau berminat nak cuba..

Bahan-bahan:

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

*semuanya ditumbuk

Ayam

2 sudu besar cili boh

3 sudu sos cili

Sos tomato (ikut suka)

2 sudu besar sos tiram

Tomato

Cili merah

Madu (pilihan)

Gula dan garam


Cara-cara memasak:

1.Tumis bahan yg ditumbuk tadi sehingga naik bau.Selepas itu,masukkan cili boh dan pastikan masak(pecah minyak).

2.Masukkan ayam.Gaul sebati dgn cili boh tadi.Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram.Kalau suka,boleh masukkan sos tomato.Gaul dan tambah air jika kelihatan kuah kering.Tunggu ayam masak.

3.Perasakan dgn garam dan gula.Boleh masukkan madu utk buatkan warna kuah kelihatan lebih menarik dan memberi rasa manis bagi menggantikan gula.

4.Masukkan tomato dan cili merah. Tunggu sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.

Dah siap...boleh makan dah....selamat mencuba



0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena