Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Thursday 16 June 2011

Bila Aku Berbicara Soal Agama..

3.22 petang.


Angin sgt kuat sekarang...best tidur waktu-waktu begini.Tapi mata aku sgt2 degil x mahu lelap...so,aku menaip apa yg berlaku hari ini.Macam tajuk entry ini...aku akan perkatakan soal agama.Agama?Aku sedar aku bukanlah org yg layak utk berbicara soal ini. Tapi tadi secara tidak langsung isu agama dibangkitkan ketika aku bersms dengan seorang rakan. Dia berbicara soal halal dan haram dalam perhubungan dengan aku dan sempat menegur aku tentang sesuatu.Aku akui aku bukanlah org yg alim tapi bukan bermakna aku tidak tahu apa-apa soal agama.Jujurnya,aku lebih suka bersikap biasa saja mengenai agama kerana aku khuatir sekiranya akan wujud rasa riak dalam hati ini jika aku menjaja soal ibadat ku kepada umum.Lebih baik hanya Allah yg tahu sedalam mana keimanan ku.Aku lebih rela dipandang seolah-olah aku ini org yg jahil tentang agama daripada  aku sibuk bercerita tentang ibadah ku.Tapi itulah..jika kita terlalu diam pun,org akan menganggap kita seperti org yg x tau agama.

Begitu la apa yg berlaku tadi.Aku ditegur oleh rakan ku mengenai halal dan haram dalam perhubungan lelaki dan perempuan.Sedangkan apa yg berlaku tdk seperti yg difikirkan.Tapi aku hanya bersikap selamba dgn segala tegurannya.Seperti yg aku ckp tadi aku bukanla org yg alim.Jd,aku tdk suka bersikap hipokrit apatah lg dalam perkara-perkara yg melibatkan agama.Bila dia menegur aku,aku x marah....sbb dia x tau apa yg sebenarnya.Cuma...aku x suka bila dia berkata-kata seolah-olah begitu yakin bahawa dia bebas daripada segala dosa dalam perhubungan bukan muhrim ni.Tapi dia silap..dia berkata-kata tanpa berfikir.Tanpa dia sedari dia juga sedang menjerumuskan diri ke dalam lembah dosa walaupun tdk dilihat oleh org lain.

Aku mula mengeluarkan hujah-hujah ku bila aku mengatakan soal zina.Memang dia terkejut hingga hampir menuduh aku sedang memfitnah dia.Tapi itu baru hujah awal...aku belum masuk isi-isinya lagi.Seperti yg kita tahu,hubungan bukan muhrim ni haram selagi belum memasuki fasa perkahwinan.Oleh itu,segala perlakuan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim ini adalah haram.Tapi masalahnya di sini...org skrg hanya mellihat persentuhan fizikal itu sahaja yg haram tetapi mereka tdk melihat dari segi yg lain pula.Memang secara teorinya begitu...berpegangan tangan itu HARAM...berpelukan itu HARAM...apatah lagi bersetubuhan sebelum bernikah..itu lagi HARAM...

Tapi cuba lihat dari sisi lain...dan aku pasti semua pasangan yg bercinta pasti melakukan ini.Pasti pernah si jejaka merindui si gadis kan?Pasti juga pasangan yg bercinta ini membayangkan dalam fikiran mereka yg mereka sedang bersetubuh kan?Pasti ada wujud nafsu antara mereka kan?Walaupun mereka tidak melakukannya secara fizikal dan hanya membayangkannya...itu sudah jelasnya ZINA...ZINA HATI namanya.
Cuba ingat balik....memang begitu la jiwa2 org yg bercinta ini.Mereka beranggapan mereka sudah selamat dari segala bentuk dosa dalam perhubungan kerana mereka x pernah bersentuhan.Tapi bagaimana pula dengan  imaginasi?Pasti tdk terlepas melainkan mereka berjaya melawan nafsu yg sebenarnya dimainkan oleh syaitan itu.

Tapi kebanyakan pasangan selalu melalui keadaan begini yg mana mereka tdk menyedari itu juga satu dosa.Sebab itulah apa yg ingin aku sampaikan di sini ialah org sibuk utk berbahas soal agama dgn org lain...menegur kesalahan org lain seolah-olah org itu jahil tentang agama..tapi cuba lihat diri sendiri dulu.Tanpa kita sedari kita juga sedang melakukan dosa tapi itulah...org sekarang hanya melihat dosa yg dpt dilihat dgn mata saja.Perkara-perkara kecil seperti ini langsung x tahu apa2.Bila x tau apa2,mulalah rasa diri sendiri tu berhak utk menilai org lain.Jadi,renung-renungkanlah...

TO BE CONTINUED...

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena