Pena....itulah sahabat setiaku untuk berkongsi kisah...

Saturday 17 January 2015

Recipe of the Day:Spagetti Goreng



Bosannya malam ni...so jomlah kita update blog yg semakin lama semakin sepi ini..hehehe..Hari ni hari sabtu dan aku tersangat la boring di rumah.Dan disebabkan itu la utk lunch tadi aku kembali kepada hobi masak-masak ni dan terhasil la resepi spagetti goreng ni.Aku tau dah ramai sgt buat resepi ni tp yg ni resepi ikut sedap tekak aku la ya...takda nak cilok-cilok resepi orang lain.Honestly sebelum ni aku tak makan spagetti tp baru-baru ni aku terjatuh cinta dgn spagetti carbonara sbb ianya menggunakan sos krim yg boleh diterima tekak berbanding pes tomato.Tapi memandangkan sos carbonara dah habis dan yg ada cuma baki spagetti, so aku pn buat la spagetti goreng.Tambah pula ada baki lauk sotong smlm, pergghhh sedap wei..ok taknak ckp byk...aku bagi resepi k..

Bahan-bahan:

Spagetti (direbus hingga lembut)

3 ulas bawang putih(ditumbuk)

2 ulas bawang merah(ditumbuk)

Udang kering(ditumbuk)

1 sudu besar marjerin

Sos tiram

Lada sulah/lada hitam/cili padi

Sotong/ayam/daging (option)

Garam secukup rasa

Sedikit air


Cara-cara menyediakannya:

1.Rebus spagetti sehingga 'ala-dente'.Toskan.

2.Masukkan marjerin dan tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering.

3.Masukkan pula sos tiram dan sotong dan gaul sebati. Masukkan sedikit air.

4.Kemudian masukkan spagetti dan gaul rata.

5.Perasakan dengan lada sulah dan garam.


Senang kan?Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment

© aku.gadis.pena, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena