Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Tuesday 24 June 2014

Tips Pra-Ramadan:Makanan yg Mengawal Selera Makan

Assalamualaikum pembaca blog sekalian...

Tinggal lebih kurang 3 hari lagi umat islam seluruh dunia bakal menyambut bulan ramadan yg mulia.Mesti tak sabar kan...?Macam kita tahu,bulan ramadan adalah bulan ibadah dan byk manfaat di dalamnya.Jadi rebut peluang ini utk melaksanakan ibadah dgn khusyuk.Insya Allah,semoga amalan kita diterima oleh-Nya.

Tapi utk entri kali ni,aku nak share satu tips terutamanya utk sesiapa yg mengalami masalah selera makan yg tinggi. Bila masuk bulan puasa,tentu ada yg mengalami masalah cepat lapar walaupun dah sahur. Kalau tak sahur,apatah lagi kan?Jadi aku harap tips ini dpt membantu masalah korang semua.Sepanjang ramadan akan datang ni, korang boleh merancang pemakanan yg sesuai supaya kita merasa kenyang tp bukan disebabkan kenyang kerana byk makan sebaliknya kenyang kerana kita makan juadah yg berkhasiat dan bermanfaat utk tubuh kita.

Ini merupakan antara jenis-jenis makanan yg boleh disediakan ketika berbuka dan sahur dan bagus mengawal selera makan...

1. Sup
- Dalam kajian yg dilaksanakan di Penn, individu yg meminum semangkuk sup seperti sup ayam dipercayai dpt mengurangkan jumlah kalori sebanyak 20% yg terdapat dlm satu hidangan. Sup boleh mengawal selera makan kerana ianya memenuhi isi padu perut tetapi dgn jumlah kalori yg rendah.

2. Coklat hitam/dark chocolate
- Kajian mencadangkan pengambilan coklat hitam jika anda ingin memakan sesuatu yg manis.Coklat hitam boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan melindungi jantung serta otak. ianya juga lebih padat dgn rasa berbanding coklat susu dan dpt membantu mengatasi rasa 'cravings' pada makanan manis dan masin.

3. Telur
- Telur dpt memberi rasa kenyang kerana mengandungi kandungan protein yg tinggi. Kajian menunjukkan individu yg mengambil makanan tinggi protein hanya mengambil sedikit kalori pada waktu makan berikutnya.

4. Kekacang
- Kekacang merupakan salah satu makanan yg membolehkan anda kurang selera makan tetapi kenyang.

5. Oat
-  Oat juga dpt mengurangkan rasa lapar dan dpt mengurangkan keinginan/nafsu utk makan yg byk khusunya ketika berbuka.

6. Air
- Badan yg kekurangan air menyebabkan rasa lapar. Amalkan minum air kerana simptom rasa lapar adalah sama seperti anda kekurangan air.

7. Buah-buahan
- Amalkan pengambilan buah seperti epal dan lain2 kerana buah mengandungi jumlah gula yg tinggi dan dpt mengurangkan rasa lapar.


(Sumber: New Sabah Times, 20 Jun 2014)

Itu merupakan makanan yg boleh diamalkan sepanjang bulan puasa ketika berbuka dan bersahur. Apapun,jgn lupa amalkan makanan sunnah nabi iaitu kurma. Jgn berlebihan ketika berbuka kerana bulan Ramadan Bukan Bulan Pesta Makanan tetapi Bulan utk Mengenyangkan Hati dgn Ibadah kepada-Nya.Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dr aku gadis pena.

*INFO:Sempena ramadhan ini,aku gadis pena akan menambah satu slot resepi yg memaparkan juadah yg sesuai utk berbuka puasa/sahur dan resepi kek/biskut yg mudah.So,jgn ketinggalan membacanya.


0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena